Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
tayamum

tayamum

Ratings: (0)|Views: 1,266 |Likes:
Published by nikacir

More info:

Published by: nikacir on Oct 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/27/2013

pdf

text

original

 
http://www.kias.edu.my/tayamum.htmKONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd NawiB.A Syariah Islamiah
Pendahuluan
Dalam bab ini, penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta konsep-konsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek. Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci dinyatakandalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajihagar setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah fakta yanghanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'.Definisi TayammumTayammum dari segi bahasa ialah دصقلا (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil darifirman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267)Maksudnya:" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat."Dengan pengertian ini juga, penyair berkata:Maksudnya:" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapumuka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalamKamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tanganhingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah(kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah,Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yangseakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangandengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yangmeliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkantayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu'atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pulatayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbahal-Zuhaili. 1984 : 560-561)Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti
 
daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yangdisyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, laluRasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlahayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200)Maksudnya:" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.Wmengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak adaair di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkanayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan halitu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."Dalil pensyariatan tayammumTayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43)Maksudnya:" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci):Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313)Maksudnya:"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dariumatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci."Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162)Maksudnya:" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersamadengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'.Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalahcukup bagi engkau."Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammumBersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut:
 
Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membacaal-Quran bagi orang berjunub.Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya mengerjakan ibadat yang satuitu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniatsalah satu ibadat daripada martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadatmartabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. Manakalasesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga, harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalammartabat ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. (Al-Syeikh, Dr.Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229)Hadas yang dibolehkan bertayammumDiharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil, mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakanair dengan apa jua sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.Wsepertimana berikut: i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil:Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)Maksudnya:" Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamutiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belahtanganmu dengan tanah itu."Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241)Maksudnya:" Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air, sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnyadan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yangdemikian. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuaidengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: 'Engkau memperoleh dua pahala'."ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar:

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Gus Agusti liked this
Qurratul Solehah liked this
Zn Zaluddin liked this
Rabiatul Adawiah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->