You are on page 1of 38

HAK WANITA DALAM

PERINTAH DARURAT
(UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM), 1999
PENGENALAN
• Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam),1999

 Diwartakan pada hari Khamis, 18hb. November, 1999


 Dikuatkuasakan pada 01hb.Muharram,1422H bersamaan dengan
26hb.Mac,2001M.

• Aturan-Aturan Undang-Undang Keluarga Islam,2002

 Diwartakan pada 24hb. Jun, 2002


 Dikuatkuasakan secara kebelakangan iaitu pada tarikh yang sama
dengan tarikh mula kuatkuasa undang-undang indung/induk iaitu
Perintah Darurat (Undang-undang Keluarga Islam), 1999.
PENGENAAN

• KEPADA SIAPA PERUNTUKAN-PERUNTUKAN DI DALAM PERINTAH IN


I DIMAKSUDKAN?

• PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERKAITAN HAK-HAK WANITA

(1) Hak wanita sebelum berlangsungnya perkahwinan

(2) Hak wanita semasa di dalam perkahwinan

(3)
Hak wanita kepada perceraian dan selepas berlaku perceraian di ant
ara pasangan suami isteri
KEPADA SIAPA PERUNTUKAN-PERUNTUKAN DI DALAM PERINTAH INI DIMAKSUDKAN?

Peruntukan-peruntukan ini dikenakan kepada:

(1) sekurang-kurangnya salah satu pihak menganut ugama


Islam; dan

(2) sekurang-kurangnya salah satu pihak, samada atau tidak


menganut ugama Islam,
(a) bermukim di dalam Negara ini atau;
(b) bermastautin di dalam Negara ini tetapi bermukim
diluar Negara.

Dalam hal sedemikian, Mahkamah Syariah sahajalah


yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
memutuskan apa-apa tuntutan atau prosiding dan bukannya
Mahkamah-Mahkamah Sivil.
HAK WANITA SEBELUM BERLANGSUNGNYA PERKAHWINAN

1. Hak menuntut ganti rugi bagi pemberian pertunangan dan


perbelanjaan persediaan perkahwinan jika sesuatu ikatan
pertunangan dibatalkan.

2. Hak persetujuan terhadap perkahwinan

(i) bakal suami dan isteri


(ii) wali pihak perempuan atau wali hakim
HAK WANITA SEBELUM BERLANGSUNGNYA PERKAHWINAN

Adapun jika seseorang menggunakan apa-apa kekerasan, ugutan atau


penipuan samada -
 
(a) untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan
kemahuannya; atau
 
(b) untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur
lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang telah
mencapai umur enam belas tahun dari berkahwin secara sah,
 
adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan
boleh dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini sebagaimana
yang diperuntukkan oleh bab 35 Perintah berkenaan.
HAK WANITA SEMASA DI DALAM PERKAHWINAN

1. MASKAHWIN, BELANJA DAN PEMBERIAN

2. NAFKAH

• Tafsiran Nafkah
• Ingkar Nafkah
• Gugur Hak Nafkah
• Menuntut Tunggakan Nafkah

3. KUASA MAHKAMAH
HAK WANITA SEMASA DI DALAM PERKAHWINAN

TAFSIRAN PERKATAAN NAFKAH

Nafkah bermaksud perbelanjaan yang wajib mengenai makanan,


pakaian, dan tempat tinggal bagi isteri, anak-anak, janda dan orang-
orang lain di bawah tanggungan seorang suami atau bekas suami dan
mana-mana orang termasuk ibu bapa dan bapa angkat mengikut Hukum
Syara.
HAK WANITA SEMASA DI DALAM PERKAHWINAN

INGKAR NAFKAH

Jika berlaku keingkaran atau pengabaian tanggungjawab memberi


nafkah, maka isteri boleh mengambil tindakan mahkamah untuk
mendapatkan perintah nafkah bagi isteri terhadap suami
HAK WANITA SEMASA DI DALAM PERKAHWINAN

GUGUR HAK NAFKAH

Seseorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau
enggan yang tidak berpatutan untuk menurut kemahuan atau perintah
suami—
(a) Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;
(b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan
dengan kemahuan suaminya;
(c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah
atau tempat lain,
HAK WANITA SEMASA DI DALAM PERKAHWINAN

MENUNTUT TUNGGAKAN NAFKAH

Isteri berhak menuntut nafkah yang tertunggak yang belum dibayar.


