You are on page 1of 8

Bahagian A

Pilih jawapan yang betul dengan membulatkan sama ada A, B, C atau D.

1. Antara yang berikut, faktor manakah tidak benar mengenai kebaikan menanam
sayur-sayuran ?
A Mengisi masa lapang
B Mendatangkan pendapatan sampingan
C Menambahkan perbelanjaan
D Kesegaran dan kebersihan sayuran lebih terjamin

2. Apakah alatan tangan yang digunakan untuk menggemburkan tanah di dalam kotak
semaian ?
A Cangkul C Sekateur
B Sudip tangan D Kapak

3. Pilih jenis sayuran hidroponik yang tidak tergolong dalam kumpulan jenis buah.
A Terung C Cili
B Timun D Lobak putih

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Alatan tangan di bawah ini sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti


A menyiram tumbuhan C mengorek lubang pasu
B memotong dahan D menggembur tanah batas

5. Penghasilan sesuatu projek yang mendatangkan pendapatan bermula dengan


proses…..
A perancangan C pendapatan
B perbelanjaan D pengkhususan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan komisen ?


A Upah yang diberikan oleh pembekal kepada peniaga
B Kadar bayaran yang diterima oleh peniaga kerana menjual barang
C Keuntungan hasil menjual barang buatan sendiri
D Lebihan jualan yang diberikan oleh pembekal kepada peniaga

1
7. Risiko manakah antara yang berikut berpunca daripada barang jualan ?
A Banjir C Pecah amanah
B Penipuan D Barang stok lama

Soalan 8 berdasarkan pernyataan di bawah

 Tiada tempat khas untuk peniaga


 Bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
 Berkenderaan atau berjalan kaki

8. Ciri-ciri di atas menunjukkan perniagaan jenis….


A berjaja C berkedai
B bergerai D berwarung

9. Keuntungan dalam sesebuah perniagaan diperolehi apabila…


A harga jualan kurang dari harga kos.
B harga jualan melebihi harga kos.
C harga kos melebihi harga perbelanjaan.
D harga perbelanjaan sama dengan harga kos.

10. Kegunaan ……………. adalah untuk memudahkan pengurusan jualan.


A jadual harian C buku nota
B buku manual D jadual kerja

11. Promosi dijalankan dalam sesebuah perniagaan apabila………….


A hendak memperkenalkan sesuatu barang baru dalam pasaran.
B menghasilkan sesuatu barangan
C mengubahsuai sesuatu barangan.
D perubahan lokasi premis perniagaan

Soalan 12 berdasarkan pernyataan di bawah

 Pada papan iklan di tepi jalan


 Di belakang bas
 Pada dinding atau papan kenyataan kedai

12. Berdasarkan lokasi di atas, apakah bentuk promosi yang paling sesuai dijalankan ?
A Pembungkusan C Poster
B Sampel D Pameran

2
13. Semua di bawah merupakan tujuan menyiram tumbuh-tumbuhan kecuali….
A menyejukkan tumbuhan
B membekalkan air bagi tumbesaran
C melarutkan nutrien di dalam tanah
D membunuh rumpair di dalam pasu

14. Azrul menerima komisen sebanyak 20 sen bagi setiap bungkus bihun goreng
yang dijual dengan harga RM 1.00. Kirakan jumlah bayaran yang perlu diserahkan
kepada pembekal sekiranya Azrul berjaya menjual 63 bungkus bihun ?
A RM 12.60 C RM 63.00
B RM 50.40 D RM 64.10

15. VCD yang dijual oleh Encik Wong telah dirampas oleh pihak berkuasa kerana
barangan tersebut adalah barangan cetak rompak. Risiko yang dialami oleh Encik
Wong adalah kerana..
A mengamalkan sikap dan etika perniagaan yang tidak baik
B bersikap tidak jujur dan tidak amanah
C perancangan perniagaan yang tidak sempurna
D menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang

Soalan 16 berdasarkan pernyataan di bawah

 Jahitan ini berfungsi sebagai pengemas jika dijahit pada


sebelah dalam fabrik.
 Jahitan ini berfungsi sebagai hiasan jika dijahit di
sebelah luar fabrik.

