Professional Documents
Culture Documents
21. Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick
Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy
Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus
Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior
22. Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat
kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
27. Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam
28. Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.
32. Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.
34. Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi
jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350
kambing.
36. Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan
37. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.
38.
Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.
39. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.
43. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
44. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.
45. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.
47. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.
48. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.
53. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.
54. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
56. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
57. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.
58. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.
61. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.
63. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.
64. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.
65. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.
67. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
69. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
70. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
72. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.
74. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.
76. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
78. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan
mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
79. Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200
Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang
arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan
hingga kini.
80. Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, rebut taufan,
letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan
10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk
menyelam lebih jauh ke dasar laut.
81. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi.
Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium
beberapa jam sebelum kejadian.
82. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka
ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan alam hidup. Ketiga -
mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain;
mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
83. Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk
berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar
termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping
binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.
84. Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum
mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan
penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka
kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik,
Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh
masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.
85. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji
sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar
perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha
mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
91. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
92. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya" . Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
10,000 ekor burung merpati.
96. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
98. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.
100. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
106. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.
108. Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.
112. Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.
117. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.
120. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
122. Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
peralatan untuk penggambaran yang paling berat.
127. Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.
128. Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.
131. Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
132. Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
dalam drama Shakespeare.
133. Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
lubang di bumi.
135. Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.
137. Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
lapisan usus.
138. Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
139. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
142. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
143. Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.
145. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di permukaannya.
149. Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.
151. Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.
152. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah bangun pagi.
153. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.
154. Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
158. Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
159. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
160. Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
tidur.
161. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
162. Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
163. Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
164. Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.
165. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.
167. Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
170. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.
173. Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.
174. Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.
175. Kucing tidak boleh merasa rasa manis.