/  170
 
Jilid 7 Disember 2005
Jurnal
 
PENYELIDIKANPENDIDIKAN
Diterbitkan oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia
 
 2
 
 
113-131
 
 3
 
PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRANKOMUNIKASI MENERUSI KOKURIKULUM DI POLITEKNIK.
AHMAD BIN ESAPROF. MADYA DR. JAILANI BIN MOHD. YUNUSPROF. MADYA DR. NORAINI BINTI KAPRAWIFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKALKOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
Abstrak:
Tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penerapankemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampelyang melibatkan 291 orang pensyarah kokurikulum politeknik dengan menggunakaninstrumen soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan para respondenmemberi maklum balas positif terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusikokurikulum di politeknik-politeknik. Didapati juga, secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan responden berlainan jantina dan jenis kokurikulum terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan di kalanganresponden berlainan jenis kokurikulum terhadap penerapan beberapa kemahirankomunikasi menerusi kokurikulum. Kemahiran tersebut ialah menyampaikan maklumatdengan tepat, mentafsir lambang dan simbol dengan betul. Kajian ini menunjukkan bahawa kokurikulum dapat membantu membina kemahiran komunikasi di kalangan pelajar politeknik-politeknik di Malaysia.
1.0
 
Pendahuluan
Menurut Briggs dan Hodgson (2000) , antara kelemahan graduan kejuruteraanialah dalam kemahiran komunikasi. Media massa tempatan turut melaporkan bahawagraduan sekarang kurang menguasai kemahiran komunikasi (Berita Harian, 17 September 2004; Berita Harian, 29 April 2004; News Straits Times, 20 Ogos 2003; The Star, 30 Jun2003; The Star 8 Julai 2003 dan The Star 6 ogos 2003).Situasi tersebut merupakan fenomena yang tidak sepatutnya terjadi kerana bertentangan dengan kehendak pasaran kerja. Antara kemahiran yang diperlukan oleh para majikan ialah kemahiran komunikasi seperti yang ditegaskan oleh HishamuddinMohd (2003), Zaiton Mohd. Hassan (2003), Ungku Harun Al’Rasyid Ahmad (2003) danHawke (2003).Masalah tersebut dapat di atasi menerusi penglibatan pelajar menerusikokurikulum. Shamsaadal Sholeh Saad (2004), Mohamad Ismail Mohamad Yunus (2004)dan Hishamuddin Mohd (2003) menyatakan, pelajar pusat pengajian tinggi perlu terlibatdalam aktiviti kokurikulum untuk membina kemahiran komunikasi. Tambahan pula

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

ainapainah7468left a comment

stress pelajar