Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member
pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vocal seperti register/
perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum
menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang
berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik
untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.
Objektif
Bunyi terhasil daripada getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan
meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau
apabila trumpet ditiup, udara di dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu, bunyi trumpet
terhasil. Biasanya semasa bernafas, udara daripada paru-paru akan melaui larynx dan
terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal
cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetar udara yang melauinya.
Dengan cara itu, suatu bunyi akan terhasil. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan
membentuk bunyi menjadi kosonan dan vokal. Simbol agi vokal dan konsonan adalah
huruf-huruf.
Semakin nyaring bunyi, maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords
mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic
suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal
cords yang kuat.
Alat-alat Nyanyian
Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong
manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru
manusia. Bunyi itu diolah oleh bahagian mulut (gigi, lelangit lembut, lelangit keras, lidah
dan bibir bagi menghasilkan pelbagai suara manusia). Bunyi tidak terhasil semasa
bernafas kerana pita suara membenarkan udara melaluinya tanpa halangan.
2. Vibrator (Penggetar)
Ini adalah kord-kord vocal dio dalam peti suara (larynx) kita. Kord-kord vokal
ialah kulit yang berlipat-lipat di kedua-dua belah trakea dengan tenggorok. Di
dalam pernafasan biasa, kord-kord vokal ini bukan untuk membenarkan udara
masuk atau keluar. Apabila bersedia untuk menyanyi, kord-kord akan tutup
dengan membenarkan sedikit udara keluar sahaja. Tekanan nafas akan
menjadikan kord-kord vokal ini menggetar dan bunyi didengari.
4. Artikulasi
Dilakukan oleh lidah bibir dan dagu.
Resonan
Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. Suatu rongga yang boleh
menghasilkan resonan disebut resonator. Mengapa alat muzik boleh menghasilkan
bunyi nyaring? Jawabnya, kerana alat-alat muzik tersebut memiliki rongga resonator
yang berlainan. Manusia memiliki 3 buah resonator.
Rongga resonator di dalam diri manusia dapat diperkayakan suara kita dengan resonan
dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. Suara menjerit jelas tidak bermutu
sama sekali tidak menghasilkan ton suara yang baik. Menjerit bukan cara menyanyi
yang baik. Bentuk mulut, lontaran suara, kawalan pernafasan dari paru-paru berkait
rapat dengan resonan dan berapa peratus penggunaan resonator yang telah
dinyatakan. Tidak ada satu pic pun yang dihasilkan hanya dengan menggunakan 100%
resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya menggunakan 100% resonator dada.
Kebiasaannya pic yang dihasilkan merupakan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator.
Sebagai contoh, untuk menghasilkan pic tinggi yang baik, kita menggunakan:
60% resonator kepala.
25% resonator mulut.
15% resonator dada.
Sebaliknya untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula, kita menggunakan:
70% resonator dada.
20% resonator mulut.
10% resonator kepala.
Kesimpulannya, semakin tinggi pic yang kita nyanyikan, semakin besar peratus
penggunaan resonator kepada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator dada.
Sebaliknya, semakin rendah pic yang kita nyanyikan, semakin besar peratus
penggunaan resonator dada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator kepala.
Untuk menyanyikan pic mendatar/sederhana, kita menggunakan resonator mulut.
Perletakan Suara
Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di kalangan penyanyi –
register kepala, tengah dan dada.
1. Suara Kepala
Salah satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk nyanyian register
tinggi sementara rongga di kepala yang member kesan gema digunakan untuk
menggemakan ton atau bunyi yang dihasilkan oleh penyanyi tersebut. Ini dikenali
mekanisme ringan atau suara kepala. Adalah baik dan sihat sekiranya suara
kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian. Ia menghasilkan suara
yang jelas, kualiti seakan alat tiup kayu lebih luas renjnya (julat) kalau
dibandingkan dengan suara dada. Suara kepala juga banyak membantu lelaki
semasa mengalami perubahan suara semasa menyanyikan pic tinggi. Ia juga
menyediakan penggunaan yang sihat dalam nyanyian falsetto. Untuk
mendapatkan suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang cukup dan
betul adalah perlu. Untuk merasai suara kepala, anda perlu menyanyikan satu
3. Suara Dada
Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada merupakan
alat resonans dikenali sebagai suara dada. Suara dada sebenarnya boleh
merosakkan suara penyanyi kanak-kanak kerana ia dihasilkan tanpa pernafasan
yang baik. Walaupun suara dada boleh dihasilkan secara sihat, namun ia tidak
digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan terdapat transisi vokal
yang kompleks di dalam nyanyian. Renj suara dada adalah kecil di dalam
penggunaannya. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada
berbanding penyanyi wanita. Untuk merasainya, letakkan tangan pada bahagian
dada semasa menyanyikan not, dengan sebutan “Haa”, “Laa” atau “Maa”
panjang. Anda akan merasai getaran pada tangan.
