You are on page 1of 27

PENGENALAN

Hadith atau disebut juga dengan sunnah adalah segala sesuatu

yang bersumber atau bersandarkan kepada Nabi Muhammad saw

samada dari segi perkataan, perbuatan atau taqrirnya. Ia merupakan

sumber perundangan dan ajaran Islam kedua selepas Al-Quran.

Sejarah perjalanan ilmu hadith tidak terpisah daripada sejarah

perjalanan Islam itu sendiri. Akan tetapi, umat Islam hari ini

memerlukan satu pendekatan yang lebih spesifik dalam mengenali

ilmu hadith.

DEFINISI ILMU HADITH.

Dari sudut bahasa :

Perkataan Ilmu Hadith merujuk kepada kata pinjaman

dari bahasa Arab “ilmu Al-Hadith” yang terdiri daripada

dua perkataan iaitu ilmu dan hadith. Ilmu adalah

pengetahuan. Al-hadith boleh didefinisikan sebagai al-

jadid (sesuatu yang baru ), al-ghair ( sesuatu yang lain ),

al-khabar ( berita ), atau sesuatu yang dipercakapkan dan

dipindahkan dari seseorang kepada orang lain dan

1
peristiwa atau kejadian yang baru berlaku. Kata jama’

bagi hadith ialah al-ahadith.1

Terdapat banyak penggunaan perkataan ‘al-hadith’ di

dalam Al-Quran. Ia memberi pengertian dan makna yang

berbeza-beza seperti perkhabaran, percakapan,

keterangan, mimpi, cerita dan kisah. Contoh-contohnya

ialah :

1. Membawa maksud ‘perkhabaran’ : 2

Maksudnya : Dan sudahkah sampai kepadamu { wahai Muhammad }

perihal Nabi Musa

2. Membawa maksud percakapan. 3

Maksudnya :,Dan siapakah lebih benar perkataannya daripada Allah.

1
Dr.Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal.1
2
Al-Quran, Surah Toha Ayat 09
3
Al-Quran, Surah Al-NIsa’ Ayat 87

2
3. Membawa maksud keterangan. 4

Maksudnya : Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu

Kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu

dengan yang lain tentang khabarannya dan indahnya yang berulang-

ulang { keterangannya dengan pelbagai cara}

4. Membawa maksud mimpi. 5

Maksudnya : Dan demikianlah caranya Tuhanmu memeliharakan dan

akan mengajarkan kepadamu ta’bir mimpi.

4
Al Quran, Surah Al-Zumar Ayat 23
5
Al-Quran, Surah Yusuf Ayat 6

3
Perkataan ‘hadith’ juga dapat dilihat pada beberapa sabda

Rasulullah saw. Contohnya dari Zaid bin Tsabit riwayat Abu Daud At-

Tirmizi dan Ahmad yang menjelaskan tentang doa Rasulullah saw

terhadap orang yang menghafal dan menyampaikan sesuatu hadith

daripadanya.

Dari sudut istilah :

Menurut ulama’ hadith, hadith membawa maksud segala

sesuatu yang bersumber dari Nabi saw samada berupa perkataan,

perbuatan, taqrir dan sifatnya. 6

Al-Tirmidzi mendefinisikan hadith sebagai apa-apa sahaja yang

disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Ali al-Qari al- Harawi pula

