You are on page 1of 8

1

Tinjauan Literatur : Permainan Luar Kanak-kanak

Latar belakang

Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini dapat meningkatkan keupayaan kognitif,

keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan

halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan

tertekan. (Kurikulum prasekolah kebangsaan, 2007, ms.93)

Menurut King (1987) permainan luar memberikan peluang kepada kanak-kanak

untuk melibatkan diri dalam permainan arahan kendiri dengan pengawasan minima dari

orang dewasa. Bermain di luar membolehkan kanak-kanak mendapat udara segar dan kurang

kekangan berbanding dengan berada di dalam kelas (Aronson, 2002). Hasil kajian Henniger

(1995) dan Hartle (1996) menunjukkan permainan luar lebih merangsang kanak-kanak untuk

bersosial berbanding permainan dalaman.

Frobel (1837) berpendapat taman permainan kanak-kanak adalah penting bagi

membantu mewujudkan proses pembelajaran yang paling berkesan sekiranya aktiviti yang

dirancang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Kurikulum prasekolah kebangsaan

(2007) juga menegaskan murid memerlukan ruang yang mencukupi untuk bergerak bebas

dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang luar kelas boleh digunakan untuk

aktiviti bergerak bebas, aktiviti bekerja secara individu dan berkumpulan dan menempatkan

alat permainan luar seperti buaian, papan gelongsor dan terowong.


2

Oleh itu, tinjauan literatur ini akan melihat kepentingan permainan luar kepada kanak-

kanak dan dan bagaimana rekabentuk dan peralatan di taman permainan memberi kesan

terhadap perkembangan kanak-kanak. Tinjauan literatur dibuat berdasarkan lima artikel dan

buku Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang memperkatakan tentang permainan luar dan

taman permainan kanak-kanak. Kelima-lima artikel ini dipetik dari pelbagai sumber di

internet.

Kepentingan Permainan luar

Kanak-kanak mempunyai keperluan asas untuk bermain di dalam dan di luar setiap

hari. Persekitaran ini akan memberikan konteks bermain yang berbeza. Jika dibandingkan

dengan permainan dalaman, permainan luar membenarkan kanak-kanak bermain secara aktif

dengan sedikit peraturan dari segi kebisingan dan pergerakan serta lebih kebebasan dalam

menggunakan bahan semulajadi seperti air, pasir dan tanah.

Gabbard (1979) dalam kajiannya mendapati bahawa perkembangan fizikal kanak-

kanak prasekolah menunjukkan pertumbuhan secara cephalacaudel iaitu bergerak daripada

kepala turun ke kaki dan proximodistal iaitu berpusat dari tengah badan dan menuju keluar.

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan

halus. Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan bantuan

banyak otot seperti berguling, merangkak, memanjat, bergayut, melompat, berlari, dan

sebagainya sementara motor halus melibatkan proses penerimaan sensori atau deria seperti

pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang. Persekitaran luar

memenuhi kehendak asas kanak-kanak untuk mendapat kebebasan, cabaran, mengambil

risiko dan menjadi kanak-kanak yang sebenarnya (Greenman, 1993).


3

Kanak-kanak gemar berada di luar kelas dan melihat sendiri kejadian-kejadian yang

berlaku di sekitar mereka serta belajar dari pengalaman yang mereka terima. Mereka akan

lebih memahami persekitaran apabila melihat awan berarak, air mengalir, mengenali pelbagai

ragam manusia, mengenali haiwan dan tumbuhan melalui bermain di luar. Kanak-kanak

bukan sahaja gembira apabila berada di luar malahan dengan permainan luar, dapat

merangsang pertumbuhan dan fungsi otak. Persepsi adalah nadi perkembangan kognitif

(Gleitman & Liberman, 1995) dan bermain di luar adalah sumber kepada persepsi. Menurut

Dewey (1938, 1963) pengetahuan yang diterima kanak-kanak daripada permainan luar

merupakan asas kepada literasi dan pembelajaran Sains.

