You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN GIMNASTIK ARTISTIK


Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia
lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor.
Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya
tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran
yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu
imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada
beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran
gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan
kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
Pendaratan
Statik
Gerak edar
Putaran
Hamburan
Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti


gimnastik artistik, ialah:
Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek
regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan
imbangan, kemahiran serta melombol.
Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam
satu pergerakan.
Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan
yang lebih sukar.
Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan
pergerakan.
Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan
dapat dihasilkan
Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

1
KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK YANG DIPILIH:
DIRIAN KEPALA / HEADSTAND

2
2.0 PENGENALAN

Rudolf Laban (1879-1958) adalah seorang penari, pereka tari dan ahli teori
pergerakan. Pengalaman beliau dalam bidang tarian adalah sangat luas. Laban
meninggalkan satu warisan penting lebih daripada menari. Wawasan luas beliau
telah membongkar undang-undang am pergerakan manusia sebagai apa yang
berlaku dalam pekerjaan, permainan, pernyataan, hubungan-hubungan, dan
sebagainya dalam kehidupan harian.Laban mempercayai pergerakan itu adalah
asas kepada segala kegiatan badan dan fikiran manusia.

2.1 Pergerakan Laban

 Laban adalah satu sistem dan bahasa untuk pemahaman, pemerhatian,


menggambarkan dan mengambil kira apa jua dalam semua bentuk
pergerakan.
 Di dalam teori beliau ini, beliau mempunyai usaha dan bentuk dalam
menyifatkan, mentaksirkan dan mencatatkan pergerakan-pergerakan
manusia.
 Pergerakan Laban ini banyak digunakan oleh penari-penari, atlet-atlet, ahli
terapi fizikal dan sesiapa yang ingin meningkatkan, memperbaiki dan
menlancarkan pergerakan mereka.

3
3.0 ANALISIS PERGERAKAN MENGIKUT ANALISIS LABAN

3.1 Tubuh : Apa

Kemahiran asas gimnastik yang dipilih ialah dirian kepala. Dirian kepala boleh
dilakukan dengan tiga cara perlakuan iaitu dirian kepalamenggunakan kepala sahaja sebagai
tapak sokongan, dirian kepala menggunakan kepala dan lengan sebagai tapak sokongan dan
dirian kepala menggunakan kepala dan tapak tangan sebagai tapak sokongan.

Rajah 1: Dirian kepala mengikut urutan

4
Rajah 2: Dirian kepala tanpa sokongan

Dirian kepala yang pertama ialah dirian kepala tanpa sokongan atau kepala sebagai
sokongan. Bagi cara perlakuan dirian kepala ini, hanya kepala sahaja yang digunakansebagai
tapak sokongan bagi menyokong berat badan pelaku. Tapak kaki pelaku perlu menyentuh
dinding bagi mengimbangi badan kerana adalah agak sukar bagiseseorang pelaku melakukan
dirian kepala menggunakan kepala sahaja sebagai tapak sokongan tanpa bantuan dinding.
Cara perlakuan ini adalah agak bahaya dan berisiko tinggi kerana boleh menyebabkan
kecederaan jika kapala dan leher pelaku tidak betul-betul tegak semasa menyeimbangi badan.

Rajah 3: Dirian kepala dan lengan sebagai sokongan

Dirian kepala yang kedua ialah dirian kepala menggunakan kepala dan lengan sebagai
tapak sokongan. Cara ini, pelaku menggunakan lengan sebagai sokongan. Jari-jari tangan
dimasukkan dicelah jari-jari tangan yang sebelah lagi dan tapak tangan diletakkan dibawah
kepala untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian atas kepala dan risiko

5
kecederaan.Dirian kepala dengan sokongan lengan adalah lebih mudah dilakukan oleh pelaku
kerana luas permukaan yang menyokong berat badan pelaku adalah lebih besar berbanding
hanya kepala sahaja yang digunakan sebagai sokongan. Ini akan membuatkan pelaku lebih
stabil dan seimbang. Risiko kecederaan bagi pelaku yang melakukan dirian kepala ini adalah
lebih kurang berbanding pelaku yang melakukan dirian kepala yang mengunakan kepala
sebagai sokongan.

Rajah 4: Dirian kepala dengan tapak tangan sebagai sokongan

Dirian kepala yang ketiga ialah dirian kepala yang menggunakan kepala dan tapak
tangan sebagai sokongan. Kepala dan tapak tangan digunakan sebagai tapak sokongan bagi
menyokong berat badan pelaku. Perlakuan ini adalah merupakan perlakuan dirian kepala
yang paling selamat jika hendak dibandingkan dengan dua dirian di atas. Tapak tangan dan
kepala tidak berada pada satu garis lurus sebaliknya berada pada bentuk segitiga dan
membuatkan tapak imbangan menjadi lebih luas dan stabil.

3.2 Ruang : Dimana

Perlakuan dirian kepala tidak memerlukan ruang yang terlampau besar,


cukup sekadar seluas sbuah tilam kecil kerana ianya melibatkan pergerakan
setempat atau pergerakan bukan lokomotor di mana tiada perubahan tapak berlaku
semasa pelaku melakukannya.