berpendapat, hadith ialah apa-apa sahaja yang disandarkan kepada

Nabi Muhammad saw daripada perkataan, perbuatan, sifat gerak

laku dan diam pada masa tidak tidur dan tidak jaga. 7

Muhammad Ajaj al-Khatib memberi pengertian hadith sebagai

apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw daripada

perkataan, perbuatan, diam setuju, sifat-sifat baginda sebelum atau

6
Auna b. Mohsian, Ilmu Hadis, hal. 14
7
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal.04

4
sesudah menjadi Rasul. Manakala Ibn Taimiyyah menyatakan

bahawa hadith nabawi ialah apa sahaja yang dilakukan oleh baginda

Rasulullah saw selepas kebangkitan baginda menjadi rasul dalam

bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan baginda. 8

Ulama’ usul fiqh pula mendefinisikannya sebagai perkataan

Nabi saw selepas diutus menjadi Rasulullah yang dapat dijadikan dalil

untuk penetapan hukum syara’ iaitu Sunnah al-Qauliyyah, al-Fi’liyyah

dan al-Taqririyyah. 9

Berdasarkan pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

ilmu hadith ialah ilmu pengetahuan yang mengkaji atau membahas

tentang segala yang disandarkan kepada Nabi saw.Ilmu hadith ini

membicarakan pelbagai aspek mengenai hadith seperti matan dan

sanadnya.

Secara terminologi, ulama’ mutaqaddimin mendefinisikan ilmu

hadith sebagai “ ilmu pengetahuan yang membincangkan tentang

cara-cara persambungan hadith sampai kepada Rasul saw dari segi

hal ehwal para perawi yang berkaitan kedhabitan dan keadilannya,

dari bersambung dan terputusnya sanad dan sebagainya. 10

8
Nota Kuliah Pensyarah
9
Nota kuliah Pensyarah
10
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 74

5
Izz ad-Din bin Jama’ah pula mendefinisikannya sebagai “ Ilmu

tentang ketentuan-ketentuan atau kaedah-kaedah untuk mengetahui

hal ehwal sanad dan matan hadith.” Dengan pengertian ini , maka

yang menjadi pokok perbahasan dari ilmu ini ialah sanad dan

matan.11

SKOP ILMU HADITH.

Pengkajian dan perbahasan Ulum al-Hadith merupakan suatu

bidang ilmu yang penting bagi kita umat Islam. Dengan ilmu ini, kita

dapat memahami, berpegang dengan sesuatu hadith dan

mengetahui kedudukan sesebuah hadith tersebut samada ia diterima

atau ditolak. Bidang pengkajian dan perbahasan yang berkaitan

dengannya meliputi Hadith Riwayah dan Hadith Dirayah yang berkait

rapat antara satu sama lain.

SKOP ILMU HADITH RIWAYAH.

Skop atau topik utama pembelajaran tentang ilmu ini ialah

mengenai diri Nabi atau peribadi Nabi, iaitu perkataan, perbuatan,


11
ibid.

6
taqrir dan sifat sebagai seorang rasul yang diutus oleh Allah kepada

seluruh alam. 12

SKOP ILMU HADITH DIRAYAH.

Skop pengkajian mengenai ilmu hadith ini pula berkaitan

dengan perkara-perkara berikut : 13

a. Sanad hadith ( rangkaian perawi dari sudut sifat dan

bilangan ) yang sampai kepada Rasulullah saw.

b. Matan ( susunan lafaz hadis itu sendiri ).

Sanad yang sahih akan meliputi tiga perkara iaitu bersambung

sanad, keadilan para perawi, dan dhabit iaitu penjagaan yang

sempurna dari segi hafalan di dada dan pada tulisan.

Contoh :

Hadith riwayat Imam Malik daripada Yahya daripada Malik daripada

Nafi’ daripada Abdullah Ibn Umar, bahawa Rasulullah saw bersabda :

12
Rusmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal. 03
13
ibid., hal. 06

7
Terjemahannya : Jangan seseorang kamu melakukan jual beli

terhadap jualan orang lain.

Sanadnya : Yahya, Malik, Nafi’ dan Abdullah Ibn Umar.

Kedudukannya melihat kepada kedudukan matan.

Matannya :

Kedudukan matan hadis merujuk kepada sanadnya dari segi sifat dan

bilangan mereka dalam satu-satu tabaqah. 14

c. Cara hadith disampaikan oleh perawi kepada perawi lain.

d. Cara perawi menerima daripada perawi yang menyampaikannya.

14
ibid.

8
e. Sebab hadith didatangi oleh Rasulullah saw.

f. Penilaian terhadap sesebuah hadith samada sahih ataupun tidak.

g. Kaedah-kaedah pengkelasan hadith.

