You are on page 1of 22

Falsafah

Kesenian dan
Konsep estetika
Pengenalan

 Kesenian berkaitan dengan perihal


seni, yang berkaitan dengan seni,
keindahan serta kehalusan.
 Baik,
 Indah,
 menarik
Pengenalan
 Perkataan ‘art’ atau seni ini juga
asalnya bermaksud kemahiran,
kebolehan atau ketukangan.
 Justeru itu falsafah kesenian dapat
kita definisikan sebagai pengetahuan
atau ilmu tertinggi yang dimiliki oleh
seseorang individu yang berkaitan
dengan bidang kesenian yang meliputi
pelbagai cabang dan aspek ini.
Falsafah Kesenian
 Pengertian kesenian secara umum adalah
sesuatu yang mempunyai nilai kebaikan
dan mempunyai fungsi dan kepentingan
bagi masyarakat dan boleh dijadikan
kebanggaan dari segi nilai budaya
 Kesenian juga tidak hanya menjurus pada
bentuk hiburan semata-mata dan ianya
bukan sesuatu yang boleh dijual beli dan
ditukarkan dengan material.
Falsafah Kesenian
 Terdapat dua faktor yang bersifat
sejagat yang harus dimiliki oleh semua
objek kesenian.
 Pertama,objek kesenian yang terbentuk
akibat keupayaan manusia menganjal dan
memanipulasikan bahan dan idea.
 Objek-objek yang terbentuk hasil
daripada manipulasi bahan ini mencakupi
catan dan lukisan,seni arca dan
ketukangan,seni bina dan reka bentuk.
Sambungan..
 Kedua,terdapat objek seni yang
bergantung kepada bentuk bukan
meterial
 Contohnya adalah seperti sastera,
drama, muzik dan tarian.
Pandangan tokoh tentang falsafah
kesenian
 PLATO
- seni merupakan satu kegiatan peniruan
-pelukis dan penyair menghasilkan karyanya
dengan meniru bentuk objek-objek
tertentu yang mana merupakan hasil
daripada peniruan bentuk tipa yang abadi.
-contohnya lukisan kerusi hanyalah
gambaran yang menyerupai objek kerusi
yang dibuat oleh tukang kayu tersebut
bukanlah objek kerusi itu sebenarnya.
Plato
-manakala objek kerusi yang dihasilkan oleh
tukang kayu pula adalah daripada bentuk
tipa induk kerusi yang dihasilkan oleh
tuhan
-Plato beranggapan bahawa seni bukanlah
sumber pengetahuan
-bagi plato hanya ahli falsafah yang boleh
menjadi sumber pengetahuan moral dan
hanya mereka yang mahir dalam sesuatu
bidang boleh jadi sumber pengetahuan
tentang kemahiran bidang tersebut.
Aristotle
 Merupakan ahli falsafah Yunani
(384-322 SM)
 Awalnya sokong pendapat Plato
bahawa seni itu satu peniruan
 Walaubagaimanapun, beliau
berpegang teguh bahawa dunia
bentuk dan dunia pancaindera tidak
dapat dipisahkan.
Aristotle
 Tidak seperti Plato,beliau tidak pandang
rendah kepada seni yang tiru dunia
pancaindera.
 Manusia merupakan makhluk yang paling
kreatif dengan mulakan proses
pembelajaran melalui aktiviti peniruan
 Seni peniruan digolongkan kepada dua
-seni meniru objek yang dilihat dengan
menggunakan warna dan lukisan
-seni meniru aksi manusia.
Sambungan…
 Menurut Aristotle, sememangnya
penyair yang menulis tentang strategi
ketenteraan bukanlah orang yang pakar
dalam kemahiran tersebut tetapi penyair
tersebut memahami resmi manusia untuk
menulis puisi tentang perkara tersebut.
Tanpa pengetahuan sebenar tentang
prosedur psikologi, penyair akan gagal
menghasilkan sebuah karya yang baik.
 Oleh sebab itu beliau mengatakan
kandungan puisi bukanlah khayalan
semata-mata seperti pendapat Plato
Clive Bell
 Ahli falsafah seni ‘klasik moden’.Bukunya yang
terkenal ialah art(1913) yang memperkenalkan
ungkapan segnifikan form.(bentuk bewarna)
 Bell berpendapat semua sistem estetik wujud
daripada pengalaman peribadi
 Apabila menatap sebuah lukisan akan timbul