3.3 Dinamik : Bagaimana


Perkara pertama yang perlu diambil berat untuk melakukan dirian kepala ialah
kedudukan kepala dan kedua-dua belah tapak tangan semasa melakukan lakuan dekam, iaitu

6
lakuan awal sebelum melakukan imbangan kepala. Adalah sangat penting untuk
memastikan bahawa kepala tidak berada dalam satu garis lurus dengan kedua-dua
belah tapak tangan. Kemudian, bentukkan segi tiga antara kepala dengan kedua-
dua tapak tangan.

Rajah 5: Kedudukan kepala dan kedua-dua belah tapak tangan

Kedua-dua tangan dibuka seluas bahu dan jauh dari kepala agar kedua-dua
lengan dapat dibengkokkan kira-kira 90 darjah seperti dalam Rajah 6.

Rajah 6: Kedudukan kepala dan tapak tangan tidak selari dalam satu garisan

Semasa membentuk segitiga, pastikan kepala dan kedua-dua belah tangan


berada dalam posisi selesa. Berat badan disasarkan di antara kepala dengan kedua-
dua belah tapak tangan. Keadaan ini akan memberikan pelaku sokongan dan
keseimbangan. Bantal atau tilam boleh diletakkan sebagai alas kepala jika dirian ini
dilakukan di permukaan yang keras.

Dalam keadaan kepala dan kedua-dua belah tapak tangan membentuk


segitiga, sebelah lutut diletakkan di atas siku. Pastikan bahagian dahi yang

7
menyentuh lantai dan bukannya bahagian atas kepala. Jika lengan dibengkokkan
dengan betul, lutut pelaku akan terletak dengan seimbang seperti berada di atas
tempat yang rata. Seperti dalam Rajah 6.

Rajah 7:Sebelah lutut diletakkan di atas lutut diikuti dengan sebelah lagi

Selepas kedua-dua lutut dinaikkan ke atas siku, ambil masa yang cukup kira-
kira beberapa saat untuk menyeimbangkan badan dan badan berada dalam posisi
yang selesa. Ketika kedua-dua lutuh sudah berada di atas siku dengan kiraan tiga,
maka posisi ini dipanggil ‘tripod’ atau bangku berkaki tiga. Rajah 8 menunjukkan
posisi ‘tripod’.

Rajah 8: Posisi ‘tripod’


Seseorang pelaku yang sedang berada dalam posisi ini epatutnya berada
dalam keadaan stabil sama seperti bangku berkaki tiga tetapi jika pelaku berasa
seperti hendak jatuh (terutamanya bahagian belakang badan) makan turunkan
kedua-dua belah lutut dan lakukan pembentukan segitiga yang lebih besar daripada
yang pertama.

8
Setelah berasa selesa dengan posisi ‘tripod’ yang dihasilkan, pelaku bolehla
mula mengangkat kedua-dua belah kaki ke atas seperti dalam Rajah 9 di bawah.

Rajah 9: Pelaku mengangkat kedua-dua belah kaki ke atas

Rajah 10: Pelaku membuat dirian kepala dengan sempurna dalam suatu
jangka masa.

Akhir sekali, setelah kaki berjaya diluruskan ke atas dan posisi ini dapat
dikekalkan dalam suatu jangka masa tertentu, terhasillah posisi dirian kepala atau
“head stand”. Pelaku yang baru mula melakukan posisi ini digalakkan mengkalkan
posisi ini dalam masa tiga saat sebelum betul-betul mahir dan mengekalkannya
dalam masa yang lebih lama.

Dahi memain peranan sebagai tapak sokongan bukannya bahagian atas


kepala. Setelah selesai melakukan dirian kepala, bongkokkan badan untuk

9
membentuk satu lengkungan badan kemudian guling ke hadapan dengan kepala
disimpan rapat ke dada atau sebagai pemudah,mata perlu memandang pusat dan
automatik dagu akan disimpan rapat ke dada. Ini dapat mengelakkan kecederaan
berlaku.
Berat badan perlu diletakkan dibahagian kedua-dua belah tangan untuk
menyeimbangi kedudukan dan memberi sokongan dan tidak ditumpukan di
bahagian kepala. Pelaku harus tegak semasa melakukan dirian kepala supaya lebih
mudah mengimbangi badan dan senang untuk meluruskan kaki.
Untuk menamatkan dirian kepala ini, kaki diturunkan satu persatu agar
kecederaan dapat dielakkan. Kepala pada masa ini dirapatkan ke dagu untuk
mengelakkan tengkuk cedera.

Rajah 11: Kaki diturunkan satu persatu dan dagu dirapatkan ke dada untuk
mengelakkan kecederaan pada tengkuk.
3.4 Tempoh / masa

Aspek tempoh atau masa dalam sesuatu pergerakan kerap kali dihubungkan
dengan unsur kelajuan, iaitu cepat atau perlahan. Sesuatu pergerakan itu dilakukan
sama ada secara cepat atau perlahan-lahan. Pergerakan yang dilakukan secara tiba-tiba
biasanya cepat, mengejut, tangkas, pantas dan dilakukan dalam jangka masa yang singkat.
Pergerakan yang bercorak perlahan pula dilakukan bukan sahaja perlahanlahan, malah
berpanjangan dalam masa yang agak lama.

