Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembohongan Teori Evolusi

Pembohongan Teori Evolusi

Ratings: (0)|Views: 214 |Likes:
Published by Ksar Mohamad Noor
Propaganda yang dipaparkan pada hari ini untuk terus mempertahan teori evolusi adalah semata-mata berdasarkan penyimpangan fakta-fakta saintifik, tafsiran berat sebelah, pembohongan dan penipuan yang bertopengkan sains. Mutakhir ini, timbul satu pertanyaan yang jelas dari mereka yang telah menyedari hakikat sebenar teori evolusi: bagaimanakah ia mampu menyesatkan mereka selama ini.
Propaganda yang dipaparkan pada hari ini untuk terus mempertahan teori evolusi adalah semata-mata berdasarkan penyimpangan fakta-fakta saintifik, tafsiran berat sebelah, pembohongan dan penipuan yang bertopengkan sains. Mutakhir ini, timbul satu pertanyaan yang jelas dari mereka yang telah menyedari hakikat sebenar teori evolusi: bagaimanakah ia mampu menyesatkan mereka selama ini.

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Ksar Mohamad Noor on Oct 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/26/2012

pdf

text

original

 
PEMBOHONGAN TEORI EVOLUSI
 
Darwinisme, dalam erti kata lainnya teori evolusi, telah dikemukakan dengan tujuan untukmenyangkal hakikat penciptaan, bukan saja tiada kebenaran malahan merupakan satu kekarutansemata-mata. Teori ini yang mendakwa bahawa kehidupan bermula secara kebetulan daripadabenda mati, telah disangkal kesahihannya oleh bukti saintifik melalui ciptaan yang jelas pada alamdan benda hidup yang lain. Dengan cara ini, sains telah mengesahkan hakikat bahawa Allahmencipta alam semesta dan hidupan di dalamnya. Propaganda yang dipaparkan pada hari ini untukterus mempertahan teori evolusi adalah semata-mata berdasarkan penyimpangan fakta-faktasaintifik, tafsiran berat sebelah, pembohongan dan penipuan yang bertopengkan sains.Walau bagaimanapun, propaganda ini tetap tidak mampu menyembunyikan kebenaran. Faktabahawa teori ini merupakan penipuan terbesar sepanjang sejarah sains telah banyak kali ditekankandalam dunia saintifik sejak lebih 20-30 tahun. Kajian yang dilaksanakan khususnya selepas tahun1980-an telah mendedahkan bahawa dakwaan Darwinisme langsung tidak berasas, sesuatu yangtelah dinyatakan oleh ramai saintis. Di Amerika terutamanya, kebanyakan saintis dari bidangberlainan seperti biologi, biokimia dan paleontologi mengenal pasti kepalsuan Darwinisme danmenerima hakikat penciptaan untuk menerangkan asal-usul kehidupan.Kami telah mengkaji banyak perincian saintifik berkenaan keruntuhan teori evolusi dan bukti-bukti penciptaan dalam kebanyakan kerja kami, dan masih tetap meneruskannya. Menyedari akanperi pentingnya perkara ini, adalah amat bermanfaat untuk membincangkannya semula di sini. 
Keruntuhan Saintifik Darwinisme
 
Walaupun doktrin ini telah bermula sejak zaman Yunani purba, teori evolusi hanya mulaberkembang dengan pesat pada abad ke-19. Perkembangan penting yang menjadikannya topikhangat dalam dunia sains adalah buku
The Origin of Species
, hasil tulisan Charles Darwin yangditerbitkan pada tahun 1859. Dalam buku ini, beliau menafikan bahawa Allah telah menciptakanspesis hidupan berbeza di bumi secara berasingan, dengan mendakwa bahawa semua hidupanberasal daripada satu moyang yang sama dan telah menjadi pelbagai melalui perubahan kecil setiapmasa. Teori Darwin ini tidak berasas pada sebarang penemuan saintifik yang kukuh; beliau jugamengakui bahawa ianya sekadar satu "andaian". Tambahan pula, di saat Darwin akur di dalam babpanjang "Difficulties on Theory", teori itu sendiri telah gagal dalam menghadapi banyak soalankritikal.Darwin meletakkan semua impiannya dalam penemuan-penemuan saintifik baru yangdiharapkannya dapat menyelesaikan kesukaran ini. Walau bagaimanapun, bertentangan dengan jangkaan beliau, hasil penemuan saintifik malah menambahkan lagi kepayahan tersebut.Penyanggahan terhadap Darwinisme berdasarkan sains boleh diulas semula di bawah tiga topik asasberikut:1)
 
