Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
11Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau

Ratings: (0)|Views: 2,374|Likes:
Mengenali dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau dan kesannya kepada manusia
Mengenali dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau dan kesannya kepada manusia

More info:

categoriesTypes, Research
Published by: Nurul Assikin Binti Ariffin on Oct 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/16/2013

pdf

text

original

 
 KESAN RUMAH HIJAU 
 Apa itu Kesan Rumah Hijau??? 
Kesan rumah hijau dinamakan sempena nama rumah hijau yang memerangkap cahayamatahari dan kemudiannya cahaya matahari yang terperangkap itu akan membekalkan haba keseluruh rumah hijau tersebut. Oleh kerana fenomena yang berlaku ini mempunyai persamaandengan kesan rumah hijau, maka ianya dinamakan sebagai kesan rumah hijau. Namun,perbezaan ketara yang dapat dilihat di sini ialah, rumah hijau yang menyimpan tumbuhan dansayuran, memberikan manfaat kepada pengusahanya tetapi di dalam kes alam sekitar pula,kesannya adalah sebaliknya.Kesan rumah hijau ialah radiasi solar yang terpancar daripada matahari yang memancarkancahaya matahari terus ke lapisan atmosfera bumi bagi membekalkan cahaya dan haba kepadakehidupan di bumi. Akan tetapi, cahaya radiasi yang terpancar itu, akan terpantul semula kepermukaan langit melalui medium yang ada di bumi (lautan yang dapat memancarkan semulacahaya dan bangunan yang berkaca yang dapat memantulkan cahaya ke langit). Sekali lagiapabila pantulan dari bumi sampai ke lapisan atmosfera bumi, cahaya radiasi akan terpantulsemula ke permukaan bumi dan proses ini akan terus berlaku tanpa henti; sekali gusmenyebabkan haba daripada radiasi tersebut terperangkap di ruang udara bumi. Inimenyebabkan suhu bumi akan menjadi lebih panas dan semakin panas hari demi hari.Haba yang terperangkap di ruang udara bumi mengandungi gas yang dipanggil gas rumah hijau.Antara gas yang terkandung di dalamnya ialah gas karbon dioksida(CO
2
), methana (CH
4
), dannitro oksida(N
2
O).
Rajah 1:
Sinar radiasi daripada matahari yang terpancar terus ke permukaan bumi terpantul semula dan terperangkap di ruangantara lapisan kerak bumi dan lapisan atmosfera.
AtmosferaRadiasi SolarHaba TerperangkapBumi
 
U
dara panas kesan radiasi yang mengandungi pelbagai gas akan berlegar-legar di ruang udarabumi dan mengakibatkan perubahan suhuyang ketara. Suhu bumi akan menjadi lebih panasdan kebarangkalian untuk berlakunya pelbagai bencana alam di bumi adalah sangat tinggi.Perubahan suhu dunia yang berlaku kini memberikan kesan yang negatif kepada manusiawalaupun hanya 1C sahaja perbezaan suhu dunia berbanding lima tahun sebelumnya. Sedaratau tidak pelbagai masalah bencana alam seperti banjir, taufan dan kemarau yang melandamempunyai kaitan dengan perubahan suhu akibat daripada kesan daripada kesan rumah hijau.
S
ejak Bila Dikenal Pasti??? 
Kesan rumah hijau telah lama dikaji sejak lebih 180 tahun yang lalu. Pelbagai ahli saintis kimiamahupun fizik telah meramalkan dunia pada masa akan datang. Ramalan mereka tentang duniahari ini adalah tepat sekali. Antara ramalan mereka terhadap dunia pada hari ini ialah bumiakan semakin panas kesan daripada kesan kegiatan manusia dan bencana alam akan berlakudengan lebih kerap daripada biasa.Konsep kesan rumah hijau pertama kali dipelopori seorang ahli fizik daripada Perancis yangbernama Joseph Fourier pada awal tahun 1827. Beberapa tahun selepas itu, pada 1859 seoranglagi ahli fizik yang bernama John Tyndall mencipta
spectrophotometer 
iaitu alat yang digunakanuntuk mengukur serapan radiasi daripada pelbagai panjang gelombang yang terhasil daripadacahaya, telah mengkaji kesan radiasi solar yang diterima oleh bumi. Beliau mendapati bahawawap air, karbon dioksida dan gas methana menyerap dan memancarkan semula sinaran infra-merah, manakala gas nitrogen dan oksigen pula tidak menunjukkan sebarang tindak balas.Pada awal 1930-an, Guy Stewart Callendar ialah seorang jurutera enjin wap yang sangat sukamengkaji cuaca dan menganggapnya sebagai satu hobi telah membuat satu statistik cuacaberdasarkan pemerhatiannya selama ini. Beliau mendapati nombor catatannya peribadinyamenunjukkan bahawa bumi semakin panas tahun demi tahun.Pada tahun 1938, Guy Steawrt Callendar telah ke
Royal Meteorological Society 
di London danmemberitahu mereka bahawa dunia kini mengalami pemanasan global berdasarkan datapemerhatian yang dikumpulnya sejak beberapa tahun sebelumnya.Belaiu juga megatakan bahawa tahu mengapa dunia mengalami pemanasan global. Antarasebab utamanya ialah pembakaran hasil galian yang tinggi (penggunaan minyak petrol olehkenderaan bermotor dan juga asap hitam daripada perindustrian yang tidak bertapis) yangmembebaskan banyak gas karbon dioksida yang kemudiannya terperangkap di ruang lapisanudara yang menyebabkan bumi menjadi semakin panas.
 