Rumusannya, Ilmu Hadith yang merangkumi skop di ataslah

sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Ilmu Mustalah Hadith.

Daripada ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah ini, kemudian

muncullah cabang-cabang ilmu hadith lain seperti Rijal al-Hadith,

Ilmu al-Jarah wa al-Ta’dil, Ilmu Asbab al-Hadith dan ilmu Mukhtalis

al-Hadith.

SEJARAH PENULISAN ILMU HADITH.

Perkembangan sejarah penulisan ilmu hadith sebagai suatu

disiplin ilmu secara lengkap adalah berasaskan perkembangan ilmu

hadith berdasarkan kepada kaedah Al-Quran. Firman Allah swt : 15

15
Al-Quran, Surah Al-Hujurat, Ayat 06

9
Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang kepada

kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah

( untuk menentukan ) kebenarannya …..

Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi :

Bermaksud : Mudah-mudahan Allah mengelokkan seseorang yang

mendengar daripadaku sesuatu lalu ia hafal dan fahamkan serta

menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana ia dengar, moga-

moga orang yang menyampaikan itu lebih berjaga-jaga daripada

orang yang mendengar.

10
Berdasarkan kepada kedua-dua nas tersebutlah para sahabat

memindahkan dan meriwayatkan hadith serta menerima atau

menolak hadith tertentu.

Ulum hadith berkembang selari dengan perkembangan ilmu

periwayatan dan pemindahan hadith. Ia bermula setelah kewafatan

Rasulullah saw apabila orang Islam mula mengambil berat untuk

mengumpulnya. Ini disebabkan kebimbangan dan kekhuatiran

terhadap kemungkinan hilangnya hadith daripada perawi-perawi.Para

sahabat dan tabi’in menggunakan kaedah –kaedah ilmiah untuk

menerima sesuatu hadith. Selepas daripada mereka, ahli-ahli hadith

mengeluarkan kaedah-kaedah lain untuk mengkaji sesebuah hadith

tersebut dari aspek penerimaan dan penolakannya, juga untuk

mengenalpasti perawi yang diterima periwayatannya atau ditolak.

Untuk memantapkannya, mereka telah merangka syarat-syarat

meriwayat hadith dan jalan-jalannya, kaedah Jarh wa al-Ta’dil dan

juga kaedah-kaedah berkaitan.

Ahli hadis tetap meneruskan dan memperluaskan kajian

mereka dan telah mengambil ilmu-ilmu lain yang berkaitan

11
dengan hadis. Mereka membariskan matan hadis dan menerangkan

bagaimanakah cara untuk menerima dan menyampaikan kepada

orang lain.Seterusnya mengetahui nasikh, mansukh dan gharib

hingga akhirnya ilmu ini dapat berdiri sendiri sebagai ilmu yang

berasingan daripada pelbagai ilmu Islam lain pada kurun keempat

Hijrah. 16

Peringkat perkembangan ilmu hadis ini terbahagi kepada tujuh

peringkat.

Peringkat Pertama :

Peringkat ini bermula hasil daripada benih-benih ilmu hadis

yang telah tumbuh sejak zaman Rasulullah saw seiring dengan

diwurudkannya hadis –hadis kepada para sahabatnya. Hal ini dapat

dilihat misalnya bagaimana para sahabat dapat melihat adanya

kesilapan yang disampaikan oleh seseorang yang menggunakan

nama Rasul saw. Baginda juga telah menetapkan beberapa peraturan

bagaimana hadis itu diterima seterusnya menyampaikan kepada

16
Rusmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal 09,10.

12
orang lain sebagaimana Rasul saw menyampaikan hadis-hadis

tertentu kepada orang tertentu dengan cara tertentu. 17

Keperluan terhadap ilmu ini makin terasa setelah kewafatan

Rasulullah saw sebagai rujukan utama umat Islam. Peringkat

pertama ini mempunyai ciri-ciri berikut : 18

1. Mengurangkan riwayat daripada hadis-hadis Rasul kerana

dikhuatiri tersalah atau terlupa yang boleh membawa kepada syubhat

atau pembohongan terhadap Nabi saw. Sabda Rasulullah saw yang

diriwayatkan oleh Muslim :

Bermaksud : Sesiapa yang bercakap tentangku dengan hadis dan

didapati ia adalah bohong, maka ia adalah salah seorang yang

melakukan pembohongan terhadapku.

