You are on page 1of 1

CONTOH:

KELAB PETANQUE
SMK Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 29.01.2010

Pengetua,
SMK Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN

Berhubung perkara tersebut di atas, saya selaku Bendahari Kelab PETANQUE SMK Perantau Damai dengan
penuh rasa tanggungjawab memohon kebenaran untuk mengutip derma keahlian bagi Kelab PETANQUE
sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Sahaja) daripada setiap ahli untuk jangkamasa satu tahun.

2. Kutipan ini adalah penting untuk menjayakan aktiviti persatuan ini.

3. Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(ROSFAZILA BINTI RAZALI)
Bendahari,
Kelab PETANQUE SMKPD,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.

You might also like