Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
17769338-Bahasa-Menunjukkan-Bangsa

17769338-Bahasa-Menunjukkan-Bangsa

Ratings: (0)|Views: 158 |Likes:
Published by Mera Syuhana

More info:

Published by: Mera Syuhana on Oct 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/31/2013

pdf

text

original

 
1
Bahasa Jiwa Bangsa
Peribahasa Melayu ada berkata, “bahasa jiwa bangsa”. Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. “Bahasa” dalam peribahasa initidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnyadalam bentuk kalimat atau ayat. Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahliantropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa darisistem atau struktur linguistiknya semata-mata.Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut beliau bahasa merupakanfirasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasamencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal sertasosial masyarakat tersebut. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonvervalseperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalamsesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlakuapabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkanhubungan yang harmoni dalam komunikasi.Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan AncamanMuka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Haji Omar (2000) mengaitkannya
 
2
dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahandan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akanmenimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Dalammasyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budayamsayarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islamyang dianuti.Kesantunan, bersopan-santun, bersopan, atau bersantun merupakan gambaran peribadi mulia yang perlu kita amalkan sebagai salah satu cara hidup. Bersopan-santun boleh berlaku di dalam lakuan bahasa yang formal atau tidak formal. Lakuan bahasa juga boleh disamakan dengan fungsi butir pertuturan atau tutur kata. Kesantunan dalam bahasa dan komunikasi memerlukan dua kawalan tindakan iaitu pertuturan dan mengawal perilaku. Mengawal pertuturan bermakna kita tidak kerap menggunakan perkataan yang bernada tanda seru, atau menyergah. Bagaimanapun, kita pula perlulah tahu membezakanketidaksantunan dengan faktor-faktor seperti idiolek dan dialek. Walaupun dari daerahatau latar belakang sosial yang sama, tetapi tetap berlaku perbezaan pertuturan yangdikenali sebagai idiolek yang mungkin disebabkan oleh sifat fisiologi atau alat pertuturanindividu itu sehingga menyebabkan sebutan yang sengau, tabiat pertuturan yangterlampau lambat, cepat tertahan-tahan dan sebagainya. Noriah Mohamed (1998) menjelaskan bahawa kelainan bahasa yang terhasilakibat faktor sosial dinamakan dialek sosial. Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam,(1985) menjelaskan bahawa “dialek sosial juga disebut
register 
atau laras bahasa iaituvariasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Berdasarkandefinisi-definisi tersebut jelaslah dialek sosial wujud hasil daripada hubungan sosial yang berlaku dalam kehidupan individu seharian. Selain itu, ia melibatkan variasi bahasa yang
 
3
mengambil kira kepada faktor-faktor sosial seperti umur, jantina, pekerjaan, pendidikan,dan sebagainya. Noriah Mohamed (1998) menjelaskan lagi penggunaan bahasadipengaruhi satu atau lebih komponen sosial berikut iaitu pemeran (siapa yang bertutur dan siapa lawan tutur), latar belakang, tempat, topik, dan fungsi.Bahasa Melayu mempunyai sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa- bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menguasainya dan menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai dengan lawan tutur mereka. Kesalahan penggunaansapaan dan rujukan ini boleh menimbulkan suasana yang tegang dan tidak harmoni diantara penutur dan lawan tutur. Kata-kata bukan sahaja berfungsi untuk merujuseseorang tetapi mendukung fungsi memperlihatkan kesopanan penutur menggunakan bahasa tersebut. Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi,iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, kebiasaannya penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur.Penggunaan bahasa formal lebih mesra dan tinggi sifatnya berbanding dengan bahasa tidak formal. Lazimnya penggunaan bahasa tidak formal mempunyai ragam bahasa yang bebas iaitu tidak mementingkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu, dansebagainya. Bahasa tidak formal terdiri daripada bahasa slanga, kolokial, bahasa pasar,dan sebagainya. Di dalam hubungan formal, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaandan rujukan tersendiri berbeza daripada situasi tidak formal. Dalam situasi formal biasanya pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan yang menunjukkan rasahormat terhadap lawan tutur mereka. Pengguna bahasa Melayu tidak bolehmencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut secara sesuka hati. Penggunaan bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap, dan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->