2. Terlalu teliti dalam menerima dan meriwayat hadis. Contohnya

hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud :

17
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 87.
18
Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal. 11,12,13.

13
“ Saidina Abu Bakar telah didatangi oleh seorang nenek yang

menuntut haknya dalam pewarisan. Lalu Abu Bakar berkata

kepadanya : Aku tidak dapati masalah hak kamu itu di dalam Al-

Quran dan aku juga tidak tahu apakah Rasulullah menyebut hak

engkau itu. Kemudian Abu Bakar bertanya kepada orang ramai : Lalu

al-Mughirah pun bangun dan menjawab : Aku hadir semasa

Rasulullah memberikan 1/6 hak untuk nenek. Lalu Abu Bakar

bertanya kepada al-Mughirah, apakah ada bersama kamu orang lain

sebagai saksi. Lalu Muhamamd Ibn Maslamah menjadi saksi. Lalu

Abu Bakar pun memberikan hak nenek itu.”

3. Mengkritik riwayat – riwayat. Sekiranya didapati ada riwayat yang

bertentangan dengan nas dan kaedah agama, maka ia akan ditolak

dan mereka tidak akan beramal dengannya. Contohnya hadis yang

diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud yang bermaksud :

“ Saidina Umar mendengar hadis Fatimah binti Qais bahawa

suaminya telah mentalaqkannya dengan talaq tiga, Rasulullah

mengatakan bahawa orang ( isteri ) yang ditalaq tiga tidak ada hak

tempat tinggal dan tidak ada hak nafkah. Lalu Umar berkata : Kami

14
tidak akan sama sekali meninggalkan Kitab Allah dan al-Sunnah nabi,

semata-mata kerana kata-kata seorang perempuab yang kami tidak

tahu sebabnya. samada ia hafal atau lupa, yang mengatakan bahawa

ia ada hak tempat tinggal dan nafkah..”

Peringkat Kedua :

Peringkat ini bermula dari akhir kurun pertama hingga kurun

kedua hijrah. Peringkat ini adalah menyempurnakanlagi kaedah ilmu

hadis dengan menilai pelbagai jenis hadis secara satu-persatu.

Peringkat ini dipanggil peringkat Tabi’in . Antara ulama’ hadis

yang pertama kali menetapkan dasar-dasar ilmu hadis ialah ibn

Syihab az-Zuhri ( 51 – 124 H ).Beliau seorang yang pakar dalam

bidang hadis kerana kedudukannya sebagai pengumpul hadis atas

perintah rasmi dari Khalifah Umar bin Abd al- Aziz. Bermula dari era

inilah wujudnya ilmu hadis sebagai satu disiplin ilmu yang terasing

daripada ilmu-ilmu lain walaupun dalam bentuk kaedah yang ringkas

dan sederhana. 19

Semasa peringkat ini, kaedah-kaedah ilmu hadis terus

dikembangkan oleh para ulama’ yang muncul abad kedua dan ketiga
19
Dr. Utang Rahuri Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 88.

15
Hijrah yang terlibat secara langsung dalam bidang hadis dan juga

ilmu-ilmu lain.Contohnya ulama’ mazhab fiqh turut membincangkan

dab menyusun ilmu hadis. Ilmu ini semakin berkembang dengan

kehadiran para ulama’ ‘mudawwin’ hadis seperti Malik bin Anas, al-

Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibn. Majah.

Namun, karya-karya mereka masih dalam bentuk risalah dan tidak

diletakkan setempat.

Peringkat Ketiga :

Peringkat ini bermula dari kurun ketiga hingga keempat hijrah.

