You are on page 1of 3

Tudungmu tudungku

Dunia ini adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.


Bila tengok gambar anime ni, rasa sejuk je mata memandang.. Kan bagus kalu semua umat Islam yang
bergelar wanita, pompuan berpakaian yang sopan2 dan menutup aurat yang mngikut syarak. Nah, kan
bahagia rasanya hati ibu2 yang melahirkan anak sebegitu.

Labuhkan tudungmu wahai sahabat..

Bukanlah melabuhkan tudung itu dengan memakai tudung yang besar2 dan labuh2 dan bulat2 tu
(walaupun dengan tudung sebegitu lebih afdal). Tapi, labuhkan kain tudung melepasi paras dada. Bila
tengok anak2 gadis yang memakai tudung2 singkat, menampakan dadanya yang bidang tu, kite pulak yg
rase malu. Al-maklum, kite kan pompuan. Terasa macam mata2 gatal kaum lelaki menatap-natap di
bahagian itu. Tidakkah korang rasa malu? Atau korang memang nak begitu. Jadi tidak hairanlah apabila
ramai mangsa rogol, dikalangan wanita yang bertudung.
Labuhkan tudung melepasi paras dada. Sekarang sudah pelbagai trend tudung2 yang cantik2 dan labuh2
yang tidak semestinya berbentuk bulat2 tu..

Jangan meniru-niru trend dari seberang..

Nah, ini lagi satu hal. Gejala tudung bu arini.. contoh yang baik utk menampakkan rambut, dada, dan
lain-lain. Tudung jenis ni (terutama yang kainnya nipis) sebenarnya juga tidka mengikut syarak. Ini
kerana, tudung ni melekat pada badan pemakai. Jadi, walaupun ade yang labuh, tetapi tetap
menampakkan bentuk badanmu yang anggun tu. Huhu.. Atas sudah cantek, bawah sudah labuh,
sayangnya, melekat plak dah!

Satu lagi trend yang selalu kite nampak, mem'pin'kan brooch di tekak. Amboi, dulu brooch naik atas
kepala. Skang ni brooch pi belakang tengkuk plak. Hai, macam2 trend da.. Trend ni bukan daja
menampakan bahagian dada (kain dan ditegangkan ke belakang) tetapi juga menampakan susuk leher
kalian. Kot ye pon nak mem'pin', pin la bagi longgar sket. Biar tak nampak sangat tekuk yang jinjang tu.
Satgi ade plak yang geram nak mencekik.. Hehe. Satu perkara lagi, trend ni sebenarnya sangat2
menyerupai trend 'nun'. You what a nun is? Nun ni, dikenali sebagai sister, atau biarawati. Laa, yang
kristian punya 'muslimat' tuu.. Nape la, dalam nak bertudung pun nak ikut barat? Huu~

nun…

Trend tudung Siti

Setau saya, siti tak pakai tudung. Tapi, dia pakai selendang atau pon kadang2 tu sekaf. Takpelah, dia
blum besedia nak bertudung lagi. Tapi, korang2 yang dah elok2 pakai tudung ni nak jugak ikut stail die
bakpe? Ini da terbalik, yang tak bertudung bertatih2 nak bertudung, yang bertudung plak bertatih-tatih
nak bukak tudung... Adess.. camana ni sahabat? Takkan kita nak biarkan hari ini lebih teruk dari hari-hari
semalam? Pakailah tudung yang elok2. Tak payah la nak tiru2 artis semua tu. Sebaik2nya, kita yang
bertudung ni menjadi contoh terbaik untuk mereka yang tidak bertudung. Sepatutnya, kita ni yang
menyokong, dan menaikkan semangat diorg dengan melabuhkan tudung kita. Golongan artis tu pun
manusia cam kite gak. Kelebihan diorang hanya pada bakat seni yang diwar-warkan secara meluas oleh
media. Yang lain-lain tu, kite ngn diorg same je. Biarlah diorg dengan cara diorang. Kita yang dah elok2
bertudung ni, janganla pi dok ikut plak. Haii.. sahabat.. sahabat..

Pakai tudung tapi perangai buruk, camana plak?

Hah, ni satu hal. Rupa dah elok, tudung dah elok, pakaian pon sopan. Tapi aiseman.. perangai buruk la
plak. Ade tu yang kasar tak bertempat. Waduh.. gawat gawat!! Memang tak bleh jadi contoh. Sahabat,
sebagai orang Islam, sepatutnya kita beramal dengan amal Islami. Menjadikan diri kita contoh teladan
kepada sahabat2 yang lain. Kitekan terpilih sebagai khalifah! Jangan la memalukan agama sendri ok.
Seorang Islam yang berakhlak mulia, pastinya sama sekali tidak akan membuat sesuatu yang boleh
merosakkan maruah agamanya. begitu lah halnya dengan gadis bertudung tetapi buruk perangai ni. Dia
hanya faham bab syariat, tetapi blum menguasai bab akhlak. Ni kena masuk sekolah balik ni.. Bagi gadis2
yang tidak bertudung tetapi berperangai baik, mereka ni plak terbalik daripada yg tadi tu. Kebaikan budi
hanyalah pada sudut moral seseorang, tetapi kebaikan akidah, terpancar dari akhlaknya orang itu. Jadi
pilih lah, nak jadi gadis bermoral sahaja atau nak jadi gadis yang berakhlak?

Berbanggalah kamu..

Wahai sahabat, berbanggalah kita semuanya kerana dilahirkan Islam. Tidak semua manusia allah pilih
untuk mewarisi Agama tauhid ni. Ruginya kalu di saat ni kita masih lagi sesat di alam sendiri. Sesat jalan
dan tidak kenal jalan kembali. Sedangkan telah datang kepadamu ayat2 dari Dia untuk menyedarkanmu.

Berhentilah dari meninggikan tudungmu. Kasihanilah jiwa mu yang fitrahnya ingin dilindungi. Menutup
aurat itu Allah telah jadikan sebagai salah satu fitrah dalam jiwa kita. Setiap dari kita akan merasa
selamat apabila kita bertudung dengan sebetulnya bukan. Cuba fikir, orang2 yang ditangkap kerana
melakukan kesalahan selalunya akan menutup keseluruhan muka dan badan mereka dengan apa2 saja
yang mampu mereka capai kerana malu bukan. Kerana nak melindungi wajah2 mereka dari terlihat.
Inilah sebenarnya fitrah kita. Ingin menutup dan melindungi tubuh. Sedangkan orang yang gila di tepi2
jalan pon masih ada pakaian yang menutup tubuh mereka, inikan pula kita yang waras..

Duhai sahabat, aku berpesan kerana aku tidak ingin kita sama2 tercampak ke dalam api akhirat yang
marak menjulang..

You might also like