HAK WANITA SEMASA DI DALAM PERKAHWINAN

KUASA MAHKAMAH

1) Penaksiran Mahkamah
2) Mengubah perintah nafkah
3) Membuat suatu perintah tahanan pendapatan tenaga
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seorang isteri berhak memohon kepada Mahkamah untuk membubarkan


sesuatu perkahwinan dengan cara;

(i) Perceraian dengan talaq;


(ii) Pembubaran perkahwinan kerana dharar;
(iii) Perceraian di bawah ta’liq;
(iv) Pembubaran perkahwinan secara fasakh;
(v) Pertukaran agama;
(vi) Cerai tebus talaq atau khulu’
(vii) Perceraian secara li’an
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

PERCERAIAN DENGAN TALAQ

Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah


menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah
dalam borang yang ditetapkan.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA DHARAR

Dharar Syar’ie bermakna bahaya ke atas seseorang mengenai agama,


nyawa, nasab, tubuh badan, kehormatan, akal fikiran atau harta
mengikut kebiasaannya yang diakui oleh Hukum Syara’
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

ALASAN : PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA DHARAR

(a) lazimnya menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita


disebabkan oleh kelakuan aniaya;
(b) berkawan dan bergaul dengan perempuan-perempuan jahat atau
hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara’;
(c) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
(d) melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan hak-
haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
(e) menghalang isteri dari menunaikan atau menjalankan kewajipan atau
amalan agamanya; atau
(f) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani
isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak
Hukum Syara’”
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

TAFSIRAN TA’LIQ

Ta’liq bermakna lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas


akad nikah mengikut Hukum Syara’.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

TAFSIRAN FASAKH

Fasakh bermakna pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal


keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara’.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

ALASAN : PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA FASAKH

(a) bahawa dalam masa tempoh satu tahun atau lebih tidak diketahui di
mana suaminya berada;
(b) bahawa dalam masa tempoh satu tahun atau lebih suaminya berada
dalam tahanan;
(c) bahawa suaminya telah cuai atau telah gagal mengadakan
peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh empat bulan;
(d) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau
lebih;
(e) bahawa suami telah gagal menunaikan tanpa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama
tempoh satu tahun;
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

ALASAN : PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA FASAKH

(f) bahawa suaminya telah mati pucuk pada masa perkahwinan


dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa
perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(g) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sindrom
kekurangan daya tahan badan (AIDS) atau pembawa kuman HIV
atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit;
(h) bahawa walaupun empat bulan berlalu dari tarikh perintah,
tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami sengaja
enggan menyetubuhinya;
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

ALASAN : PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA FASAKH

(i) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak
sah, samada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan
akal atau sebarang hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum
Syara’;
(j) bahawa isteri mempunyai kecacatan yang menghalang
persetubuhan dilakukan mengikut Hukum Syara’;
(k) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan
perkahwinan secara fasakh di bawah Hukum Syara’.”
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

CERAI TEBUS TALAQ ATAU KHULU’

Tebus talaq atau khulu’ bermakna memutuskan nikah dengan bayaran


oleh isteri kepada suami dengan persetujuan kedua-dua pihak atau
dengan perintah Mahkamah;
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

NAFKAH ISTERI DAN KEHADIRAN DI MAHKAMAH

Seseorang isteri berhak untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya


semasa dalam tempoh iddah.

(1) Hak terhadap nafkah atau pemberian


(2) Hak tempat tinggal
(3) Pemberian saguhati (mut’ah)
(4) Ruju’
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

TAFSIRAN MUT’AH

Mut’ah atau sagu hati bermakna pemberian yang wajib ke atas suami
kepada jandanya mengikut Hukum Syara’.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

RUJU’

Seorang isteri mempunyai hak samada bersetuju atau tidak untuk ruju’
kembali kepada suaminya dalam masa ‘iddah talaq raj’ie
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

HARTA SEPENCARIAN

Seseorang perempuan yang telah bercerai berhak untuk menuntut di


Mahkamah harta sepencariannya bersama bekas suaminya.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

PENJAGAAN KANAK-KANAK (HADANAH)

 Ibu adalah orang yang paling layak bagi menjaga kanak-kanak yang
belum mumaiz dalam masa perkahwinan dan juga selepas
perkahwinan dibubarkan.
 Hak seseorang ibu terhadap penjagaan hilang--
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang
tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam
mana lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu,
tetapi hak penjagaan kembali semula apabila perkahwinan itu
dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan
terbuka;
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

