You are on page 1of 3

SIRAH

TINGKATAN SATU

1. Ceritakan secara ringkas keadaan masyarakat Arab Jahilliyyah sebelum


Islam.
2. Bezakan masyarakat Hadhari dan masyakarat Badwi.
3. Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun. Terangkan
peristiwa perlantikan baginda menjadi rasul.
4. Nyatakan empat sifat terpuji Rasulullah S.A.W yang perlu dicontohi untuk
menjadi anak yang bertanggungjawab .
5. Nyatakan faktor-faktor penentangan masyarakat Quraisy terhadap dakwah
Rasulullah S.A.W.
6. Berikan sebab-sebab Rasulullah S.A.W berdakwah secara sulit.
7. Rasulullah S.A.W telah berjaya dalam misi dakwah di Mekah.Apakah faktor-
faktor yang mendorong kejayaan perjuangan beliau.
8. Pelajar Islam yang menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W sentiasa tinggi
semangat jihadnya dalam menimba ilmu pengetahuan.Terangkan tiga ciri
pelajar yang bersemangat jihat dalam pelajaran.
9. Jelaskan faktor-faktor penghijrahan Rasulullah ke Yathrib.
10. Nyatakan isi-isi perjanjian Aqabah I dan II yang membawa kepada
penghijrahan Rasulullah.
11. Jelaskan kesan-kesan penghijrahan Rasulullah S.A.W dan para sahabat ke
Madinah.
12. Terangkan tiga peristiwa yang berlaku dalam perjalanan nabi Muhammad
SAW ketika berhijrah ke Madinah.
13. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W setibanya baginda
sampai di Madinah.
14. Saidina Abu Bakar r.a merupakan khalifah pertama dalam Islam. Terangkan
tiga faktor yang mendorong para sahabat memilih Saidina Abu Bakar r.a.
sebagai khalifah.
15. Nyatakan tiga jasa Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. terhadap perkembangan
Islam.
16. Berikan tiga contoh kesetiaan Saidina Abu Bakar as-Siddik r.a. terhadap
Rasulullah SAW.
17. Terangkan dengan ringkas Saidatina Khadijah binti Khuwailid.
18. Jelaskan dua sumbangan Saidatina Khadijah binti Khuwailid dalam
membantu menegakkan perjuangan Rasulullah S.A.W.
19. Siapakah wanita pertama yang syahid dalam Islam dan apakah penyeksaan
yang dihadapinya.
20. Terangkan dua pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa yang
menimpa keluarga Sumayyah.
21. Nyatakan dua bentuk penyeksaan yang diterima oleh Bilal bin Rabah.
22. Berikan tiga teladan yang dapat dicontohi daripada sikap yang ditunjukkan
oleh Bilal bin Rabah di dalam menegakkan Islam.
23. Nyatakan dua bentuk penyeksaan yang diterima oleh Bilal bin Rabah

