Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Identiti Rebab Di Dalam Melayu

Identiti Rebab Di Dalam Melayu

Ratings: (0)|Views: 603 |Likes:
Published by aalazhar

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasil daripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengan keperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yang digunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalam masyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dan digunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodi permainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri. Pengiktirafan teater Makyung sebagai ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosio-budaya masyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan. Melalui pendekatan ini identiti rebab di alam Melayu diterokai dari aspek-aspek seperti persejarahan, perbandingan antara budaya (cross cultural), teknologi serta aplikasinya di dalam masyarakat. Usaha ini diharap dapat membantu pelbagai pihak berkaitan khususnya di Malaysia memelihara dan memulihara alat muzik rebab dan muziknya supaya warisan ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasil daripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengan keperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yang digunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalam masyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dan digunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodi permainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri. Pengiktirafan teater Makyung sebagai ‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosio-budaya masyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan. Melalui pendekatan ini identiti rebab di alam Melayu diterokai dari aspek-aspek seperti persejarahan, perbandingan antara budaya (cross cultural), teknologi serta aplikasinya di dalam masyarakat. Usaha ini diharap dapat membantu pelbagai pihak berkaitan khususnya di Malaysia memelihara dan memulihara alat muzik rebab dan muziknya supaya warisan ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

More info:

Published by: aalazhar on Oct 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/12/2013

pdf

text

original

 
IDENTITI REBAB DI ALAM MELAYU
Oleh:Azhar Bin Abdul Latiff, Ab. Samad Kechot & Shamsul Amri BaharuddinUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak:
Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasildaripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengankeperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yangdigunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalammasyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dandigunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodipermainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri. Pengiktirafan teater Makyung sebagai
‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ 
oleh UNESCO pada tahun2005 dan pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membukamata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisantidak ketara negara. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha iniadalah dengan mengenal pasti identiti warisan berkenaan dalam konteks sosio-budayamasyarakat dan penulisan ini berfokus kepada aspek berkenaan. Melalui pendekatan iniidentiti rebab di alam Melayu diterokai dari aspek-aspek seperti persejarahan, perbandinganantara budaya (
cross cultural)
, teknologi serta aplikasinya di dalam masyarakat. Usaha inidiharap dapat membantu pelbagai pihak berkaitan khususnya di Malaysia memelihara danmemulihara alat muzik rebab dan muziknya supaya warisan ini dapat terus dinikmati olehgenerasi akan datang.
Kata Kunci:
rebab, makyung , muzik melayu, teknologi melayu, teknologi seni.
Abtract:
Malay musical instrument, tools of technology and culture and exist from the intelligence of Malay society in adapting Mother Nature around them with their needs of life. This culturearts tools was used to generate combinations of sounds that were use to accompanyperforming arts that was and functional in the society. Rebab, a technological tool of Malaytraditional performing arts was used to provide melody for performing arts play such asMakyung, Tarik Selampit and Main Teri
. UNESCO acknowledgement on Makyung as ‘aMasterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ and implementation of 
 
National Heritage Act 2005 (act 645) in Malaysia was showing many parties about theimportant of afford to preserve rebab as national intangible heritage. Apart of the steps is toidentify the identity of the heritage in the context of socio-culture and this paper is focusingon the matters. From this approach, rebab identity in Malay world was discovered frommany aspects including history, cross cultural comparison, technology and its applications inthe society. This effort hopefully could guide many parties especially in Malaysia to preserverebab and its music for future generation.
Keywords:
rebab, makyung , Malay music, Malay technology, arts technology.
1.0
 
Pengenalan
Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat teknologi dan kebudayaan yang wujud hasildaripada kebijaksanaan masyarakat Melayu mengadaptasi alam sekitar mereka dengankeperluan hidup. Alat seni budaya ini berperanan menghasilkan alunan bunyi yangdigunakan untuk mengiringi seni persembahan yang memiliki pelbagai fungsi dalammasyarakat. Antara alat teknologi seni persembahan Melayu yang masih wujud dandigunakan sehingga kini ialah rebab (rebab tali tiga) iaitu alat muzik pembawa melodipermainan Makyung, Tarik Selampit, dan Main Puteri.Pengiktirafan teater Makyung sebagai
‘a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ 
oleh UNESCO pada tahun 2005 dan pewartaan Akta WarisanKebangsaan 2005 (Akta 645) di Malaysia telah membuka mata pelbagai pihak tentangpentingnya usaha memelihara rebab sebagai artifak warisan tidak ketara negara. Antaralangkah yang boleh dilaksanakan bagi memurnikan usaha ini adalah dengan mengenal pastiidentiti warisan berkenaan dalam konteks sosiobudaya masyarakat dan penulisan ini berfokuskepada aspek berkenaan.
2.0 Seni Muzik Tradisional di Alam Melayu dan Peralatannya
Seni muzik tradisional Melayu dan peralatannya merupakan sebahagian daripada unsurbudaya yang wujud di dalam kebudayaan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat
 
