You are on page 1of 8

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANJI


16100 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7737161 FAKS: 09-7747813
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SMKP/01/22(383)
Tarikh : 06 Oktober 2010

Kepada,
Jabatan Pelajaran Kelantan,
Jalan Doktor,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM “ PIALA FIRDUS SHIKH


JAAFAR”

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami memohon kebenaran untuk mengadakan pertandingan bowling antara Program
Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di dalam daerah Kota Bharu.

Tarikh : 08 November 2010


Tempat : PACIFIC BOWLING,
Lot 2.17 Tingkat 2 KB Mall,
Jalan Hamzah,
15000 Kota Bharu
Kelantan.
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Jumlah sekolah : 8 buah sekolah

3. Dengan ini disertakan kertas kerja program tersebut, harapan kami agar pihak tuan
membenarkan program ini dijalankan seperti yang dirancang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………
(FIRDUS BINTI SHIKH JAAFAR)
Pengetua
S.M.K Panji

Sk: 1. Fail Timbul


KERTAS KERJA PROGRAM “JOM BOWLING”
DI PACIFIC BOWLING LOT 2.17 TINGKAT 2, KB MALL
JALAN HAMZAH, 15050 KOTA BHARU KELANTAN.

Tarikh : 08 November 2010


Hari : Isnin
Tempat : PACIFIC BOWLING, Lot 2.17 Tingkat 2, KB MALL,
Jalan Hamzah,15000 Kota Bharu
Kelantan.

1. Pengenalan

S.M.K Panji telah terpilih mengadakan Program Khas Bermasalah Pembelajaran bagi program
integrasi dari tahun 2006 hingga kini. Pada tahun 2010 seramai 69 orang murid telah didaftarkan
bersama 12 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Aktiviti ini dirancang bagi
mengeratkan hubungan diantara guru-guru dan murid-murid diantara Program Integrasi Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid akan
didedahkan dengan pengalaman yang pastinya akan meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kepada
mereka. Program luar sebegini juga akan memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi
dengan dunia luar sekaligus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka.

2. Objektif:

2.1 Melatih koordinasi motor halus, motor kasar dan konsentrasi murid.

2.2 Menyemai sikap berani dan yakin diri dalam pertandingan di luar persekitaran murid.

2.3 Memupuk semangat berdaya saing di dalam diri murid-murid PPKIBP.

2.4 Memupuk rasa tanggungjawab, penyayang, bertimbang rasa, motivasi, kerjasama dan
berwawasan dalam diri murid.

2.5 Menormalisasikan murid dengan masyarakat sebenar.

2.6 Merealisasikan plan ke empat PIPP iaitu merapatkan jurang antara murid Pendidikan Khas
dengan warga sekolah dan masyarakat

3. Tema:

3.1 Berpadu Jiwa Menggetus Kemenangan

4. Tarikh program

4.1 Tarikh : 08 November 2010


4.2 Masa : 9.00 pagi hingga 1.30 petang
5. Tempat

5.1 Pertandingan bertempat di PACIFIC BOWLING,


Lot 2.17 Tingkat 2 KB Mall,
Jalan Hamzah,
15000 Kota Bharu
Kelantan.

6. Bilangan penyertaan dan kategori

6.1 Bilangan penyertaan :

Penyertaan dibuka kepada lapan buah PPKIBP peringkat Sekolah Menengah di dalam
daerah Kota Bharu. Setiap program dibenarkan menghantar maksimum dua penyertaan bagi
setiap kategori. Berikut adalah nama program yang terlibat
6.1.A PPKIBP S.M.K Panji
6.1.B PPKIBP S.M.K Tanjong Mas
6.1.C PPKIBP S.M.K Melor
6.1.D PPKIBP S.M.K Long Gafar
6.1.E PPKIBP S.M.K Mulong
6.1.F PPKIBP S.M.K Kota
6.1.G PPKIBP S.M.K Pengkalan Chepa 2
6.1.H PPKIBP S.M.K Ketereh

6.2 Kategori :

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu


6.2.A Bawah 15 tahun lelaki
Murid lelaki yang berumur diantara 12 tahun hingga 15 tahun
6.2.B Bawah 15 tahun perempuan
Murid perempuan yang berumur diantara 12 tahun hingga 15 tahun
6.2.C Bawah 19 tahun lelaki
Murid lelaki yang berumur diantara 16 tahun hingga 19 tahun
6.2.D Bawah 20 tahun perempuan
Murid perempuan yang berumur diantara 16 tahun hingga 19 tahun

