Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
6Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

Ratings: (0)|Views: 2,422|Likes:
Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkan sambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jihad dan mengapa jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan konsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajuk forum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedang menyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain.
Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkan sambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jihad dan mengapa jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan konsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajuk forum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedang menyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain.

More info:

Published by: Kamarul Azami bin Mohd Zaini on Oct 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/20/2013

pdf

text

original

 
1
KEPENTINGAN JIHAD DALAM HIDUP MAHASISWA
Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com
 
 )
Papa nak pegi mana karang? tanya isteriku ketika aku menghantarnya ke UniversitiTeknologi MARA di Shah Alam untuk kelas pengajian luar kampusnya. Ingat nak solat kat masjidbaru UiTM la kataku memasang niat. Papa nak duduk kat masjid ke? tanya isteriku sepertiberminat dan menggalakkan. Tengoklah, jawabku ringkas. Aku meneruskan perjalanan kusetelahmenurunkan isteriku di hadapan fakultinya.Tiba di masjid baru UiTM aku merasakan sedikit perubahan dan terasa seronok untuk beradadi masjid yang aman dan amat sesuai rasanya untuk aku beritikaf sambil memikirkan modul yangperlu aku siapkan untuk dihantar kepada Ustazah Hanizah SAM Tanjong Karang untuk program asaskepimpinan. Entah mengapa agaknya, begitu mudah Allah isikan niat baik manusia ini. Betullahsebagaimana yang selalu kita dengari, apabila kita ada niat yang baik, pasti Allah akan melorong kitake arah melakukannya. Berbanding sekiranya berniat tidak baik, Allah akan berikan pelbagaihalangan sebagai peringatan kepada kita jika kita ini adalah tergolong dari kalangan orang-orangMukmin.Aku masuk ke masjid dan menunaikan solat Maghrib. Habis solat, aku berniat untuk tunaikansolat Isyak juga. Alhamdulillah niatku tercapai. Bahkan, aku juga diberikan kesempatan oleh Allahs.w.t. untuk mendengar, sementara menunggu isteriku, satu forum yang disusun dan dirancangkanoleh Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam UiTM. Ia merupakan ruang yang cukup baik dan mengisirasa kosong dalam jiwaku. Apabila kita turuti apa yang baik dalam hati kita nescaya ia pasti akanmembawa kita lebih rapat kepada Allah s.w.t. Tajuk yang dibentangkan adalah Pengabaian Jihaddan Kesannya Kepada Ummat Islam Di Malaysia yang terdiri daripada ahli panel Prof. Madya Dr.Mustaffa Abdullah (UM), Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan Al-Haddad (Haluan Palestin) dandipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rosdi Nik Ahmad.Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkansambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar diUiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jihad dan mengapa jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkankehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengansepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini
 
2
 yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anakmuda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkankonsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajukforum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedangmenyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain. Ustazah, ada pen tak? tanya pelajar lelaki itu. Pen pun tak bawak datang belajar ni!Pinjam dari kawan awak tegur pensyarah tersebut. Tersenyum aku melihat tingkahlaku siswatersebut. Ini ke siswa hari ini? Datang majlis ilmu dengan tangan kosong. Datang hanya dengan niatdan sain kedatangan. Datang hanya dengan niat sebab kena datang. Kemajuan dan kejayaan ummatdi Malaysia ini amat bergantung dengan generasi mereka. Pada asalnya aku nak ketawa juga, tapibila mengenangkan mereka ini mahasiswa dan mahasiswi, hati ini berubah dan timbul rasa sayangkerana mereka tidak diberikan pendedahan yang sebenar. Belajar itulah jihad buat diri mereka. Jihaduntuk agama dan bangsa mereka.Jangan marah diorang, diorang muda lagi ungkapan yang sering kita dengar apabilamenegur anak-anak muda. Seolah-olah apa yang ditegur itu salah dan tindakan yang mereka buat itubetul. Benar pada satu sudut, orang yang baru belajar memang akan buat silap. Tetapi kesilapanyang berulang bukan bermakna dia belajar. Apa maknanya pula belajar jika tidak pernah dimarahi.Suasana di dalam masjid itu menggamit aku berfikir panjang tentang masa depan kehidupan anak-anakku kelak. Kasihan mereka dengan keadaan yang ada di depan mataku. Gadis-gadis jelita sebagaimahasiswi disebelah kiri aku pula ketika itu, sampai lambat dan masuk lambat. Bila dah berada didalam ruangan masjid, boleh pula minum air sambil borak-borak dan bersandar di dinding.Sebahagiannya pula sibuk sedang sain kedatangan, buku nota? Langsung tidak kelihatan.Si Ustaz sudah memulakan bicara hampir 30 minit, tetapi mereka yang dibelakang masih lagisibuk bercerita entah tentang apa. Sekali-sekala aku terdengar juga humor Prof. Madya ketikamempengerusikan forum, tetapi bunyi ketawanya hanya dibahagian hadapan pelajar sahaja. Inilahpadahnya apabila mahasiswa dan mahasiswi tidak memahami konsep jihad. Sehinggakan jihaddalam mereka belajar ini juga tidak menjadi keutamaan bahkan sekadar untuk bergelar pemegangijazah sarjana muda.Toing... tiba-tiba mesej pesanan ringkas aku berbunyi. Isteriku memberitahu kelasnyasudah selesai. Tidak sempat untuk mendengar pembentangan kedua yang juga merupakan salah

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Azi Maisarah liked this
Cik Lina liked this
Sue Adaa added this note|
hebat..~
Saubie Aslamiah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->