Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
VOT 71881
KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN DANKEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR UNIVERSITIDI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JOHOR
(CONTRASTING LEARNING STYLES AND STUDY SKILLSAMONG UNIVERSITY STUDENTS ATTHE FACULTY OF EDUCATION, UTM JOHOR)
DR BAHARIN ABUPM DR OTHMAN MD JOHANPM SYED MOHD SHAFEQ SYED MANSORHALIZA JAAFARRESEARCH VOTE NO:71881Jabatan Asas PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia2007
1
 
 PENGHARGAAN
Setinggi-tingginya penghargaan kepada pihak RMC UTM yang membiayai penyelidikan ini(Vot Penyelidikan 71881)Terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikanyang sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu menjayakanpenyelidikan ini.Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan staf pengurusan Fakulti Pendidikan, dan semuapihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakanpenyelidikan ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, penyelidikan danlaporan projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.2
 
 
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajaruniversiti. Kajian ini melibatkan seramai 310 orang responden yang terdiri daripada 82orang lelaki dan 228 orang perempuan pelajar tahun 2 hingga akhir program Ijazah SarjanaMuda dari pelbagai pengkhususan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empatmata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran dan enam aspek kemahiran belajar.Lima kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn adalah kategori Persekitaran,Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal dan kemahiran belajar. Enam aspek kemahiran belajar adalah Kemahiran Membaca, Kemahiran Menguruskan Masa, KemahiranMenulis Nota, Kemahiran Mendengar, Kemahiran Membuat Rujukan dan KemahiranMenghadapi Peperiksaan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.83.Dapatan kajian mendapati kategori Emosional (min 3.09, SP=0.63) adalah gayapembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori yang keduaadalah kategori Psikologikal (min 2.98, SP=0.84), diikuti ketiga ialah kategori Fizikal (min2.87, SP=0.72), keempat ialah kategori Persekitaran (min 2.81, SP=0.70) dan kelima olehkategori Sosiologikal (min 2.81, SP=0.74). Keseluruhannya tahap kemahiran belajar pelajarIjazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM berada pada tahap sederhana. Skor min bagitiga kemahiran iaitu Kemahiran Membuat Rujukan ialah 3.09 (SP=0.58), KemahiranMendengar minnya 3.04 (SP=0.64) dan Kemahiran Mengambil dan Menulis Nota min 3.03(SP=0.71) berada pada tahap tinggi manakala selebihnya Kemahiran Membaca minnya 2.94(SP=0.66), Kemahiran Menghadapi Peperiksaan min 2.88 (SP=0.72) dan KemahiranMenguruskan Masa min 2.80 (SP=0.75) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajianmenunjukkan kepelbagaian gaya pembelajaran dan tahap kemahiran belajar memberi kesanyang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar. Di sampingitu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarandan pembelajaran.3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more