Pada peringkat inilah terjadinya perkembangan ilmu hadis secara

berasingan daripada ilmu lain. Peringkat ini merupakan satu titik

permulaan dimana lahirnya penulisan ilmu Mustalah Hadis. Orang

pertama yang menyusun serta mengarang ilmu mustalah hadis ini

ialah Qadi’ Abu Muhammad al-Hasan Ibn Abd al-Rahman al-

Ramahramuzi. Kitabnya bernama al-Muhaddith al-Fasil Baina al-Rawi

Wa al-Wa’i. 20

20
Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, hal. 12.

16
Semasa peringkat ini juga telah ditulis mengenai ilmu al-Jarh

wa al-Ta’dil, Tabaqat al-Ruwah, Definisi Hadis Hasan, Definisi Hadis

Gharib dan sebagainya.

Menurut Ibn hajar al-Asqalani, karya al-Ramahramuzi ini belum

menncakupi keseluruhan ilmu hadis. Kitab ini merupakan kitab yang

lengkap pada zamannya. Ilmu ini terus dikembangkan lagi pada

tahun berikutnya oleh para ulama’ seterusnya. 21

Peringkat keempat :

Peringkat ini bermula pada pertengahan kurun keempat hijrah

dan berakhir pada awal kurun ketujuh Hijrah. Karya-karya yang

dihasilkan lebih meluas dimana istilah-istilah dalam ilmu hadih telah

dicipta dan dibuat berasingan. Ulama’ – ulama’ hadis amat

menitikberatkan matan-matan hadis, rijal, kecacatan sanad dan lain-

lain dalam kajian mereka.

Dalam kurun ini , pengarang kedua setelah ar-Ramahramuzi

ialah al-Hakim Abu Abdullah Muhammad bin Abdillah al-Naisaburi

( 321 – 405 H ). Beliau telah menyusun dan mengarang kitabnya

iaitu “ Ma’rifah Ulum al-Hadith ”. Kitab ini mengandungi 52 jenis ilmu


21
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 89.

17
hadith. Namun begitu, karya al-Hakim ini belum cukup sempurna dan

kurang sistematik jika dibandingkan dengan karya-karya ulama’

selepasnya.

Setelah itu muncul Abu Nu’aim Ahmad bin Abdillah al-Asfahani

( 336 – 430 H) dengan kitabnya iaitu “ al-Mustakhraj ‘ala Ma’rifah

Ulum al-Hadith. Di dalam kitabnya terdapat penemuan baru yang

tidak terdapat dalam Kitab al-Hakim.

Selain daripada itu, terdapat juga kitab karangan al-Khatib al-

Baghdadi Abu Bakr Ahmad bin Ali ( meninggal dunia pada tahun

463 H ). Kitabnya yang pertama ialah “ Al-Kifayah Fi Qawanin ar-

Riwayah ” ( ) . Kitab

ini menghuraikan ilmu hadith dan kaedah- kaedah periwayatan.

Manakala karya keduanya bertajuk “ Al- Jami’ Li Adabi al-rawi Wa

Akhlaqial-Sami’ ” ( ).

Kemudian muncul pula ilmu hadith yang lain seperti :

1. Al-Qadhi ‘Iyadh bin Musa al-Tahshibi dengan kitabnya “Al-‘Ilma fi

Dabth ar-Riwayah Wa Taqyid al-Asma’ ”.

2.Abu Hafsh Umar bin Abd. Majid al-Mayanji ( meninggal dunia

18
544 H ) dengan kitabnya “ Mal Yasi’u Al-Muhaddith Juhluh.”

3. Abu Amr Usman bin Abd Ar-Rahman As-Syahrazuri ( meninggal

dunia 643 H ) dengan kitabnya “ Ulum al-Hadith ” atau dikenali

sebagai “ Muqaddimah Ibn as-Shalah ” .

