JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3
65
Lantaran itu, istilah `
Cognitive style
' sering digunakan sebagai indikator untuk gaya pembelajaran.Walaubagaimanapun, kedua-dua takrifan ini mencitrakan gaya pembelajaranyang saling lengkap melengkapi dan menjadikannya lebih menyeluruh. Gaya pembelajaran bukan sahaja melibatkan cara membuat persepsi tetapi juga, mod bagaimana respon-respon dalaman (intrisik) dan luaran (ekstrinsik) dilakukan.Literatur mengenai gaya pembelajaran mengisahkan pelbagai saranan danmodelnya. Curry (1987) telah meneliti model-model pelbagai gaya pembelajaran.Beliau telah menyarankan `
oninon model'.
Ia melihat gaya pembelajaran terdiridaripada empat lapisan yang terpenting.Lapisan-lapisan tersebut adalah seperti berikut: Dimensi sahsia (
Personalitydimension),
Pemprosesan informasi (
Information -processing
), Interaksi sosial(
Social interaction
) dan Kecenderungan instruksional yang bersifat multidimensi(
Multidimensional and instructional preference
).Model pelbagai gaya pembelajaran yang mengutamakan `
Personalitydimension' ialah
model saranan Witkin (1954). Ia menggunakan konstruk `
field dependence/ field independence'
. Selain daripada Witkin, Jenis indikator Myers-Briggs ( Myers, 1978) juga termasuk dalam dimensi sahsia. Ia mempunyai skala-skala di antara dua ekstrim ia itu, `
extroversion versus introversion, sensing versusintuition, thinking versus feeling,
dan
judging versus perception'.
Interaksi sosial menangani isu-isu berkaitan denga cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Reichmann dan Grasha (1974) telahmenyarankan beberapa jenis pelajar bersaskan kepada cara mereka gemar belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian;kolaboratif; penyertaan dan kompetitif.`
Information Processing Model
' secara umumnya, menerangkan tentangkecenderungan pendekatan intelek seseorang individu dalam mengasimilasikaninformasi. Model-model yang disarankan oleh Schmeck (1983) dan Kolb (1984)menerangkan bagaimana manusia memproses dan mengasimilasikan informasi baru yang diterimanya.`
Multidimensional and Instructional Preference Model
' lebih berfokuskepada kecenderungan alam pembelajaran yang diminati oleh individu. Modelsaranan Dunn and Dunn (1978) dan Keefe (1989) berunsur multidimensi danmengenal pasti pelbagai alam pembelajaran yang mungkin menjadi minatan pelajar.Pada umumnya, gaya pembelajaran seseorang boleh dilihat dari segi limaaspek yang penting. Ia adalah, alam sekitar (cerah -kelab; bunyi seperti muzik -sunyi; formal - tidak formal; panas - sejuk); Emosi ( berstruktur - tidak