1
TINGKATAN DUA

1. Terangkan tiga sumbangan Saidina Umar al-Khattab di dalam pentadbiran


Islam.
2. Apakah gelaran yang diterima oleh Saidina Umar al-Khattab setelah
memeluk Islam dan mengapakah beliau digelar sedemikian.
3. Jelaskan dua contoh keberanian Saidina Umar al-Khattab setelah memeluk
Islam.
4. Jelaskan sumbangan Saidina Umar dalam pembangunan negara.
5. Terangkan dua bukti yang menunjukkan Saidina Ali b. Abi Talib k.w. seorang
ilmuan yang terkenal di kalangan sahabat.
6. Terangkan contoh-contoh keberanian Saidina Ali.
7. Jelaskan bukti Saidina Ali seorang yang kreatif.
8. Nyatakan keistimewaan Saidina Ali.
9. Saidina Usman memiliki sifat peribadi yang mulia yang patut dicontohi oleh
umat Islam masa kini. Nyatakan dua sifat beliau yang perlu kita contohi.
10. Saidina Usman b. Afffan r.a adalah sahabat yang paling banyak melaburkan
hartanya untuk Islam.Jelaskan dua antaranya.
11. Nyatakan dengan ringkas riwayat hidup Saidina Abu Hurairah
12. Terangkan dua bukti saidina Abu Hurairah seorang yang taat kepada Allah
dan sayang kepada ibu.
13. Jelaskan sumbangan Abu Hurairah terhadap periwayatan hadis.
14. Huraikan tiga factor penting menyebabkan beliau cemerlang dalam
periwayatan hadis.
15. Huraikan bagaimana ketekunan dan ketabahan Abu Hurairah boleh dijadikan
contoh dalam menghadapi ujian semasa menuntut ilmu.
16. Saidiana Hamzah r.a dikenali dengan gelaran ‘Saiyidus Syuhada’.
Mengapakan beliau digelar sedemikian.
17. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Saidiana Hamzah r.a.
18. Bagaimanakah anda dapat mencontohi keberanian beliau.
19. Saidina Abdul Rahman b. Aus merupakan sahabat nabi yang mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Terangkan dua keistimewaan yang dimiliki
oleh beliau.
20. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup beliau.
21. Terangkan dua sumbangan abdul Rahman b. Aus dalam perkembangan
dakwah Islamiah.
22. Bagaimanakah beliau boleh menempa kejayaan yang gemilang dalam bidang
perniagaan.
23. Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W
dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Berikan dua peranan masjid pada
zaman Rasulullah S.A.W.
24. Jelaskan kepentingan masjid sebagai pusat kemasyarakatan dan pendidikan
masa kini.
25. Jelaskan tiga langkah mengimarahkan masjid.
26. Kemukakan dua bukti pengorbanan Muhajirin dan Ansar.
27. Berikan dua pengajaran yang dapat diambil daripada persaudaraan kaum
Muhajirin dan Ansar.
28. Bagaimanakah cara Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

2
TINGKATAN TIGA

1. 1.Piagam Madinah ialah perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama


oleh semua penduduk Madinah dibawah kepimpinan Rasulullah S.A.W.
Nyatakan dua faktor yang membawa kepada termeterainya Piagam Madinah.
2. Berikan dua isi kandungan piagam Madinah.
3. Huraikan kesan Piagam Madinah dari aspek politik dan sosial.
4. Nyatakan tiga faktor termeterainya perjanjian Hudaibiyah.
5. Terangkan isi kandungan Perjanjian Damai Hudaibiyah.
6. Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Damai Hudaibiyah kepada perkembangan
Islam.
7. Nyatakan peristiwa yang membawa kepada berlakunya Baiah Ar Ridwan.
8. Nyatakan strategi yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sebelum Fath Al
Mekah.
9. Nyatakan tiga kesan pembukaan kota Mekah terhadap dakwah Islam.
10. Saidatina Aisyah mendapat gelaran ‫ الحميرأ‬dan ‫ أم المؤمنين‬. Nyatakan kedua-
dua gelaran tersebut.
11. Apakah perkara yang boleh anda contohi daripada Saidatina Aisyah untuk
memperolehi kejayaan dalam bidang pelajaran.
12. Nyatakan sumbangan Saidatina Aisyah dalam bidang keilmuan.
13. Saidatina Fatimah Az-Zahra’ merupakan puteri kesayangan Rasulullah
S.A.W. Terangkan secara ringkas riwayat hidup Saidatina Fatimah Az-Zahra’.
14. Nyatakan dua sifat mulia Saidatina Fatimah yang boleh dijadikan contoh oleh
muslimah hari ini.
15. Bagaimanakah cara Saidatina Fatimah Az-Zahra berjihat menegakkan
syariat Islam.
16. Saidina Khalid b. al-Walid berjuang bersungguh-sungguh hasil daripada
kecintaan Islam dan Negara Islam Madinah. Senaraikan dua sifat terpuji
Saidina Khalid b. al-Walid.
17. Nyatakan dua peranan beliau dalam perkembangan Islam.

You might also like