You are on page 1of 3

PENDAHULUAN

Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan


tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku dIstruktif,
tingkahlaku dIsruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan,
tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku
bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik
yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung
dengan lebih awal. Tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya
keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila
menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan
berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya
mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.
Dalam aspek pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku yang boleh menggangu proses pembelajaran bilik darjah
dan keberkesanannya. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa
kepada dua pecahan iaitu pelajar bermasalah negatif dan positif. Tingkah laku
bermasalah positif yang dikenalpasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas, proaktif dan bijak mengawal perlakuan dalam kelas. Seterusnya,
bagi tingkah laku bermasalah negatif pula ianya adalah perlakuan distruktif iaitu
tingkah laku anti sosial dan disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu.
Tak kira seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif
mahupun negatif, ianya akan membawa kesan yang tidak sihat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Maka, kita sebagai seorang
warga pendidik haruslah bijak mengatur strategi dalam membawa perubahan
dalam diri pelajar. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan
bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga boleh
menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang
berlangsung di dalam atau di luar bilik darjah. Daripada, pemerhatian yang dapat
dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan positif, murid seperti ini akan
menyebabkan gangguan emosi bukan sahaja kepada murid dalam kelas itu
sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat
dilihat ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba menerangkan atau
mengutamakan elemen pembelajaran yang mereka faham, sebaliknya tidak
mengendahkan pengajaran yang dijalankan oleh guru. Secara tidak lansung,
perbuatan ini juga turut menggangu proses pembelajaran pelajar lain
Pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga
menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya
guru tersebut kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam
mengawal murid-murid. Sebagai contoh apa yang berlaku di sekolah, murid yang
berhiperaktif positif ini apabila diberikan sesuatu tugasan, mereka akan siapkan
dalam jangka masa yang cepat sekaligus menggangu proses pembelajran peljar
lain yang sedang berusaha gigih untuk menyiapkan latihan tersebut.
Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah
laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga
15 tahun. Sikap agresif dan marah mereka sering ditunjukkan dalam bentuk
tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan
fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang
yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata,
vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan
akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku distruktif
sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun
televisyen.
Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa menganggu
dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama
adik beradik mahupun rakan sebaya membuat bising iaitu tingkah laku yang
mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid
keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Boleh dikatakan kebanyakkan mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan
guru atau sebaliknya.
Tindakan-tindakan yang selalu digambarkan oleh pelajar-pelajar ini adalah
mereka akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas
dan sebagainya. Hal ini juga disebabkan kurangnya pemerhatian dan
pengendalian oleh guru terhadap murid-murid tersebut seperti tidak
mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, penglibatan guru dalam
mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi
murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang
minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti
luar seperti pendidikan jasmani.

You might also like