You are on page 1of 1

apakah Gangguan Seksual?

Gangguan Seksual di tempat kerja merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.
bentuk-Bentuk Gangguan Seksual
Gangguan lisan
Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.
Gangguan dari segi isyarat
Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan
secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.
Gangguan visual
Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang
berbentuk seksual.
Ganguan psikologikal
Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.
Gangguan fizikal
Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan
seksual

jika Anda Adalah Mangsa


Beritahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi dan anda ingin supaya beliau berhenti berbuat demikian. Beritahunya
dengan tegas agar dia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah dikatakan padanya.
Jika orang yang mengganggu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang di dalam organisasi anda yang dapat membantu
menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bincangkan dengan pegawai personel atau kaunselor bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/
wakil kesatuan pekerja.
Anda juga boleh menulis kepada penggangu tersebut termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak disenangi itu, kenyataan
yang jelas bahawa anda mahukan beliau untuk menghentikan kelakuannya dan amaran bahawa tindakan seterusnya akan diambil jika
beliau terus mengganggu anda.. Jangan lupa menandatangani surat tersebut dan tarikh anda menulis surat tersebut.
Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya.
Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti: tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, apa yang dikatakan pada anda, bagaimana perasaan
anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya.
Jika Pengurus atau Pengawas (Supervisor) anda yang mengganggu: bincangkan dengan orang yang lebih tinggi jawatannya, kepada
pegawai personel anda,wakil kesatuan pekerja di tempat anda atau dapatkan bantuan dari Kementerian Buruh yang boleh memberi
kaunseling dan bantuan.

You might also like