You are on page 1of 3

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pertama, kita perlu memahami pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas
kepada pembentukan FPK dan FPG.
Cabang-cabang falsafah tersebut ialah
(a) metafizik/ontologi, (b) epistemologi, (c) aksiologi, dan (d) logik.

Cabang falsafah Epistemologi iaitu usaha yang berterusan. Maksud usaha


berterusan di sini ialah, ilmu sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana
cabang ilmu sangat luas dan tiada satu pun ilmu yang mutlak. Implikasi terhadap
cabang ini ialah penyesuauan diri amatlah perlu mengikut peredaran zaman dan
perkembangan semasa misalnya teknologi ICT, k-ekonomi dan sebagainya.
Penekanan ilmu juga akan menggalakkan lagi perkembangan dan boleh
meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran diri. Selain itu, boleh menyebabkan
pekenanan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Dan cabang falsafah yang
ketiga ialah Aksiologi. Cabang aksiologi pula terbahagi unsur kepada dua iaitu,
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang bermaksud unsur kewujudan dan
peranan beragama. Dan unsure kedua ialah berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang bermaksud peranan nilai moral, etika dan sahsiah. Dan
cabang falsafah yang terakhir ialah, logik. Logik ialah berketerampilan yang
bermaksud kepentingan dan penaakulan sah dan tidak sah.

(a) Metafizik/Ontologi

Metafizik adalah berkaitan dengan sifat realiti. Ia didefinisikan sebagai yang jauh
melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalannya jauh
melampaui yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik. Ia
bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat.
Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat
pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai, dan sikap
terhadap sifat semula jadi pelajar. Metafizik mengemukakan soalan-soalan yang
berikut: Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari? Siapa yang harus
menentukan hal yang perlu dipelajari? Adakah pelajar umumnya baik dan
amanah?
(b) Epistemologi

Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.


Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk
memilih bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara
maklumat harus diajarkan.
Dua persoalan asas epistemologi adalah: “Apakah yang membentuk ilmu?” dan “
Adakah ilmu tetap atau berubah?”
Satu lagi soalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan
sebagai cara untuk mengetahui dan kesahan kaedah mengetahui.
Pada asasnya, isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu,
kuasa, intuisi, pancaindera atau daripada penaakulan atau eksperimen.
Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya
memberitahu banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi.
Contohnya, sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan
prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa
terdapat apa yang dianggap sebagai pengetahuan sebenar.
Sekiranya, dia lebih berminat untuk mengajarkan proses penyelesaian masalah,
hal ini membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran “mutlak” dan hal ini lebih
bermakna bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran yang akan
membantu mereka mendapat jawapan berdasarkan situasi-spesifik.

(c) Aksiologi

Aksiologi ialah cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan
agama.
Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’.
Aksiologi menumpukan perhatian kepada apa ‘yang seharusnya berlaku’.
Aksiologi berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral
dan pengembangan sahsiah.
Topik moral, etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini.
Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah :
• Bagaimanakah seseorang itu hidup?
• Apakah unsur kewujudan?
• Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna?
• Apa itu moral dan tak bermoral?
• Apa itu kecantikan?
Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang
‘betul’.
• Bagaimanakah seseorang itu harus berkelakuan?
• Apakah itu kelakuan bermoral?
• Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul?
Ada yang berhujah bahawa terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang
boleh dipatuhi. Terdapat juga pihak yang menolak idea ini tetapi berhujah bahawa
kesesuaian kelakuan adalah situasi spesifik.

(d) Logik

Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara
idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran
sah dan yang mengelirukan.
Logik boleh juga membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan
dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.
Terdapat dua jenis logik asas, iaitu logik deduktif dan induktif.
Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan
kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir secara
lojik daripadanya.
Logik induktif bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus
pada butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.

http://amaljaya.com/guru/2010/01/08/analisis-falsafah-pendidikan-kebangsaan-fpk-dan-
falsafah-pendidikan-guru-fpg/

You might also like