Pengalaman secara langsung dengan elemen semulajadi membolehkan mereka

berinteraksi secara optima dan membenarkan kanak-kanak mengembangkan transaksi

bersama rakan sebaya dan bukan rakan sebaya. Edith Cobb (1969) berpendapat bahawa,

“ a child body is erotized and highly sensitized by the necessities of nurture and touch, is the

tool of his mind, and serves wih a passionate enjoyment in a creative engagement with the

forces of nature” .

Taman permainan dan kanak-kanak

Taman permainan di tempat tinggal merupakan komuniti pertama yang didedahkan

kepada anak-anak bagi membentuk sikap terhadap masyarakat pada masa hadapan kerana di

sini mereka belajar untuk bersosialisasi sesama rakan sebaya dan orang yang lebih dewasa.

Frobel (1837) berpendapat taman permainan kanak-kanak adalah penting bagi

membantu mewujudkan proses pembelajaran yang paling berkesan sekiranya aktiviti yang

dirancang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Beliau juga menegaskan bahawa
4

taman permainan luar perlu menyediakan suatu turutan aktiviti yang membenarkan kanak-

kanak bergerak daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara bebas. Ini kerana bermain

adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak dan pastinya mereka akan memilih

sesuatu yang menggembirakan. Dalam keadaan bermain, secara tidak langsung kanak-kanak

berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang. Frobel (1837) menegaskan dua ciri

yang penting dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal iatu

kebebasan dan kreativiti.

Kanak-kanak saling bekerjasama dan menyediakan peraturan bermain semasa mereka

bermain bersama di taman permainan. Mereka akan menyediakan giliran untuk memanjat tali

atau bermain gelongsor (Kellert, 2002)

Rekabentuk taman permainan

Kebanyakan taman permainan direkabentuk sebagai taman permainan kontemporari

dimana ianya mengambilkira ciri-ciri semulajadi dan buatan manusia. Pelbagai alatan direka

dalam pelbagai bentuk dan berwarna-warni bagi menarik perhatian kanak-kanak. Peralatan

direka dengan fungsi untuk meningkatkan deria-motor dan membolehkan kanak-kanak

bermain lakon peranan (Brown, Sutterby, & Thornton, 2001).

Kanak-kanak memerlukan ruang untuk membuat gerakan pelbagai seperti bergerak ke

atas, ke bawah, ke dalam, ke belakang, ke hadapan dan sebagainya. Oleh yang demikian,

struktur alat permainan haruslah dibuat dalam pelbagai saiz yang bersesuaian dengan kanak-

kanak untuk menjamin keselamatan mereka. Kawasan berpasir yang luas seharusnya boleh

ditutup sekiranya tidak digunakan. Taman permainan juga harus dip agar dan ditanami

pohon-pohon yang boleh memberikan makna kepada kanak-kanak (Mary, 2000).


5

Reka bentuk sesebuah taman permainan prasekolah juga memberikan impak kepada

proses pembelajaran kanak-kanak semasa menggunakan kemudahan peralatan tersebut. Reka

bentuk taman permainan sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran masa dan

perkembangan teknologi. Perubahan dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta

interaksi sosial di antara kanak-kanak dengan rakan sebaya, kanak-kanak dengan guru, dan

kanak-kanak dengan ibu bapa serta masyarakat di sekelilingnya.

Berikut adalah beberapa jenis reka bentuk taman permainan di prasekolah dan fungsinya:

 Reka bentuk permainan tradisional dapat melatih, meningkatkan kemahiran fizikal,

membantu perkembangan fizikal dan sosial. Peralatannya seperti kayu pengimbang

dan palang gayut.

 Reka bentuk kontemporari pula mampu mendorong kanak-kanak membuat

penerokaan, berasa ceria, membantu perkembangan fizikal dan sosial. Ini kerana

peralatan diubahsuai daripada bentuk tradisi untuk tujuan menarik perhatian kanak-

kanak. Peralatannya seperti gelongsor, buaian, palang gayut, jongkang-jongket dan

sebagainya.