Dalam era seterusnya banyak muncul kitab-kitab mustalah

hadis, baik dalam bentuk nasa atau prosa seperti kitab Alfiyyah as-

Suyuthi. Contoh karya berbentuk tersebut ialah :

1. Manhaj Dzawi an-Nazhar karya Muhamad Mahfuz at- Tirmisi.

2. Syarah dari Kitab Manzhumah ‘Ilm al-Atsar karangan Jalal ad-Din

Abd. Ar-rahman Al-Suyutuhj.

3. Syarah dari Kitab Al-Taqrib karangan Muhyi ad-Din Yahya bin

Syaraf an-Nawawi. 22

Peringkat kelima :

Peringkat ini bermula dari kurun ketujuh hingga kurun

kesepuluh hijrah. Semasa peringkat ini, penyusunan Ulum al-Hadith

lebih sempurna dan banyak menyelesaikan masalah secara teliti. Di

antara ulama’ yang menulis dan mengarang pada peringkat ini ialah:
22
Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, hal. 89

19
1. Zainudin Abd ar-Rahim bin al-Hassin al-I’raqi ( meninggal dunia

pada tahun 806 H ) dengan kitabnya “ Nazhmad-Durari Fi ‘Ilm al-

Atsar ”.

2. Ibn. Hajar al-Asqalani ( meninggal 852 H ). Kitab karangannya

“ Nuhbat al-Fikr Fi Musthalah al-Atsar ” .

3. Muhamad bin Abd. ar-Rahman al-sakhawi ( meninggal 902 H )

dengan kitabnya “ Fath al- Mughits fi Syarh Alfiyyah al-Hadith ” .

4. Umar bin Muhammad al-Baiguni ( meninggal 1080 H ). Kitabnya

bertajuk “ Al-Manzhumah al-Baiquniyyah” .

5. Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi ( meninggal 1332 H ) dengan

kitabnya “ Qawaid al-Tahdis ”.

6. Ibn. Al-Salah dengan kitab karangannya “ Ulum al-hadith ”.

Peringkat Keenam :

Peringkat ini bermula dari kurun kesepuluh sehingga beberapa

kurun selepasnya. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat jumud dan

beku . Ini disebabkan tiadanya ijtihad dan tidak berlaku

penyelesaian masalah pada masa tersebut. Ditambah lagi dengan

20
tiada usaha dalam bidang penulisan dan karangan mengenai ulum al-

hadith menyebabkan tiada buku dihasilkan.

Peringkat Ketujuh :

Peringkat ini merupakan peringkat kebangkitan semula Ulum

al-Hadith. Ia merupakan kesan daripada campurtangan orientalis

terhadap hadith Nabi. Justeru itu, ulama’ hadis bangkit semula untuk

menjaga hadith daripada penyelewengan dan pemalsuan yang telah

dilakukan, sedang dan akan dilakukan. Peringkat ini berterusan

sehingga ke hari ini.

Antara sarjana Barat dan Orientalis yang berminat dan

berkecimpung secara langsung berkaitan dengan hadith dan

perjanjian hadith ialah A.J Wensinck, J. Horovitiz, I. Godziher, T.W.

Jaynboll, A. Sprenger, dan Edward E. Salisbury.

Mereka ini telah mengkritik dan cuba menimbulkan kontroversi

dalam permasalahan pokok berkaitan dengan hadith dan cuba

menyelesaikannya berdasarkan kajian sejarah dan metod kajian

mereka semata-mata. A. Sprenger dianggap sebagai pelopor kepada

kritikan dan telah memainkan peranan utama dalam menimbulkan

21
masalah dan keraguan dalam hadith. Pendapat dan penyataan beliau

berkaitan dengan keretakan dan keraguan terhadap hadith telah

dinyatakan dan dijelaskan melalui karyanya yang bertajuk “ Das

Leben Und Die Lehre Des Muhammad ”.

