1.1
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan antara bahasa Melayu masa kinidengan bahasa Melayu pada zaman kesultanan Melaka?Ya, betul jangkaan anda. Memang banyak perubahan yang telah berlaku dalamperkembangan bahasa Melayu.‘Tak kenal maka tak cinta’, jadi kenali dan cintailah bahasa Melayu. Tetapi sebelumitu anda perlu tahu sejarah perkembangan bahasa Melayu. Dalam tajuk ini andaakan mempelajari asal usul bahasa Melayu. Pengetahuan yang diperoleh akanmenolong anda memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu. Rajah di bawahmembantu anda mengetahui asal usul bahasa Melayu sehinggalah selepasmerdeka.
Rajah 1.1 :
Asal usul dan Perkembangan Bahasa MelayuAnda telah pun meneliti rajah di atas. Untuk memperoleh gambaran yang lebihlengkap, mari kita lihat peringkat-peringkat perkembangan bahasa Melayu.
1.1.1Asal usul dan perkembangan Bahasa Melayu
Percayakah anda perkataan “Melayu” dijumpai dalam tulisan Cina? Tulisan itumenyebut orang
Mo-lo-yeu
sebagai orang yang mengirimkan utusan ke negeriChina. Sumber lain pula menyatakan bahawa pada masa yang sama terdapatsebuah kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu dalam pemerintahannya.Tahukah anda bahawa bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara keluargaAustronesia? Cabang Nusantara ini mempunyai kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
3
Asal usul Bahasa MelayuBahasa Melayu KunoBahasa Melayu KlasikBahasa Melayu ModenUnsur-unsur Bahasa Asingdalam Bahasa Melayu