Klasifikasi Suara
Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, sama ada
dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang
boleh dinyanyikan. Penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi dikenali
sebagai penyanyi soprano. Suara lelaki yang dalam dan rendah dikenali sebagai
suara bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah: soprano atau treble, mezzo
soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes. Biasanya di
dalam kumpulan koir sekolah atau kumpulan kecil hanya empat jenis suara yang
biasa digunakan iaitu soprano, alto, tenor dan bes.
Pelontaran Suara
a ah ayam @ father
i ee Itik @ mee
u oo ular @ too
Sebelum menjalankan latihan suara, semua penyanyi hendaklah dilatih dan ditunjuk
cara-cara membentuk dan membunyikan vowel iaitu a,e,i,o,u. Ini adalah penting supaya
mereka boleh membentuk suara dengan baik.
1. EE (perkataan itik) vowel ini adalah yang paling cerah dan memerlukan sedikit
sahaja ruang dalam mulut.Untuk membentukkan dengan betul, rahang bawah
relaks dengan bibir dan gigi sedikit terpisah, hujung lidah berada di belakang gigi
bawah.
2. EH (perkataan ekor) Agak sama seperti EE, bibir dan gigi terpisah. Rahang
bawah dan lidah tengah harus diturunkan sedikit berbanding dengan EE. Adalah
baik jika melatih EE dan EH dan bandingkan sebelum pergi ke vowel lain.
4. OH (perkataan kopi) Mulut dibujurkan, hujung lidah dan belakang gigi bawah.
Penghasilan Ton
Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas, bergema sepanjang
renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian
meliputi tenaga, intensiti, kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Ton
nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal
intensitinya. Apabila vokal seperti ‘ah’ disokong dengan pernafasan dan dibentuk
dengan mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ini member ton yang bergema
dan intonasi yang baik.
Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Beliau
berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.
Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Udara
melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan
melalui bunyi vokal (a,e,i,o,u). Apabila vokal terang, ton mungkin kedengaran sumbang
atau syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Pertukaran kualiti
vokal menentukan pic dan intonasi.
Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal. Bentuk vokal disokong oleh
pernafasan, menentukan posisi dan arah sesuatu ton. Mulakan dengan nyanyian vokal
asas. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur
memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan.
Setiap kali ia disebut dan dibunyikan, anda perlu memerhatikan pembentukan mulut
mengikut bunyi vowel. Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang
sederhana. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal
terbuka seperti “ah” dan “oo”.
Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka.
Teknik “Warm-Ups”
Ramai guru yang mengajar nyanyian tanpa “warm-up”. Ada yang melaksanakan “warm-
up” tanpa mengaitkan dengan latihan yang sebenarnya. Setiap “warm-up” yang
dijalankan perlu mempunyai tujuan dan perkaitan dengan latihan yang sebenarnya.
Tujuannya adalah untuk;
1. Member fokus.
2. Member peluang menyediakan suara untuk nyanyian.
3. Member peluang ahli kumpulan (ensemble) mendengar suara mereka sendiri di
samping suara ahli-ahli lain .
4. Mewujudkan kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian.
5. Mewujudkan tabii bernafas dengan betul.
6. Mencapai penyatuan vokal.
7. Mewujudkan intonasi secara melodi dan harmoni.
8. Menghubungkait dengan lagu atau muzik yang hendak dipersembahkan.
“Warm-ups” Fizikal
Vokal seperti oo,ah,ee,eh dan oh adalah lima vokal yang digunakan di dalam latihan
vokal. Latihan nyanyian skel, arpegio, dan jeda mengikut nama solfa dengan tujuan
untuk mendapatkan pic yang tepat. Contoh “warm-up” vokal yang boleh dijalankan:
RUMUSAN
1. Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada
kerongkong manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar
dari paru-paru.
2. Keindahan, kemerduan dan kemurnian suara adalah bergantung kepada
pembentukan mulut dan sebutan yang jelas dan bersepadu.
3. Mulut mesti dibuka seluas-luasnya mengikut sebutan vokal untuk menghasilkan
ton suara yang berkualiti dan sedap didengar.
4. Semasa nyanyian sebutan bunyi vowel dan konsonan haruslah jelas.
5. Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal.
6. Penghasilan ton dipengaruhi kemahiran penggunaan dan mengawal organ alat
vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.
7. “Warm-ups" atau latihan persediaan mesti dilakukan sebelum menyanyi.
GLOSARI