Teori berkenaan gagal menjelaskan bagaimana kehidupan bermula di bumi.2)
 
Tiada penemuan saintifik yang menunjukkan bahawa "mekanisme evolusi" yangdikemukakan oleh teori ini mempunyai sebarang kuasa evolusi.3)
 
Rekod-rekod fosil membuktikan hasil yang bertentangan dengan dakwaan teori evolusi.Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji tiga perkara asas tersebut secara umum:
 
Halangan Pertama Yang Gagal Diatasi: Asal-usul Kehidupan
 Teori evolusi menganjurkan bahawa semua spesis hidup berkembang daripada sel hiduptunggal yang wujud di bumi purba pada 3.8 bilion tahun dahulu. Bagaimana satu sel mampumenjana jutaan spesis hidupan yang kompleks, dan jika evolusi sedemikian benar-benar berlaku,mengapa kesannya tidak didapati pada rekod fosil merupakan antara persoalan yang tidak mampudijawab oleh teori ini. Bahkan, kita harus menanyakan satu soalan penting: Bagaimana "sel pertama"ini wujud?Oleh kerana teori evolusi menolak penciptaan dan sebarang campur tangan yang luar biasa, iatetap berpendapat bahawa "sel pertama" ini terjadi secara kebetulan dalam rangka hukumsemulajadi, tanpa adanya tujuan, rancangan atau aturan. Menurut teori ini, benda mati mungkintelah menghasilkan sel hidup kesan daripada beberapa kebetulan. Tetapi, dakwaan ini tidakkonsisten dengan hukum biologi yang tidak terkalahkan.
"Kehidupan Bermula Dengan Kehidupan"
 
Di dalam bukunya, Darwin tidak pernah merujuk kepada asal-usul kehidupan. Pemahamansains yang primitif semasa zamannya semata-mata bergantung kepada andaian bahawa makhlukhidup mempunyai struktur yang mudah. Sejak zaman pertengahan, generasi spontan, yangmenekankan bahawa benda tidak bernyawa secara bersama telah membentuk organisma hidup,telah diterima secara meluas. Serangga lahir hasil daripada sisa makanan, dan tikus wujud darigandum merupakan pendapat yang biasa. Beberapa kajian menarik telah dijalankan demimembuktikan teori ini. Sedikit gandum telah diletakkan pada secebis kain buruk, dan dipercayai tikusakan terhasil selepas beberapa waktu.Larva yang terhasil daripada daging reput juga dianggap bukti generasi spontan. Walaubagaimanapun, telah difahami kemudiannya bahawa ulat tidak muncul pada daging dengan tiba-tiba, tetapi dibawa oleh lalat dalam bentuk larva yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Bahkan di saat Darwin menulis
The Origin of Species
, pendapat bahawa bakteria boleh terhasildaripada benda bukan hidup telah diterima secara meluas dalam dunia sains.Akan tetapi, lima tahun selepas penerbitan buku Darwin, Louis Pasteur mengumumkan hasilkajian dan eksperimen terbarunya yang menolak ide generasi spontan, satu asas teori Darwin. Dalamsyarahan sempena memperingati kejayaannya di Sorbonne pada tahun 1864, Pasteur berkata:
"Doktrin generasi spontan tidak akan pernah pulih daripada bencana yang digempur denganeksperimen mudah ini." 
1
 Untuk jangka waktu yang lama, penganjur teori ini menolak penemuan Pasteur. Tetapi di saatperkembangan sains telah dapat menghuraikan struktur kompleks pada sel benda hidup, ide bahawahidupan wujud secara kebetulan telah berhadapan dengan kebuntuan yang amat berat.
 