16. Pernyataan di atas menerangkan tentang jahitan……


A jelujur C insang pari
B sembat D lilit kemas

17. Pili bomba yang terdapat di kawasan kediaman digunakan untuk…


A membekalkan air apabila bekalannya terputus.
B membekalkan air bagi kegunaan harian.
C membekalkan air pada musim kemarau.
D membekalkan air untuk memadamkan kebakaran.

3
18. Manakah antara peniaga yang berikut, yang mungkin mengalami kerugian jika hari
hujan ?

i Pekedai runcit iii Penjual payung


ii Penjual air tebu iv Penjual ais krim

A i dan ii C ii dan iv
B i dan iii D iii dan iv

19. Antara yang berikut yang manakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di


pasaraya besar untuk menarik hati pelanggan ?

i Tangga bergerak iii Tempat letak kereta


ii Susun atur barang dengan baik iv Tempat permainan kanak-kanak

A i, ii dan iii C i, iii dan iv


B i, ii dan iv D i, ii, iii dan iv

20. Athirah mendapati jus minuman yang dibelinya dari sebuah pasaraya adalah barang
tiruan kerana…

i ada catatan menyatakan barang tiruan pada botol jus.


ii harganya lebih murah jika dibandingkan dengan yang asli
iii rasanya tidak serupa dengan yang asli
iv bentuk botol dan pembungkusannya adalah serupa

A i dan ii C ii dan iii


B i dan iii D iii dan iv

( 20 markah )

4
Bahagian B

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Manik Labuci Kia Renda

Benang sulaman Butang

1. _________________ biasanya dijahit pada artikel untuk menambahkan

kecantikan pada artikel.

2. Kebanyakkan jahitan dimatikan dengan jahitan _____________.

3. Corak berbentuk kerawang adalah sebahagian dari _________________ dan

dijahit pada artikel untuk menghasilkan corak hiasan yang pelbagai.

4. ________________ berbentuk butir-butir kecil yang berwarna-warni digunakan

untuk menghasilkan corak hiasan yang menarik pada artikel.

5. Pakaian dapat dikancing dengan menggunakan _________________ yang

berbentuk bulat.

6. ________________________ merupakan tali halus yang diperbuat daripada

kapas dan sebagainya yang digunakan untuk kerja menyulam.

( 6 markah )

5
Bahagian C

Namakan sayur-sayuran berikut.


1.

2.
1. 2.

3. 4.

5. 6.

6
( 6 markah )
Bahagian D

Berdasarkan gambar di bawah ini, padankan amalan baik dalam pengurusan perniagaan

Kecuaian peniaga yang tidak


mengawasi kedai boleh
mendatangkan kerugian

Kerugian disebabkan
ketidakjujuran pekerja ketika
bekerja di premis perniagaan

Diakibatkan oleh kerosakan


yang berlaku pada barang
jualan.

Keadaan alam yang tidak


menentu di sesuatu tempat
boleh menjejaskan perniagaan

Kemalangan yang tidak


dijangka boleh memusnahkan
aset peniaga

7
( 10 markah )

Bahagian E

Tandakan (√ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah.

1. Pengeluar harus meletakkan tanda halal bagi barangan jualan yang


boleh dimakan oleh orang Islam sebelum mengedarkannya di
pasaran.

2. Pengguna boleh menggunakan barangan elektrik yang tidak


dipiawai oleh SIRIM dan dijual murah di pasaran.

3. Pembeli harus bersikap mementingkan diri apabila membuat


penawaran harga barangan dengan penjual.

4. Pengguna haruslah melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar jika


terdapat pengeluar makanan dan minuman yang membuang sisa
bahan buangan kilang ke dalam sungai.

5. Pengguna hendaklah berdiam diri jika terbeli barangan yang telah


rosak dan tidak menuntut pampasan ganti rugi daripada penjual.

6. Pembeli haruslah bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang


pembelian semasa melakukan kontrak sewa beli dengan penjual.

7. Peniaga yang mempunyai asas dan perancangan perniagaan yang


kukuh akan menyebabkan perniagaan menjadi tidak teratur dan
kucar-kacir.

8. Sikap mudah putus asa dan tidak kreatif menghadapi persaingan


di lokasi perniagaan akan mengakibatkan perniagaan menjadi
mundur.

( 8 markah )

You might also like