You are on page 1of 1

APA ITU KISMIS?

Kismis atau dipanggil zabib dalam bahasa Arab, Raullullah s.a.w


bersabda: Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat
menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan
badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih.
Kismis adalah satu gula-gula asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah
sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia dan
berasal daripada buah anggur yang menjalani proses
penyahhidratan sama ada mengguna matahari atau ketuhar.
Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu
hanya separuh duit syiling lima sen. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah
kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang
penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Zat besi
adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak ke seluruh
badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida (anti-
penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa (suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang
dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi
mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

FUNGSI KISMIS

 Menyihatkan badan.
 Mencantikkan rupa.
 Menguatkan saraf.
 Menghilangkan letih.
 Dapat menguatkan jantung.
 Menghilangkan penyakit.
 Menghilangkan panas.
 Memulihkan kesihatan jiwa.
 Melindungi tubuh daripada jangkitan kuman.
 Untuk anak-anak menguatkan daya ingatan, malas belajar, degil dan meningkatkan
kecerdasan.
 Sangat baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil

You might also like