Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
6Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Negara Islam

Negara Islam

Ratings: (0)|Views: 1,943|Likes:
Published by balqisNabil

More info:

Published by: balqisNabil on Oct 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/29/2011

pdf

text

original

 
PENGENALAN
Kewujudan “Negara Islam” bermula sejak zaman Rasulullah saw lagi. Bermula dengan peristiwa penghijrahan Rasullullah saw dari kota Mekah ke Kota Madinah secara tidak langsung menjadi titik tolak kepada bermulanya sebuah pemerintahan Islam. Pada ketikaitu , ia lebih kepada pengisian pemerintahan Islam di Madinah dalam mengukuhkan lagiumat Islam yang baru sahaja melepasi tahap getir kesan dari penindasan kafir QuraisyMekah.Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin secara tidak langsung telah membina satu perpaduan kaum dan membolehkan Madinah berdiri kukuh sebagai sebuah negara yangdidiami oleh orang Islam. Kepimpinan Rasulullah saw dalam membina Madinahdiserlahkan lagi dengan termaktubnya Piagam Madinah yang menjadi perlembagaan Negara Madinah. Ciri-ciri inilah yang menjadi landasan atau syarat kepada pembentukkan negara Islam Madinah. [1]Bagaimana pula dengan negara kita Malaysia. Adakah kita layak dianggap sebagaisebuah negara Islam sepertimana yang diasaskan oleh Rasulullah saw? Persoalan inilahyang akan kita kupas dan lihat dalam membicarakan tajuk kertas kerja ini. 
DEFINISI NEGARA DAN ISLAM
Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam mengupas tajuk kertas kerja ini, ada eloknyasekiranya kita melihat apa yang ditakrifkan sebagai ‘Negara’ dan ‘Islam.’‘Negara’ merupakan suatu tempat yang diduduki oleh manusia, mempunyai dasar, perundangan dan sistem serta dibentuk oleh Khilafah, Imamah atau Amir. Menurut IbnKhaldun ‘Negara’ itu adalah kawasan yang diduduki oleh sekumpulan manusia danmempunyai perundangannya. Di samping itu terdapat unsur-unsur kehidupan dan pentadbirnya. [2]1
 
‘Islam’ merujuk kepada satu cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dansempurna dari segala segi. Ia terbina dari asas Al-Quran dan As-Sunnah, menjadi satufahaman agama yang dipilih oleh Allah SWT ke atas umat manusia sebagai pedomanhidup di muka bumi ini.Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 19 yang berbunyi :
 Maksudnya : Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam (Al-Imran :19)
Dalam hal ini secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa maksud ‘Negara Islamitu lebih merujuk kepada penempatan manusia yang bertamadun kerana terdapat ciri-ciriseperti perundangan, sistem sosial, ekonomi dan pentadbiran yang tersusun denganmengambil panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam sistem pemerintahannya.Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
 Maksudnya: Aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara di mana kamu tiak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang kepada keua-duanya(iaitu) kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saw 
.Di sini elok juga kita melihat maksud dan definisi ‘Negara Islam’ dari sudut pandangan beberapa orang ulama’ yang terkenal.2
 
DEFINISI NEGARA ISLAM MENURUT PARA ULAMA’
1.Syeikh Muhammad Abu Zuhrah Negara Islam (Darul Aslam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahIslam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Negaraseperti ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim.2.Muhamad B Hassan As-Syaibani Negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orangIslam beroleh keamanan di dalamnya.3.Imam A-Fahistani Negara Islam ialah negara yang mengguna pakai hukuman Islam ke atasnya.4.Imam Al-AsbijabiMemadai sebuah negara Islam dikira sebagai Dar Al-Islam apabila terlaksananyasyiar Islam di dalamnya dan umat Islam bebas melakukan Ibadat.Manakala Imam Syafie pula berkata bahawa mana-mana negara yang pernah menjadinegara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum Fiqh Islam, sekalipun umatIslam itu telah dikalahkan di negara berkenaan. [3]Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh beberapa orang Ulama’ tentang ‘NegaraIslam’, kita dapat melihat terdapat ulama’ yang mengklasifikasikan ‘Negara Islam’sekiranya negara tersebut diperintah oleh orang Islam. Ada juga ulama’ mensyaratkan‘Negara Islam’ mesti diperintah oleh orang Islam dan syiar serta hukuman Islamdilaksanakan di negara tersebut.3

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
yusra liked this
yusra liked this
Faridah Mat liked this
Fiqry Zolkofili liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->