perasaan atau emosi yang khas
 Emosi khas ini disebut emosi estetik iaitu satu
emosi khusus yang hanya dialami oleh mereka
yang peka kepada sifat tertentu yang wujud
pada karya seni
Clive Bell
 Pengalaman emosi yang wujud daripada
karya seni adalah dalam bentuk yang
bermakna dan bersifat subjektif.
 Ia bergantung kepada perasaan masing-
masing.
 Ahli-ahli dalam bidang seni mengatakan
bahawa mereka mengalami emosi estetik
semasa berhadapan dengan karya seni.
 Karya yang dapat lahirkan emosi estetik
menjadi berharga dan bernilai tinggi.
Leo Tolstoi
 tidak setuju dengan pendapat seni
merupakan aktiviti manusia yang
hasilkan sesuatu yang indah
 Setiap orang mempunyai pandangan
sendiri terhadap sesuatu yang indah
 Seni dapat menyatukan perasaan antara
manusia dengan manusia lain.
 Seni adalah ungkapan perasaan seniman
yang disampaikan kepada orang lain agar
mereka merasai apa yang dirasakannya.
 Sekiranya karya seni seseorang seniman
hanya diterima oleh orang tertentu
sahaja maka karya itu bukan karya seni.
 Nilai seni bergantung kepda besar atau
kecil kejujuran seseorang seniman.Nilai
kejujuran perasaan ini dapat dikongsi
dengan khalayak.
 Tujuan seni adalah untuk jadikan hidup
seseorang itu sempurna.
 Seni dapat bentuk manusia menjadi
sempurna baik secara jasmani,
spiritual,psikologi dan sosial.
 Seni terlalu universal kerana mampu
menyatakan perasaan manusia dan
mendekatkan manusia kepada tuhan.
 Oleh itu, seni bukan beri keindahan
sempurna, menyenangkan dan memuaskan
manusia tetapi menjadikan manusia
sempurna sebagai manusia.
Konsep estetika
 Estetika berasal daripada perkataan
Greek iaitu aisthetikos yang bermaksud
sesuatu yang berkaitan dengan deria
pengamatan.
 Estetika didefinisikan sebagai ilmu
tentang kehidupan dalam seni dan alam
semester, berhubung dengan watak,
keadaan dan persesuaian dengan hukum.
 Estetika juga boleh didefinisikan sebagai
estetik yang berkaitan dengan keindahan
atau penghargaan terhadap keindahan
terutamanya dalam bidang seni.
Alexander Baumgarten
 Perkataan estetika mula diperkenalkan
oleh Alexander Baumgarten (1714 – 1762)
yang merupakan ahli falsafah Jerman pada
tahun 1735.
 Beliau mengatakan bahawa keindahan
mestilah diasingkan daripada estetika
kerana barang yang buruk boleh diterima
dengan cara yang indah atau sebaliknya.
 Beliau juga menggunakan perkataan
estetika ini untuk merujuk kepada kritikan
citarasa yang dipertimbangkan sebagai
suatu bidang sains atau falsafah.
George Wilhelm Friedrich Hegel
 George Wilhelm Friedrich Hegel
(1770 – 1831) merupakan ahli
falsafah Jerman banyak membentuk
dan memperkemaskan pengertian
estetika.
 Hegel sering menggunakan perkataan
estetika semasa beliau merujuk
kepada tulisan-tulisannya tentang
seni.
Giambatista Vico
 Giambatista Vico merupakan seorang
ahli estetika Itali pada abad ke-18,
menyatakan bahawa mata dan telinga
merupakan dua deria penilai estetika.
 Kedua-duanya mestilah menglibatkan
proses imaginasi seseorang.
 Proses imaginasi ini wujud sebagai
reaksi seseorang apabila menikmati
sesuatu karya seni.
Kesimpulan
 Kesenian merupakan satu istilah yang luas
untuk dibincang dan dikaji.
 Perbincangan dan kajian yang dibuat tidak
semestinya memberi jawapan tepat
mengenai kesenian yang bersifat global.
 Estetika pula merupakan satu konsep yang
agak lewat kelahirannya dalam falsafah
 Ia wujud akibat daripada kerancakan
perbincangan tentang teori keindahan dan
juga teori seni

You might also like