7. Bayaran :
Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 dikenakan bagi setiap kategori

Anggaran Perbelanjaan

Pengangkutan (bas sekolah) RM 150.00

Bayaran permainan bowling 53 orang x RM 5.00 RM 265.00

Kos makanan 73 orang x RM 10.00 RM 730.00

Hadiah (hamper) 10 hamper x RM 30.00 RM 300.00

RM 1445.00
Jumlah keseluruhan
Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Hjh Firdus Bt. Shikh Jaafar


Pengetua SMK Panji

Timbalan Pengerusi 1 : En. Ismail B. Awang


Penolong Kanan HEM

Timbalan Pengerusi 2 : Pn. Siti Hawa Bt. Mat


Penolong Kanan Pentadbiran

En. A. Zani B. Jusoh


Penolong Kanan Ko-kurikulum

Pn. Mahiran Bt. Roni


Penyelia Petang

AJK : Pn. Hjh. Wan Nor Izan Binti Wan Jusoh


GK Bahasa

Pn. Nik Azizah Binti Raja Abdullah


GK Sains & Matematik

Pn. Faridah Binti Omar


GK Sains Sosial

YM Tengku Muhamad Amir Sharifuldin B. Raja Hassan


Guru Bimbingan & Kaunseling

Pn. Murni Binti Zakaria


Guru Bimbingan & Kaunseling

Pn. K.A Razhiyah


Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Pn. Suriyati Bt. Hamzah


Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Pn. Zawati Bt. Yusoff


Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Pn. Noorulhani Binti Che Ahmad


Penyelaras Pendidikan Khas
Jawatankuasa Kerja

Hadiah : Pn. K.A Razhiyah


Pn. Suriyati Binti Hamzah
Pn. Zawati Binti Yusoff

Makanan : Pn. Che Nor Firdaus Binti Abdul Rahman


: Pn. Noor Al Diyana Binti Nooral Bilad Satria
: Cik Aziezu Binti Md. Nawi
: Pn. Noorulhani Binti Che Ahmad

Jurulatih : Pn. Rohasmawati Binti Abdullah


Pn. Wan Azita Binti Wan Yahya
Cik Nur Anira Binti Salleh

Disiplin/kawalan : En. Mohd Ilham Bin Abdullah


pelajar En. Mohd. Nazrey Bin Jusoh
Pn. Hasnah Binti Ismail
Pn. Muriati Binti Hassan

Pengangkutan : Pn. Liz Aliza Binti Awang


Pn. Nooraniza Hayati Binti Mohd Noor

Aturcara Program

9.30 pagi : Bertolak


10.00 pagi : Sampai di Pacific Bowling KB Mall
10.15 pagi : Penerangan dari jurulatih
10.30 pagi : Permainan bermula
11.30 pagi : Makan
12.15 tengahari : Bertolak pulang
12.30 tengahari : Tiba di sekolah

Penutup

Harapan kami agar murid-murid dapat menikmati program yang dirancang dengan penuh berfaedah
dan memperolehi pengalaman yang bermakna di dalam kehidupan mereka.Semoga mereka akan terus
ceria dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Keyakinan sebegini mestilah sentiasa dipupuk dari masa
ke semasa agar mereka tidak merasa disisih dari masyarakat sekeliling.
Disediakan oleh:

…………………………………
(PN. LIZ ALIZA BINTI AWANG)
Guru Pendidikan Khas

Disemak oleh:

…………………………………..
(PN. NOORULHANI BINTI CHE AHMAD)
Penyelaras Pendidikan Khas

Disahkan oleh:

…………………………………………
(PN. HJH FIRDUS BT SHIKH JAAFAR)
Pengetua S.M.K Panji
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANJI
16100 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7737161 FAKS: 09-7747813

Ruj. Kami : SMKP/01/22(35 )


Tarikh :

Kepada,
Ibubapa/penjaga Murid-Murid Pendidikan Khas,
Sek. Men. Keb. Panji,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan,

AKTIVITI PERMAINAN LUAR(BOWLING) PENDIDIKAN KHAS

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa program kami akan mengadakan permainan luar (bowling) iaitu
seperti yang berikut:

Tarikh : 13 Mei 2010


Tempat : PACIFIC BOWLING,
Lot 2.17 Tingkat 2,
KB MALL,
Jalan Hamzah,
15000 Kota Bharu
Kelantan.
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Pakaian : Pakaian sukan
Pelajar : 37 orang
Guru dan pembantu : 16 orang
Pengangkutan : Bas Sekolah

3. Diharap agar tuan/puan membenarkan anak di bawah jagaan tuan/puan menyertai program ini
dengan mengisi borang yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………
(HJH FIRDUS BT SHIKH JAAFAR)
Pengetua
S.M.K Panji

You might also like