You are on page 1of 6

BAYAR CUKAI TAKSIRAN MBSA IKUT JADUAL MENANG TV LCD –

KEMPEN BAYAR DAN MENANG CUKAI TAKSIRAN MAJLIS BANDARAYA


SHAH ALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE – 10 SHAH ALAM
SEBAGAI BANDAR RAYA

10 Oktober 2010 (Ahad)

Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam


Saudara Ong Shock Hui tidak menduga dengan hanya membayar cukai
taksiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) beliau berjaya memenangi
hadiah berupa TV LCD 32 inci.
TV LCD ini merupakan hadiah utama yang diberikan kepada pemenang di
dalam Kempen Bayar dan Menang yang dianjurkan oleh pihak Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia
Berhad. Kempen ini juga diadakan bersempena dengan sambutan Ulang
Tahun Ke – 10 Shah Alam sebagai bandar raya.
Dalam Kempen Bayar dan Menang ini, dua kategori diadakan iaitu kategori
terbuka untuk pemilik-pemilik harta di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA) dan juga kategori bagi warga MBSA.
Selain daripada itu, 9 pemenang bertuah dalam Kempen Bayar dan
Menang ini berjaya menerima hadiah istimewa berupa telefon bimbit
berjenama blackberry. Hadiah-hadiah para pemenang telah ditaja oleh
pihak Bank Islam Malaysia Berhad.
Kempen Bayar dan Menang ini merupakan manifestasi pihak Majlis
Bandaraya Shah Alam untuk merakamkan rasa terima kasih kepada
warga kota Shah Alam dan juga pemilik-pemilik harta di Shah Alam
kerana menjelaskan cukai taksiran mengikut jadual dan tempoh masa
yang ditetapkan.
Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi galakan
kepada pemilik-pemilik harta di dalam kawasan pentadbiran MBSA untuk
membayar bil serta tunggakan cukai taksiran masing-masing dalam
tempoh yang ditetapkan.
Turut menerima hadiah utama berupa komputer riba (notebook) adalah
Aziz Karim, kakitangan MBSA yang berjaya mendapat tempat pertama
bagi kategori untuk warga kerja, MBSA.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Dato’
Wan Ismail Wan Yusof, Pengurus Besar, Bahagian Perhubungan
Strategik Bank Islam Malaysia Berhad. Turut hadir Dato Mazalan Md.
Noor, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir ahli-ahli Majlis, MBSA dan
juga para pegawai dari Bank Islam Malaysia Berhad.
Melalui kutipan cukai taksiran ini dapat membantu pihak MBSA untuk
merancang dan membangunkan kawasan MBSA dengan projek-projek
prasarana dan juga kemudahan awam seperti pembinaan taman
rekreasi, gerai, pembinaan dan menyelenggara jalan, penyelenggaran
longkang dan lampu jalan dan sebagainya.
Para pemenang utama
bergambar beramai-ramai
bersama Datuk Bandar (Baju
Kuning) dan datuk Wan Ismail
Wan Yusof (Pengurus Besar
Bahagian Perhubungan
Strategik Bank Islam (Baju
Jingga))
En. Aziz Karim pemenang
kategori MBSA

You might also like