10
Bagi lakuan dirian kepala, ianya adalah pergerakan yang bercorak perlahan. Ia perlu
dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak perlu terburu-buru semasa
melakukannya.Ini adalah bagi menjaga kualiti yang terhasil pada akhir lakuan
dirian kepala. Lakuan dirian kepala memerlukan ketenangan fikiran dan tumpuan
daripada pelaku, oleh itu iainya mengambil masa yang agak lama agar lakuannya
sempurna.

3.5 Pemberatan / beban


Kualiti pemberatan atau beban dalam pergerakan merujuk kepada unsur-
unsurketegangan dalaman yang membabitkan pergerakan otot. Sesuatu pergerakan boleh
diklafikasikan kepada tangkas (kuat, kukuh dan berat) dan lembut (lemah, longgar dan
longlai). Pergerakan bersifat tangkas adalah kuat, bertenaga dan mempunyai unsure daya
ketahanan manakala pergerakan bersifat lembut adalah lembut, sensitif dan lemah dan
mengambil masa yang lama.

Bagi perlakuan dirian kepala, ianya menggabungkan sifat tangkas dan lembut. Hal ini
adalah kerana dirian kepala melibatkan pergerakan yang kuat, bertenaga dan mempunyai
unsur ketahanan tetapi dilakukan secara lembut dalam jangka masa yang lama.

3.6 Ruang
Sesuatu pergerakan adalah menggunakan ruang, sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Pergerakan yang menggunakan ruang secara langsung
berbentuk lurus, tajam dan halus manakala pergerakan yang menggunakan ruang
secara tidak langsung pula mempunyai bentuk-bentuk yang fleksibel, beralun dan
lemah lembut.

Perlakuan dirian kepala adalah sejenis pergerakan yang menggunakan ruang


secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana dalam lakuan dirian kepala, perlakuannya adalah
bersifat lembut dan dilakukan secara lambat-lambat. Ia juga melibatkan pergerakan dalam
bentuk yang fleksibel sebagai contoh pada permulaan lakuan dirian kepala, pelaku akan
melakukan lakuan dekam terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lakuan mengangkat
kedua-dua belah kaki ke atas, diikuti dengan lakuan mengimbangi berat badan, dan akhirnya
guling ke depan setelah selesai melakukan dirian kepala.

11
3.7 Aliran

Sesuatu pergerakan boleh menjadi bentuk terikat atau bebas. Pergerakan yang
berbentuk terikat biasanya bergerak secara berhati-hati. Maksudnya, pergerakan tersebut
dilakukan secara terkawal. Pergerakan gaya bebas pula mempunyai beberapa ciri tertentu
seperti gerak-geri yang lancar, menerkam, tangkas dan tidak terkongkong.

Perlakuan dirian kepala adalah pergerakan yang berbentuk terikat. Hal ini adalah
kerana pergerakannya dilakukan secara berhati-hati, lambat-lambat, dan mengambil masa
yang lama.

3.8 Perkaitan : Dengan siapa dan apa


Perlakuan dirian kepala boleh dilakukan secara individu atau pun secara
berpasangan dengan rakan yang berperanan sebagai penyokong dan membantu
membetulkan teknik pelaku semasa melakukannya. Ianya tidak memerlukan alatan
yang spesifik untuk melakukannya, cukuplah sekadar hanya tilam sahaja yang
digunakan sebagai alas kepala supaya tidak mendatangkan kesakitan atau kecederaan kepada
pelaku.

Bagi latihan ansur maju untuk perlakuan dirian kepala, pelaku boleh membuat
latihan di tepi dinding atau dengan bantuan penyokong. Seseorang pelaku perlulah
melutut terlebih dahulu di hadapan penyokong, kemudian letakkan tangan di atas tilam.

Gerakkan kaki kea rah tapak tangan seperti melakukan ‘jalan saperti ulat bulu’.
Lakukanpergerakan dirian kepala. Penyokong hendaklah mengimbangi badan peserta atau
memberi sokongan semasa pelaku melakukan lakuan dirian kepala. Luruskan kaki keatas dan
rakan yang menyokong hendaklah memegang paha pelaku. Kemudian,lakukan dirian kepala
tanpa bantuan penyokong.

Bagi memberikan variasi dalam lakuan dirian kepala, mulakan latihan dirian
kepala dengan gaya melutut, gaya kaki kangkang, gaya sokong hadapan ataupun gaya ‘jalan
seperti ulat bulu’. Akhiri lakuan dirian kepala dengan pergerakan guling depan, gaya melutut
ataupun dirian tangan.

12
Aktiviti yang boleh dijalankan yang berkaitan dengan dirian kepala adalah seperti
memulakan aktiviti dengan dirian kepala sudut dan tukar kepada dirian kepala dengan kaki
dibuka. Kemudian dalam keadaan dirian kepala lakukan aksi mengayuh basikal.

13

You might also like