 Reka bentuk kreatif pula mendorong penglibatan kanak-kanak secara individu atau

kumpulan. Reka bentuk kreatif juga mampu membantu perkembangan fizikal dan

sosial kanak-kanak.Peralatan permainan diubahsuai dengan pelbagai rupa bentuk

binatang seperti zirafah, buaya, katak dan sebagainya untuk menarik perhatian kanak-

kanak menggunakannya.

 Reka bentuk permukaan bumi pula memberi peluang kepada kanak-kanak

menggunakan alam semulajadi untuk kemahiran fizikal. Keadaan permukaan yang

curam dan mendatar serta terdapat bukit-bukit kecil membolehkan kanak-kanak


6

berguling atau menggelungsur. Selain itu, mereka berpeluang bermain air, pasir dan

tanah untuk memenuhi naluri ingin tahu dan meneroka.

ISU

Dari kajian literatur didapati bahawa bermain dapat membantu perkembangan fizikal, sosial

dan emosi serta kognitif kanak-kanak. Vygotsky (1967) menyatakan bermain dapat

membantu kanak-kanak memperkembangkan bahasa dan pemikiran mereka. Sementara itu,

permainan luar membenarkan kanak-kanak bermain secara aktif dengan sedikit peraturan dari

segi kebisingan dan pergerakan serta lebih kebebasan dalam menggunakan bahan semulajadi

seperti air, pasir dan tanah. Namun demikian, daripada pemerhatian yang dijalankan di

tadika-tadika swasta di kawasan perumahan, didapati bahawa :

1. Kebanyakannya tidak menyediakan pusat permainan luar.

2. Penyediaan alatan tidak menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak

3. Permainan tidak mencabar kreaviti kanak-kanak

4. Kurang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas

5. Guru-guru tidak berinisiatif bermain bersama kanak-kanak.

Kebanyakan taman permainan menyediakan peralatan yang tetap dan tidak boleh diubahsuai.

Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bermain secara kreatif kerana

penggunaannya adalah tetap. Contoh, tempat menggelongsor hanya berfungsi sebagai

gelongsor dan tidak boleh di ubahsuai untuk menjadi pondok bagi main peranan kanak-

kanak.

Walaupun taman permainan mampu menyediakan persekitaran sesuai untuk berjalan,

berlari, berlumba basikal, meluncur, bergolek, membaling dan sebagainya, kanak-kanak

mudah jemu kerana bermain dengan peralatan yang serupa berulangkali.


7

CADANGAN

1. Semua tadika/prasekolah diwajibkan menyediakan taman permainan luar sebelum

mendapat kelulusan menubuhkan tadika.

2. Satu kajian mengenai alat permainan luar yang kreatif dan inovatif di kalangan kanak-

kanak prasekolah di Malaysia perlu dilakukan bagi merekabentuk taman permainan

untuk pembangunan kemahiran kognitif, fizikal dan sosial mereka.

3. Alatan yang disediakan di taman permaianan luar seharusnya terdiri daripada

bahagian-bahagian yang boleh ditanggalkan agar kanak-kanak dapat

memanipulasikan alatan dan menggunakannya dalam cara yang berbeza.

4. Alatan seharusnya dapat mencabar kreaviti kanak-kanak dimana kanak-kanak dapat

bermain dalam dimensi yang berbeza daripada biasa.

5. Wujudkan peralatan yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti seperti

berada di sungai dimana alat permainan akan dihiasi mural batu-batan, bunga-

bungaan, binatang dan sebagainya serta kanak-kanak dapat merasai pengalaman

memanjat, berbuai, melompat, berlari dan sebagainya.

6. Bina taman permainan yang sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak

berkeperluan khas.

KESIMPULAN

Kebolehan untuk menjadi kreatif, untuk mencipta sesuatu daripada perasaan dan

pengalaman boleh memberi kesan terhadap perkembangan kesihatan emosi. Pengalaman

awal kanak-kanak dapat memberikan peningkatan yang bermakna dalam perkembangan

kreativiti mereka. Oleh itu, para guru dan ibu bapa seharusnya memberikan pengalaman yang

cukup kepada kanak-kanak terutama untuk merasa bebas berkreatif di Taman Permainan luar.
8

You might also like