81 DALIL KENAPA MUSA HARUS MELETAKKAN JAWATAN
DALIL PERTAMA:
Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkandengan kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 kerana
TIDAK
mengisytiharkan kepentingannya di dalam
BESTCO SDN.
BHD
. iaitu sebagai Pemegang Saham Utama iaitu
840,000
unit daripada modal berbayar
RM1.4 juta
dan isterinya,
DATIN FARIDAH HAJI TUSSIN
sebagai Pengarah syarikat berkenaanmulai 12 Julai 1999 iaitu pemilik berdaftar tapak tanah dan bangunan yang di atasnya didirikan bangunan
WISMA BANDA-RAYA.DALIL KEDUA:
Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000) telah mempengaruhi Menteri Kebudayaan,Belia dan Sukan,
DATUK RUBIN BALANG
(APRIL 1999-MAC 2001) agar melepaskan hakmilik tanah
TL 017539856
seluas3,564.8 meter persegi (0.356 hektar) di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu yang didaftarkan di atas nama
KOPERASI SER-BAGUNA SANYA BHD
yang terletak di bawah bidang kuasa Datuk Rubin kepada
BESTCO SDN. BHD
tanpa melalui sebarangtender dan pada harga paling rendah di pasaran setelah beberapa percubaannya sebelum ini gagal kerana ditolak oleh
LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SERBAGUNA SANYA BHD.DALIL KETIGA:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah mempengaruhi Ketua Menteri Sabah, Datuk ChongKah Kiat agar mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke bangunan miliksyarikatnya,
WISMA BANDARAYA
sedangkan pada ketika itu Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi mak-lumat berpejabat di bangunan milik Kerajaan Negeri, Wisma MUIS secara
PERCUMA.
DALIL KEEMPAT:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah (2007) telah bersubahat dengan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat,
DATUK YEE MOH CHAI
telah mempengaruhi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Sabah EnergyCorporation,
AU KAM WAH
(Wakil Rakyat Elopura), subsidiari Kementerian Pembangunan Sumber dan TeknologiMaklumat agar berpindah daripada
WISMA BOON SIEW
yang selesa dan murah ke
WISMA BANDARAYA
pada 1Februari 2007 yang kadar sewanya lebih mahal dan tidak mempunyai cukup ruang untuk menampung jumlah kakitanganyang ramai.
DALIL KELIMA:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk mem-pengaruhi Malayan Banking Berhad memberi pinjaman bank sejumlah
RM14.615 juta
pada 25 September 2000 setelahmencagarkan tanah
TL 017539856
yang dipindah milik pada hari yang sama dengan tarikh pindah milik daripada
KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD
kepada syarikatnya
BESTCO SDN.BHD.
DALIL KEENAM:
Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah telah menyalahgunakan kedudu-kannya mengikut Seksyen 2(2) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu, Darurat, 1970) untuk melengahkan membayar
CUKAITANAH
sejumlah
RM264,000
yang tertunggak sejak 1992 walaupun empat notis telah dikeluarkan kepada syarikatnya,
BESTCO SDN.BHD
setelah mengambil alih hakmilik tanah
KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD.
Seronoknyamenjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan kerana tidak perlu membayar Cukai Tanah sedangkan tunggakan cukaitanah milik rakyat biasa RM1,000 sudah diambil tindakan, namun tanah milik Musa sudah tertunggak cukainya sejumlahRM264,000, namun tidak ada sesiapa yang berani ’
MELELONG’
tanah berkenaan bagi memungut cukai setelah notis tidakdiendahkan.
DALIL KETUJUH:
Ketika menjadi Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah (2000), telah mempengaruhi Pengerusi danLembaga Pengarah
KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD
melepaskan pegangan ke atas hakmilik tanah ber-kenaan sedangkan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah
KOPERASI SERBAGUNA SANYA
BERHAD
kerana tidak melalui tender dan tawaran pada harga yang rendah.
DALIL KELAPAN:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2000), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikutSeksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah membenarkan pen- jualan tanah milik
KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD
melupuskan pegangan ke atas tanah berkenaan sedang-kan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Lembaga Pengarah
KOPERASI SERBAGUNA SANYA BERHAD
.
DALIL KESEMBILAN:
Ketika menjadi Menteri Kewangan Sabah (2003), telah menyalahgunakan kedudukannya mengikutSeksyen 2(2) Ordinan 22 (1970) mempengaruhi
PENGERUSI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
untuk membuatkeputusan memindahkan operasi
LHDN
daripada Wisma Persekutuan dan Bangunan
KWSP
ke
WISMA BANDARAYA
sedangkan banyak bangunan pejabat milik Kerajaan Persekutuan Kosong.
Add a Comment
thombryleft a comment
Ara Anyonghaeseyoleft a comment
thombryleft a comment
lord evilleft a comment
Nathiraleft a comment