PENJAGAAN KANAK-KANAK (HADANAH)

(c) jika perempuan itu menukar tempat mastautinnya dengan tujuan


untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan
pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa
seseorang isteri yang bercerai boleh mebawa anaknya sendiri ke
tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak
itu.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

HAK PENJAGAAN HILANG

Hak seseorang perempuan terhadap penjagaan hilang—


(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak
mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana lelaki
itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi hak
penjagaan kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan
terbuka;
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

HAK PENJAGAAN HILANG

(c) jika perempuan itu menukar tempat mastautinnya dengan tujuan


untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan
pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa
seseorang isteri yang bercerai boleh mebawa anaknya sendiri ke
tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak
itu.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

HAK PENJAGAAN HILANG

Jika seseorang perempuan hilang hak penjagaan, maka hak penjagaan


tersebut berpinda kepada bapa. Jika kanak-kanak itu telah mencapai
umur mumaiyiz, maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk
tinggal dengan samada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah
memerintahkan selainnya. Ini sebagaimana yang diperuntukkan dalam
bab 91 Undang-Undang Keluarga Islam
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI
KUASA MAHKAMAH UNTUK
MEMERINTAHKAN NAFKAH BAGI KANAK-KANAK

Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki


supaya membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya—
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan
munasabah bagi kanak-kanak itu;
(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan kanak-kanak
itu berada dalam jagaan isterinya;
(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal
suami isteri; atau
(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat sesuatu
perintah untuk meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan mana-
mana orang lain.”
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI
TEMPOH PERINTAH BAGI NAFKAH
SESEORANG KANAK-KANAK

Tempoh Perintah bagi nafkah seseorang kanak-kanak tamat apabila


kanak-kanak itu berumur 18 tahun, kecuali jika perintah bagi tempoh
nafkah tersebut:
(a) disingkatkan;
(b) telah dibatalkan;
(c) dibuat untuk faedah-
(i) seseorang kanak-kanak perempuan yang tidak berkahwin;
atau
(ii) seseorang kanak-kanak yang, oleh sebab sesuatu
kehilangan upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berdaya
menanggung nafkah dirinya.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

TEMPOH PERINTAH BAGI NAFKAH


SESEORANG KANAK-KANAK

Mahkamah boleh atas permohonan kanak-kanak itu atau mana-mana


orang lain, melanjutkan perintah nafkah itu kepada tempoh
tambahan sebagaimana yang difikirkan munasabah bagi
membolehkan kanak-kanak itu mengikut pelajaran atau latihan lanjut
atau lebih tinggi.”
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

LAMA TEMPOH PERINTAH NAFKAH

Suatu perintah nafkah hendaklah tamat atas kematian orang yang kena
membayar nafkah itu atau atas kematian orang yang berhak menerima
nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang
lebih awal, kecuali jika perintah nafkah tersebut dinyatakan selama
sesuatu tempoh yang lebih singkat atau dibatalkan dan tertakluk kepada
bab 67.
HAK WANITA KEPADA PERCERAIAN DAN SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN
DIANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI

KEWAJIPAN MENANGGUNG NAFKAH KANAK-KANAK

• Bapa bertanggungjawab menyarai nafkah anak-anaknya samada


mereka itu berada dalam jagaannya atau jagaan orang lain seperti
bekas isterinya.

• Adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah


Hukum Syara’, supaya menanggung nafkah atau memberi
sumbangan untuk nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu
telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui
atau jika dan setakat mana dia tidak berupaya menanggung nafkah
mereka.
KESIMPULAN

Semua hak yang telah dinyatakan di atas merupakan hak individu atau
perseorangan yang mana ianya menyentuh kepentingan peribadi
individu berkenaan. Oleh itu, untuk mendapatkan hak berkenaan
tindakan undang-undang boleh dibuat menurut cara-cara yang
ditetapkan di dalam Perintah ini dengan mengemukakan butir-butir
yang cukup dan kukuh menurut undang-undang dan Hukum Syara’.
UNIT PERUNDANGAN ISLAM,
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,
JALAN MENTERI BESAR,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB3910

No. Tel : 2381401/ 23812525 EXT.149/150/151


Faks : 2381401

You might also like