Bencana Yang Berlaku Kini
Isu pencairan ais di Kutub
U
tara dan juga Kutub Selatan bukannya masalah baru. Walhal, kitasendiri sedia maklum bahawa setiap tahun, ais mencair sebanyak 1 liter manakala suhusemakin meningkat sabanyak 1C setiap lima tahun sekali. Peningkatan paras laut duniamendorong kepada pelbagai bencana alam yang kita sedia maklum tetapi kita hanyamengabaikannya sahaja. Bayangkan apabila setiap tahun ais yang mencair itu dapat meningkatparas laut, dunia akan tenggelam sedikit demi sedikit. Daratan akan tenggelam tanpa manusiasedari. Jika itu akan berlaku, apa yang bakal terjadi kepada manusia??Kepupusan habitat di kawasan Kutub akan berlaku, seperti contoh beruang kutub, anjing lautdan juga penguin kini mempunyai bilangan yang sedikit. Mereka kehilangan tempat tinggalakibat pemanasan global yang berlaku. Kepupusan mereka perlu dijadikan contoh supayamanusia berusaha mencari jalan menangani masalah kepupusan juga sekali gus menanganimasalah pemanasan global ini. Tidak mustahil jika suatu hari nanti manusia juga akan menjadispesis yang semakin pupus dek kerana isu pemanasan global ini.Dunia digemparkan dengan pelbagai bancana alam yang meragut banyak nyawa manusia. Pada21 September 2010 yang lalu, ribut dan taufan telah melanda Taipei, China telah menyebabkanberlakunya banjir di kawasan kediaman penduduk. Angin yang bertiup selaju 162 km/j itumemberikan kesan kemusnahan yang sangat dasyat. Kemusnahan dapat dilihat di Bandar rayaTaipei. Seramai 107 penduduk mengalami kecederaan manakala 63 orang yang lain dilaporkanmeninggal dunia sejak tiga hari sepanjang berlakunya bencana tersebut. Taufan yangmenyebabkan banjir itu menyukarkan penghantaran bantuan makanan dan perubatan kepadapenduduk yang masih lagi terperangkap di rumah masing-masing disebabkan olehperhubungan jalan raya mengalami kerosakkan yang teruk. Pejabat kerajaan dan juga sekolah-sekolah rendah mahupun menengah telah ditutup buat sementara waktu.Satu lagi bencana yang berlaku pada awal bulan Oktober ialah peristiwa tanah runtuh yangberlaku di Oaxaca, Maxico. Tujuh terbunuh dalam kejadian itu, manakala 11 lagi mangsa terdiridaripada tiga kanak-kanak dan lapan dewasa masih lagi belum ditemui. Hujan yang lebat telahmengakibatkan tanah yang berbukit tergelincir dan runtuh ke kawasan jalan raya berhampiran.Punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada kejadian ini ialah pembangunan secaratidak terancang daripada pihak yang bertanggungjawab. Pembangunan yang dijalankan dikawasan sekitar tempat bencana alam ialah bukti jelas betapa manusia menghiraukan alamsekitar.Kini jelas bahawa kebanyakkan bencana alam yang berlaku adalah kesan daripada manusiayang tidak menjaga dan menghormati alam ini. Manusia adalah penyumbang terbesar dalamisu pemanasan global kini. Mahu atau tidak, kita perlu mengakuinya dan cara yang terbaik

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
tanjungsofiera liked this
Nurul Hidayah liked this
Enzebius Moses liked this
Intan Nazuha liked this
Putri Baihaqi liked this
Pheonik Timur liked this
Azizah Abidin liked this
Kyn Winkie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->