You are on page 1of 10

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu#Sintaksis
Tatabahasa
bahasa Melayu Tatabahasa bahasa Melayu
Morfologi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jenis ayat
Lompat ke: pandu arah, gelintar
1. Ayat penyata

o Ayat transitif
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua
o Ayat intransitif bidang:

o Ayat aktif  Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan


kata, kelas kata dan imbuhan.
o Ayat pasif  Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
o Ayat nafi

o Ayat songsang
Isi kandungan
o Ayat inti
[sorok]
 1 Morfologi
o Ayat gabungan
o 1.1 Morfem
2. Ayat perintah
 1.1.1 Morfem terikat/imbuhan
3. Ayat tanya
o 1.2 Proses Pembentukan Kata
4. Ayat seru
o 1.3 Golongan Kata
Sintaksis
 2 Sintaksis
Golongan kata
 o Kata
2.1 nama
Ayat

o Kata ganti nama


2.2o Frasa
 Kata kerja
 3 Lihat juga
 Kata sifat
[sunting] Morfologi
 Kata tugas
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan
o Kata hubung
kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang
o Kata keterangan mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar
juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini
kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
o Kata sendi
Pembentukan kata
[su nting] Morfem
 Imbuhan kata nama
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.
 Imbuhan kata kerja Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna
atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada
 Istilah pinjaman satu unit atau satu morfem.
Lain-lain
 Kata bilangan Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan
memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.
 Kata istilah

 Penjodoh bilangan

 Bentuk jamak

 Hukum D-M
Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum".
Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan


Dapat berdiri sendiri, misalnya: Bentuk imbuhan, misalnya:
  minum, cuti, sekolah, periksa   mem, per, kan, ber
Tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi tatabahasa
Mempunyai maksud sendiri. atau nahu. Boleh mengubah
makna sesuatu kata dan
seterusnya makna ayat.

[sunting] Morfem terikat/imbuhan

Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:

 Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
 Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.

 Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)

 Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an
dalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem

MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT

[sunting] Proses Pembentukan Kata

Untuk rencana lanjutan, lihat Proses Pembentukan Kata

[sunting] Golongan Kata

Untuk rencana lanjutan, lihat Golongan Kata

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua kata kumpulan, iaitu kata isian dan kata tugas. Kata isian ialah
kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata tugas pula ialah kumpulan kata tertutup
contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya.

[sunting] Sintaksis

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

[sunting] Ayat
Untuk rencana lanjutan, lihat Jenis Jenis Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja
rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat
bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

[sunting] Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika
terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa
tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya,
frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik
ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa
dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke
tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh
itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
http://www.scribd.com/doc/17037393/bm-morfologi
___________________________________________________________________________________________________________
Bahagian A
Soalan 1
Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam
bahasa Melayu.
PENGENALAN MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata

dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan)

yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal

atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil

dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang

terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat

bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnyasekolah dan

laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem
lain. Contohnya imbuhanb er- perlu wujud bersama-sama dalambersekolah dan–an
dalamlautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem

menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan

melibatkan pengimbuhan.

____________________________________________________________________________________________________________
HBML2103
PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH)
___________________________________________________________________________________________________________
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur kerana sejarah kuno

Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar

latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu.
Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan

terdapat dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini

berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto.

Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro yang menduduki daerah pantai dan

tanah lembah di Asia Tenggara.

Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan

Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing- masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-

bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaannya.

Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai

bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan

dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti

bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain.

Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah meningkatkan status

penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus

berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang

diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan

____________________________________________________________________________________________________________
HBML2103
PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH)
___________________________________________________________________________________________________________

menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia
pada tahun-tahun akan datang.

JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu

atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan

perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan
perkataan, baik dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat

dijeniskan seperti berikut:

i)
Kata tunggal
ii)
Kata terbitan
iii)
Kata majmuk
iv)
Kata ganda
i)
Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Ia tidak menerima

apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis.

Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai
satu ayat. Contohnya;

- makan

- saya

- sihat

- sungguh

- bahaya

____________________________________________________________________________________________________________
HBML2103
PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH)
___________________________________________________________________________________________________________
Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan
sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk

melaksanakan tugas nahunya. Contohnya:

- di mana?

- untuk siapa?

- ke Johor?

Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungi satu suku kata atau

lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal

disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di
belakangnya secara serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau

lebih dan akronim.

Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman bunyi-bunyi pertama

dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu

perkataan baharu. Contohnya:

- cerpen
bermaksud
cerita pendek
- jentolak
bermaksud
jentera tolak
- tadika
bermaksud
taman didikan kanak-kanak
- Petronas
bermaksud
Petroleum Nasional
- Proton
bermaksud
Perusahaan Otomobil Nasional
ii)
Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima

imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya

melahirkan kata terbitan.. Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan.

____________________________________________________________________________________________________________

http://www.scribd.com/doc/14066905/MORFOLOGI

1.1 Morfologi
Dua bidang penting dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitumorfo logi dan
sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan

golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang
diberikan tumpuan ialah:

i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:


- kata asli bahasa Melayu
- kata pinjaman bahasa Melayu
ii. Bentuk kata terdiri daripada:
- kata tunggal - kata ganda
- kata terbitan - kata majmuk

Manakala proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:


- pengimbuhan
- penggandaan
- pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan
hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru
dalam proses pengimbuhan.

iii. Golongan kata terdiri daripada:

- kata nama
- kata ker ja
- kata adjektif
- kata tugas

Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah
morfem. Morfem dan kata berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata- kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contoh :

‘berpeluh’ 2 morfem : ber+peluh


‘berkakikan” 3 morfem : ber+kaki+kan
‘saya’ 1 morfem : saya
Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada
midan num
Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitudi dan
minum.Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya
wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :
- Morfem bebas – ‘saya’
- Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi
membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau
gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri,
contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang
bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-
perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini

bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis

yang diberikan tumpuan ialah:

i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya,

serta pembahagian subjek dan predikat


ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
v. Binaan ayat:
- ayat dasar
- ayat tunggal
- ayat terbitan atau majmuk

i. Proses penerbitan ayat:


- konsep ayat terbitan
- proses pengguguran
- proses penyusunan semula

- proses peluasan
vii. Aspek tanda baca
2.0 Aspek Morfologi
2.1 Jenis-jenis kata
Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata
terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.
2.1.1 Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-
apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluaskan dengan bentuk terbitan.

http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/pengenalan-morfologi.html

Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama.

Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan
Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

            Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 ,
morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-
unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem
dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43
berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan
struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang
bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu
( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik 
yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna
kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau
semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana
morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan
dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun  2000 :121 dalam
buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada
kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan
oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah
konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi
konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. Rencana Linguistik (1978). Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (tiada ISBN)

You might also like