Usaha Yang Hambar Di Abad Ke-20
 Evolusionis pertama di abad ke-20 yang mengambil subjek asal-usul kehidupan merupakanseorang ahli biologi yang terkenal, Alexander Oparin. Dengan pelbagai tesis yang dikemukakandalam tahun 1930-an, beliau cuba untuk membuktikan bahawa sel hidup boleh terhasil secarakebetulan. Walau bagaimanapun, kajiannya telah gagal dan Oparin membuat pengakuan berikut:Tetapi, malang sekali kerana persoalan asal-usul kehidupan mungkin merupakan titik yangpaling gelap dalam keseluruhan kajian evolusi organisma.
2
 
 
Pengikut Oparin menjalankan beberapa kajian untuk menyelesaikan masalah ini. Eksperimenyang terkenal dilaksanakan oleh seorang ahli kimia kelahiran Amerika, Stanley Miller dalam tahun1953. Dengan mencampur beberapa gas yang kononnya wujud dalam ruang atmosfera bumipurbakala, serta menambah tenaga kepada campuran itu, Miller menghasilkan beberapa molekulorganik (asid amino) yang wujud pada struktur protein.Hanya beberapa tahun selepas itu, satu pendedahan telah dibuat bahawa eksperimen ini yangkononnya merupakan langkah pentingatas nama evolusi adalah tidak sah kerana atmosfera yangdigunakan dalam kajian tersebut amat berbeza dengan keadaan sebenar atmosfera bumi.
3
 Selepas senyap untuk beberapa waktu, Miller akhirnya mengaku bahawa bahan atmosferayang beliau gunakan adalah tidak realistik.
4
 Semua usaha evolusionis sepanjang abad ke-20 untuk menerangkan asal-usul kehidupanberakhir dengan kegagalan. Jeffrey Bada, seorang ahli geokimia dari San Diego Scripps Institutemenerima kenyataan ini dalam satu artikel yang diterbitkan dalam majalah
arth
pada tahun 1998:Hari ini sementara meninggalkan kurun ke-20, kita masih lagi belum merungkai persoalanyang ada sewaktu memasuki abad ke-20: Bagaimana kehidupan di bumi bermula?
5
 
Struktur Kompleks Hidupan
Sebab utama teori evolusi menjadi buntu berkaitan asal-usul kehidupan ialah bahkanorganisma hidup yang dianggap paling mudah pun sebenarnya memiliki struktur yang amat rumit.Sel benda hidup adalah lebih kompleks berbanding dengan semua produk teknologi yang dihasilkanmanusia. Hari ini, walaupun di dalam makmal paling canggih di dunia, seunit sel hiduptetap gagaldihasilkan melalui gabungan kimia organik.Keadaan yang diperlukan untuk pembentukan sel ini adalah jauh lebih hebat daripada apayang dijelaskan melalui ketidaksengajaan. Kebarangkaliaan protein yang merupakan blok binaan seluntuk disintesis secara kebetulan ialah 1 per 10950bagi purata protein yang terbentuk daripada 500asid amino. Dalam matematik, kemungkinan yang lebih kecil daripada 1 per 1050secara praktikalnyaadalah dianggap mustahil.Molekul DNA yang terdapat dalam sel nukleus yang mengandungi maklumat genetikmerupakan sebuah bank data yang mengagumkan. Sekiranya maklumat kod genetik DNA ditulis, iaakan memenuhi ruang sebuah perpustakaan dengan lebih kurang 900 jilid ensiklopedia yang setiapsatunya mengandungi 500 halaman.Satu dilemma menarik timbul pada titik ini: DNA hanya dapat menyalin dirinya denganbantuan beberapa protein khas (enzim). Wlau bagaimanapun, enzim ini hanya terbentuk melaluimaklumat yang terkod di dalam DNA itu sendiri. Pergantungan antara satu sama lain inimenunjukkan bahawa kedua-duanya harus hadir serentak untuk melakukan proses replikasi. Hal inisemakin merumitkan dakwaan bahawa hidupan terbentuk dengan sendirinya. Seorang evolusionisterkenal, Leslie Orgel dari Universiti San Diego, California mengakui hakikat ini dalam majalah
Scientific American
edisi September tahun 1994:Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal bahawa kedua-dua protein dan asidnukleiknya yang kompleks dari segi struktur, wujud secara spontan di tempat yang sama padamasa yang sama. Namun, mustahil juga untuk salah satu daripadanya wujud tanpa yang satu lagi.Dan pada pandangan pertama, dapat disimpulkan bahawa sebenarnya hidupan tidak akan wujudsekadar melalui proses kimia.
6
 

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Miza Sobie liked this
Miza Sobie liked this
Miza Sobie liked this
Lily Megat Ahmad liked this
nqatrunnada liked this
nqatrunnada liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->