Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
bencana alam implikasi perbuatan manusia sendiri

bencana alam implikasi perbuatan manusia sendiri

Ratings: (0)|Views: 254 |Likes:
Published by belie708

More info:

Published by: belie708 on Oct 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/02/2013

pdf

text

original

 
KARANGAN1.Bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemanasan global adalah kesandaripada perbuatan manusia sendiri. Berikan pendapat anda.Bencana alam adalah isu yang sangat kompleks. Sangat sukar meramalkan pada bila, dimana, dan magnitud sesuatu kejadian bencana. Banyak kejadian bencana, hanya jelas dapatdilihat impaknya selepas berlaku, selepas mengorbankan nyawa dan harta benda.Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini bolehdijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi inisejak beratus-ratus tahun yang lalu. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yangmenggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita mengetahui dan mempelajarinya.Pelbagai bencana alam yang berlaku kebelakangan ini memperlihatkan bahawa negarakita tidak lagi berkecuali daripada menerima bencana. Terdapat beberapa peristiwa bencana alamyang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang(1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. Walaupun banyak inisiatif dilaksanakan, sebaliknya tidak begitu berkesan lagidisebabkan faktor ketidaktentuan perubahan cuaca. Empangan penebat banjir di Johor misalnya,tidak lagi mampu menebat banjir. Begitu juga dengan empangan lain yang terletak di hulu sungaidi negeri lain.Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat daripada proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat daripada campur tanganmanusia. Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbanganekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Banjir, tanah
1
 
runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan alamsekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Perbuatan manusia yang membuangsampah dan kilang yang turut membuang sisa toksik mungkin menjadi antara faktor yangmenyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu kawasan.Pencemaran air, pemanasan global, masalah banjir dan sebagainya mempunyai kaitanamat rapat antara satu sama lain. Paras air laut meningkat disebabkan pemanasan global. Parasair laut meningkat dan pertembungan antara air laut dengan air sungai di muara dalam keadaanisi padu air dalam tanah dan permukaan yang tepu menyebabkan tekanan berbalik yang kuat olehair laut yang mengakibatkan arah aliran air sungai menjadi songsang dan melimpah ke tebing. Inimenyebabkan punca kebanjiran air ke dataran di sekitarnya. Penambakan tanah laut tidak terkawal di kawasan sekitaran laut dan muara sungai satu penyebab kenapa kawasan lembanganrendah dan berdekatan dengan laut mengalami banjir yang serius.Pemanasan global adalah disebabkan kandungan gas karbon monoksida meningkat diruang bumi mengakibatkan kesan rumah hijau yang serius. Ais di kutub Utara dan Selatansemakin hari semakin mencair yang menjadi punca kepada kenaikan paras air laut dunia.Tumbuh-tumbuhan semakin menghilang atas dasar pembangunan masa depan juga sudah tidak mampu membekalkan oksigen dikehendaki kehidupan dan tumbuhan juga sudah tidak mampumenyerap karbon monoksida yang meningkatkan lagi kesan rumah hijau.Melihat kemarahan alam yang mencetuskan krisis cuaca dan bencana seperti tanahruntuh, ribut taufan dan gempa bumi, ia secara tidak langsung memberi amaran kepada kitasupaya lebih serius dalam menangani masalah persekitaran yang semakin berleluasa pada hari
2

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->