Bapa PerpaduanTun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara daritahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 danmerupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru. Selepastamat sekolah, beliau menyertai Pasukan Pertahanan Johor sebagai kadet pada tahun 1940dan setahun kemudian dihantar ke Indian Militatary Academy di Dehra Dun, India. Selepastamat latihannya, beliau diserap ke pasukan Indian Army dan berkhidmat di Timur Tengahsemasa meletusnya Perang Dunia ke Dua. Selepas peperangan, pihak British telah mengambilbeliau beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi.Tun Hussein kembali ke Malaysia pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan Polis DepotJohor Bahru. Pada tahun berikutnya beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagaiPenolong Pentadbir di Segamat, Johor. Kemudiannya, beliau dipindahkan ke Selangor sebagaiPegawai Daerah Kelang dan Kuala Selangor.Tun Hussein, yang berasal dari keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya dandengan darah politik yang mengalir ditubuhnya, beliau berhenti dari perkhidmatan awamuntuk menyertai politik. Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama, iaituparti yang ditubuhkan dengan bantuan bapanya. Pada 1950, beliau dipilih sebagai SetiausahaAgong UMNO. Bagaimanapun, Tun Hussein meninggalkan UMNO pada 1951 untuk menyertaibapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).Malangnya IMP tidak mendapat sambutan dan Tun Hussein ke London untuk melanjutkanpelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, melayakkan diri sebagaiBarrister-at-Law. Beliau kembali sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di KualaLumpur.Tun Hussein kembali ke arena politik pada tahun 1968 apabila dipujuk oleh Perdana MenteriTun Abdul Razak untuk menyertai semula UMNO. Beliau bertanding dan menang dalamPilihanraya Umum 1969 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Pada 13 Ogos1973 Tun Hussein telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempatAllahyarham Tun Dr Ismail. Pada15 Januari 1976 beliau dilantik pula sebagai PerdanaMenteri Malaysia selepasnya kematian Tun Abdul Razak.Tun Hussein amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisi-polisi yang menjurus ke arahmatlamat perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Sebagaicontoh, pada 20 April 1981 menyaksikan lahirnya Skim Amanah Saham Nasional. Beliau jugamemberi perhatian yang serius terhadap konsep Rukun Tetangga dan usaha-usaha memerangidadah.Tun Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah menjalanirawatan jantung pada awal 1981. Beliau memutuskan untuk bersara dari politik pada 17 Julai1981 dan sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau