Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Geografi Ekonomi: Corak Jenis Harta Tanah

Geografi Ekonomi: Corak Jenis Harta Tanah

Ratings: (0)|Views: 640 |Likes:

More info:

Published by: Katiri Sahirin Haimin on Oct 15, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

01/03/2013

 
 
Corak Nilai / Jenis Harta Tanah(Kedai/Kediaman/Pejabat)
SOALAN:
“Corak Nilai / Jenis Harta Tanah (Kedai / Kediaman / Pejabat)”
PENDAHULUAN
Harta tanah merujuk kepada suatu komoditi atau jenis harta, suatu bidang kajian,satu pendudukan ataupun bentuk fizikal aktiviti perniagaan. Harta tanah adalah sumber yang paling asas di dunia. Ia membekalkan ruang untuk aktiviti-aktiviti sosial danekonomi manusia. Harta tanah sangat berkait rapat dengan kehidupan kita berbandingdengan komoditi individu yang lain. Justeru itu, ia seringkali dijadikan objek dalam kajiandan analisis (Ring & Dasso, 1972).Dalam kajianini, harta tanah yang dikaji adalah harta tanah perdagangan danfokus diberi kepada rumah kedai yang terletak di skim perumahan. Secara umumnya,sebuah skim perumahan adalah projek perumahan yang mengandungi sekurang-kurangnya lima atau lebih bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman. Satu skimperumahan adalah satu identiti. Ianya boleh dibangunkan di atas sekeping tanahdengan satu hakmilik, atau banyak tanah dengan hakmilik yang lebih dari satu, sertaboleh dibangunkan dalam beberapa fasa. Pembangunan tersebut boleh bercampur dengan bangunan untuk kegunaan lain seperti perniagaan, industri dan institusi(Laporan Status Pasaran Harta Tanah Suku Pertama, 2005).Untuk memudahkan pemahaman tentang kajian yang akan dijalankan,penerangan tentang definisi istilah-istilah yang penting akan diberikan dalam bab ini.Selain itu, faktor-faktor ekonomi mikro dan makro serta keperluan perancanganpembangunan akan diterangkan secara terperinci untuk memberi gambaran yang jelastentang hubungannya dengan penawaran rumah kedai di sesebuah skim perumahan.
1
 
 
Corak Nilai / Jenis Harta Tanah(Kedai/Kediaman/Pejabat)
DEFINISI
Dalam bahagian ini, definisi bagi istilah-istilah penting yang berkaitan dengankajian ini akan dibincangkan.
Harta Tanah Perdagangan
Menurut
Wikipedia, the free encyclopedia
(2006), harta tanah perdagangantermasuklah harta perniagaan seperti bangunan pejabat, pusat perubatan, hotel, pusatmembeli-belah dan stor runcit. Harta perdagangan adalah bertujuan untuk dioperasipada tahap keuntungan, sama ada dalam bentuk peningkatan modal ataupunpendapatan sewa.
 Appraisal Institute
(1993) dalam Haii (1999) pula memberi maksud harta tanahperdagangan sebagai harta tanah yang digunakan untuk tujuan perniagaan contohnyapejabat, stor, bank, restoran, pusat perkhidmatan dan sebagainya. Harta tanahperdagangan juga boleh didefinisikan sebagai harta yang dimiliki bagi tujuanmenjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan di atasnya (Yusri Omar, 1990). Tidak banyakberbeza daripada definisi yang dikemukakan oleh
Wikipedia
,
Encyclopedia of ReaEstate Terms
(1987) mendefinisikan harta tanah perdagangan sebagai harta pelaburanataupun sebarang bentuk harta tanah (selain daripada harta untuk diduduki) yang akanmenjana pendapatan atau digunakan untuk tujuan yang boleh mendatangkankeuntungan.Harta tanah perdagangan boleh dimaksudkan sebagai harta yang digunakanuntuk menjalankan kegiatan perdagangan bagi tujuan memperoleh keuntungan sepertiperhotelan, perniagaan runcit dan sebagainya. Ia juga merupakan harta yang bakalmenjana pendapatan kepada pemiliknya sama ada dalam bentuk peningkatan modalataupun pendapatan sewa.
2
 
 
Corak Nilai / Jenis Harta Tanah(Kedai/Kediaman/Pejabat)
Rumah Kedai
Menurut Bettsand & Ely (1982), rumah kedai merupakan unit-unit kedai yangdikenali sebagai perkedaian. Rumah kedai merupakan harta perniagaan tempatan yangterdapat di kawasan-kawasan perumahan atau perusahaan yang menjual barangkeperluan harian untuk penduduk di kawasan sekelilingnya. Nilai harga pasaran dankadar sewa kedai-kedai seperti ini tidaklah setinggi nilai harga pasaran kedai-kedai dipusat bandar, dan pelaburan di dalamnya tidaklah begitu menarik seperti pelaburandalam harta secara besar-besaran (Raja Aris Hussain, 1987).Seperti yang ditakrifkan oleh Haii (1999), rumah kedai mempunyai dua fungsiatau kegunaan iaitu sebagai tempat perniagaan dan kediaman. Biasanya, tingkat atasbangunan rumah kedai akan digunakan sebagai tempat kediaman manakala tingkatbawah pula akan digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Rumah kedailazimnya terdiri daripada 1 tingkat hingga 5 1/2 tingkat. Bagi rumah kedai 1 tingkat,ruang hadapan akan digunakan sebagai tempat perniagaan manakala bahagianbelakang bangunan akan digunakan untuk tempat kediaman.Menurut Kotler (1989) pula, rumah kedai merupakan tempat di mana perniagaanbarang-barang dan perkhidmatan dijalankan bagi memberi khidmat kepada penggunasemaksimum yang mungkin. Harta tanah rumah kedai adalah berbeza daripada kedaipejabat dan kedai dari segi penggunaannya (Yusri, 1990):i)Rumah Kedai Biasanya rumah kedai tingkat bawahnya digunakan sebagai kedai dan tingkatatas digunakan sebagai tempat kediaman.ii) Kedai PejabatKeadaannya adalah tingkat bawah sebagai kedai dan tingkat atas sebagaipejabat.
3

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Munisvary Vaishu liked this
Syafiq Bal liked this
Al Amar liked this
sherlychia888 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->