Melayu. Unsur kebudayaan ini memiliki identiti dan nilai estetikanya yang tersendiri yangdibentuk melalui satu sejarah yang panjang seiring dengan perkembangan masyarakatMelayu itu sendiri di alam Melayu. Seni muzik di Asia Tenggara khususnya di alam Melayupada hari ini menggambarkan campuran tradisi tempatan dengan kebudayaan luar yangberasal dari China, India, Timur Tengah dan Barat. Percampuran budaya ini menghasilkanbentuk muzik yang hibrid dan memiliki identiti yang tersendiri (Wiliam P. Malm, 1967:1).Alam Melayu
1
yang asasnya digambarkan melalui dunia Melayu Lama merangkumikerajaan Hindu Funan, kerajaan Sriwijaya, kerajaan Majapahit, dan kerajaan Melaka.Pembentukan unsur-usur kebudayaan di kawasan ini menyumbang ke arah pembentukan senimuzik tempatan hasil adaptasi dan percampuran nilai-nilai tempatan dengan kebudayaan luarmelalui proses difusi budaya. Pertalian entiti ini jelas kelihatan di sempadan negara yangbersempadan pada hari ini seperti di antara Semenanjung Malaysia dengan negara Thai,Sabah dengan Filipina dan Sarawak dengan Kalimantan (Indonesia) (Mohamed GhouseNasuruddin, 2003:4). Negeri-negeri alam Melayu yang terletak di pertengahan kawasan ini,menggambarkan secara
microscosm
genre muzik rantau ini.Penyebaran dan difusi elemen budaya seperti muzik dan peralatannya di alam Melayudilakukan sendiri oleh masyarakatnya. Penyebaran dan integrasi di antara satu budaya denganbudaya yang lain berlaku melalui 1) penaklukan, 2) perubahan kuasa, 3) hubunganperdagangan dan 3) perkahwinan keluarga diraja (Eric Taylor, 1989: 5). Perkembangan senimuzik di alam Melayu turut membawa kepada penghasilan pelbagai artifak teknologi sepertialat muzik tradisional yang bukan sahaja berfungsi menghasilkan seni bunyi alam Melayu,malah memiliki nilai ekspresif dan simbolik serta ritual yang memiliki falsafah yang
1
Keturunan awal masyarakat Proto Melayu dan Deutero Melayu merupakan penganut kepercayaan animismedan mereka telah mencipta pelbagai permainan dan ritual yang menghubungkan kehidupan mereka denganalam ghaib. Amalan ritual ini diteruskan sehingga beradaptasi dengan pengaruh kebudayaan India danditeruskannya sehingga tersebarnya agama Hindu zaman di kegemilangan kerajaan Melayu lama iaitu kerajaanHindu Funan yang wujud sekitar abad pertama. S.M. Kerajaan Hindu Funan ini kemudian digantikan puladengan kerajaan Sriwijaya yang wujud pada sekitar abad ke 7 S.M. dan kerajaan ini menjadikan agama Buddhayang juga berasal daripada India sebagai agama rasmi mereka. Pada abad ke 11 S.M, wujud pula KerajaanHindu Majapahit yang pusat di Jawa Indonesia dan diikuti pula dengan penubuhan kerajaan Melaka padaabad ke 13 S.M. yang menjadi pusat penyebaran agama Islam serantau. Daripada dunia Melayu Lama inilahirlah kesultanan Melayu yang ada pada hari ini. Rantau ini kemudiannya melalui zaman penjajahan bangsaEropah daripada Barat sebelum lahirnya negara-negara persempadanan yang ada di seperti Malaysia,Indonesia, Thailand, dan Filipina melalui proses kemerdekaan.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Igie Hendro liked this
Fiqry Zolkofili liked this
Shieyma Glemora liked this
Roslina Rosee liked this
Roslina Rosee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->