Menurut Dr. Subhi Salleh, pendapat orientalis sangat

menyeleweng . Contohnya berkaitan dengan adanya hadith yang

melarang penulisan hadith. Mereka ini (orientalis) menyatakan : “

Ahli hadis mengharuskan penulisan hadith untuk menjadi dalil bagi

kesahihan hadith dan berhujah dengannya. Manakala ‘ahli al-rawi’

pula menegah penulisan hadith dan meyakinkan bahawa ilmu hadith

tidak ditulis sebagai satu persediaan mengingkari kesahihan dan

mengingkari hujah dengannya. ” Pendapat ini dinyatakan oleh

Goldziher yang berbangsa Yahudi.

Pendapat orientalis ini telah ditolak oleh Yusuf Al-As dengan

mengutarakan hujah daripada hadith Nabi tentang larangan dan

penulisan hadith. Ia dikukuhkan lagi dengan hujah daripada Al-Quran

iaitu Surah Al-Najm ayat 3 dan 4.

KITAB-KITAB MUSTALAH HADITH.

22
Terdapat banyak kitab yang dikarang khusus mengenai Ulum

al-Hadith atau Mustalah Hadith. Diantaranya ialah :

1. Al-Muhaddith al-Fasil Baina Al-Rawi Wa Al-Wa’i.

{ }

Kitab ini karangan Abu Muhammad al-Hasan Ibn Abd al-Rahman

al-Ramahramuzi.

2. Ma’rifah Ulum al-Hadith { }

karangan Abu Abdullah al-Hakim Al-Nisaburi.

3. Al-Mustakhrij A’la Ma’rifah Ulum al- Hadith

{ }

karangan Al-Asbahani.

4. Al-Kifayah Fi ‘Ilm al-Riwayah { }

karangan al-Khatib al-Baghdadi.

5. Tadri al-Rawi { } oleh Al-Suyuti.

6. Fath al-Mughith { } oleh al-Sakhawi.

7. Nukhbah al-Fikr { } oleh Ibn Hajar.

8. Al-Ilma’ ila ma’rifah Usul al-Riwayah Wa Taqyid al-Sami’

{ }oleh I’yad Ibn. Musa.

23
PENUTUP.

KEPENTINGAN ULUM AL-HADITH :

1. Untuk memahami urusan agama dengan baik.

2. Mengetahui segala yang berkaitan dengan peribadi Nabi agar kita

mendapat panduan dan berjaya di dunia dan akhirat.

24
3. Supaya tidak berlaku kesilapan dan kesalahan semasa

penyampaian dan penerimaan hadith di samping menjaga darjat dan

martabat Nabi yang mulia sebagai Rasulullah saw.

4. Memelihara hadith daripada sebarang propaganda oleh orientalis

agar tidak berlaku penyelewengan yang boleh memecahbelahkan

orang Islam.

5. Kita dapat menilai sesebuah hadith samada benar atau palsu

berdasarkan sanadnya seterusnya mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

6. Mengenal dan meyakini metod ulama’ hadith dalam mentakhrijkan

hadith secara menyeluruh dan sistematik, membongkar perkara

tersembunyi dan menggalakkan ulama’ dalam menumpukan kajian

dalam bidang ini.

7. Dapat menghindarkan hadith yang tidak baik dan berupaya

menepis perkara Israiliyyat dalam mentafsirkan hadith dengan

menggunakan kaedah yang sistematik.

25
BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim.

2. Dr. Utang Rahuwi Jaya M.A, Ilmu Hadis, Percetakan Zafar Sdn.

Bhd. , Penerbit Edaran Kalam, 1999.

3. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Teks Pengajian Islam Pengantar Ilmu

Hadis, Ilham Abati Enterprise, 1997.

26
4. Mohd. Napiah Abdullah, Ikhtisar Sejarah Perkembangan dan

Kaedah Penyusunan Hadith, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,

1989.

5. Mohd. Zain Ahmad, Orientalis Sama-sama Bertelagah Islam Agama

Plagiat, Al-Islam 15 Jun 1975.

Bilangan muka surat : 26

Mukasurat 01 – 09 : Rohaya dan Fathiah.

Mukasurat 10 – 17 : Rohaya bt. Kadar.

Muka surat 18 – 26 : Fathiah bt. Mohd. Shukry.

27

You might also like