You are on page 1of 43

APAM BALIK

Hari ni husband Jeni gi outstation 3 hari. Ku bekalkan favourite kuihnya si Apam Balik.
Memang sedap Apam Balik Kak Noormasri ni. Sebijik rasanya macam apam balik pasar
malam. Nak buat pun senang. Macam tak percaya je dah buat Apam Balik sendiri. Hehe.

Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri } diayak


1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuatnya
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar,
baking powder dan pewarna kuning.
2. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak
bergentel.
3. Panaskan pan ‘non stik’ tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk
atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan
kemudian nipiskan.
4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada
penutup).
5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

ROTI JALA

Ini pulak yang dibuat semalam. Beli kuali leper baru naik syok pulak menjala. Dulu guna
frying pan aje. Terbatas tebaran jala ku.

Satu adunan dapat 30 keping roti jala. Saya buat 3 adunan smlm. Sukatan resipi ini sesuai
untuk acuan roti jala yang tembaga. Acuan ni mama yang belikan kat penang dulu. TQ
mama. Sungguh berjasa acuan ini hehehe.
Roti Jala ni macam cair tapi dengan kepekatan ni la bancuhan dia turun tak putus-putus
masa tengah menjala. Kalau bancuhan tu turun berdot-dot ertinya bancuhan tu pekat.
Kuantiti air tu actually bergantung pada lubang acu tu. So kalau tercair atau terpekat
adjust tepung dengan air ye. Dan kalau saya buat cawan acu tu memang sentiasa penuh
semasa nak menjala, sebab bila penuh dia berat sikit, jadi bancuhan dia pun turun elok.

Bahan-bahan
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu segar/santan
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb minyak
1 1/2 sdt garam

Cara

1.      Blend kesemuanya

TOM YAM PUTIH


Demam-demam macam ni, Tom Yam Putih tops my carta makan sedap minggu ini.
Simple yet satisfying hingga ke anak tekak. Inspired by Rumey’s Tom Yam masa makan-
makan @ Sri Wangi semalam.

Tomyam Putih

Source : Kawan-kawan Resipi.net

Bahan-bahan

2 biji bawang besar dibelah 8


3 ulas bawang putih dititik
3 batang serai dititik
2 inci lengkuas dihiris dan dititik
1 kg ayam potong kecil
1 biji tomato potong  8
1 batang celery
Cili padi ditumbuk/Cili hijau belah 4
Sebatang carrot potong panjang seinci
Jus limau nipis / jus lemon
Daun limau purut

Cara Membuatnya

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang
putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing.
2. Masukkan ayam dan tumis sekejap. Tips dari mastura untuk menghilangkan bau
hanyir.
3. Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun purut.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Setelah masak semua sayuran tadi (jangan sampai lembik) tutup api dan
masukkan daun limau purut dan jus lemon secukup rasa.

Nota : Tambah la apa-apa lagi yang disukai, udang, sotong, cendawan, kobis bunga dan
segala macam.

August 20th, 2008 | by Jeni |


ini pula yang baru dimasak tadi. Resipi meatball julia ni memang menjadi pilihan bila
buat spaghetti meatball. Ianya ringkas dan sedap. Sos spaghettinya saya guna prego aje.

Enjoy.

Meatball
Sumber : Julia Moscow

Bahan-bahan

250 g daging cincang fresh(kat sini daging cincang tiada bahan pengawet, so rasa fresh
sebab baru keluar dari mesin minced meat. Kalau ada mesin boleh buat sendiri lagi sedap.
Yang dah frozen dalam pasaran kat malaysia ada bahan tambahan sikit)
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung

Cara Membuatnya

1. Campur semua bahan-bahan hingga sebati kecuali tepung jagung.


2. Akhir sekali baru campurkan tepung jagung.
3. Bulat-bulatkan daging kepada saiz bola ping pong.
4. Siap untuk direbus atau digoreng dengan dicelup telur. Boleh juga disimpan
frozen untuk kegunaan akan datang.

March 24th, 2007 | by Jeni |

Ekor lembu kat Riyadh ni murah betul. Sekilo SAR 10 sahaja. Kewl huh. Teringat the
first time I had Sup Ekor was when I went dating with Encik Suami. Selamba saja dia
makan. It looked so tempting ! I was so tempted ! Before that people told me orang dah
kahwin saja can eat Sup Ekor. And my male friends will gelak-gelak (this was during our
campus years, we were still green and innocent *eyes batting*). Well .. gone were the
innocent years. After the first sip, there’s no stopping me and my Sup Ekor. I still don’t
get it .. apa kena mengena Sup Ekor and orang dah kawin *garu kepala* Thee he he …

Bahan-bahan

1 kilo ekor lembu


2 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
2 inci lengkuas dihiris tebal
2 bunjut sup tulang
1 biji bawang besar dipotong 6
Buah Tomato dipotong 4
Batang Celery
Cili padi ditumbuk kasar
1 kiub daging
Perahan limau nipis/lemon secukup masam
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya

1. Rebus ekor sampai empuk. (I took 3-4 hours to rebus atas api sederhana).
2. Di dalam periuk lain, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan ekor lembu dengan air rebusannya sekali. Masukkan lengkuas dan sup
bunjut.
4. Apabila mendidih masukkan batang celery, bawang, buat tomato, cili padi dan
kiub daging.
5. Apabila batang celery dan tomato sudah empuk masukkan perahan limau nipis.
6. Perasakan secukup rasa.

March 4th, 2007 | by Jeni |

Setelah merayap-rayap mencari menu apa nak dimasak semalam, Jeni terjumpa satu
website masakan Indonesia di Herti’s Kitchen Gallery. Waduhh waduhh enak bangat ku
lihat gambarnya. Harus ku coba satu persatu. Dan Ayam Goreng Mentega ini resep
pertama yang ku cuba. Dia memang macam Ayam Masak Kicap tapi Jeni rasa rasa
menteganya menyebabkan dia ada rasa lain sikit. Memang sedap, bau dia sedap dan
makan pon confirm sedap. I recommend this recipe for all to try.

Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil
100g bawang bombay dihiris kasar
4 ulas bawang putih ditumbuk
2cm halia ditumbuk
1 batang daun bawang dipotong kasar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan mentega
Air limau nipis secukupnya
Lada sulah secukupnya

Cara Membuatnya

1. Perap ayam dengan air limau nipis, garam dan serbuk lada sulah. Biarkan sampai
meresap. Kemudian goreng hingga masak. Angkat.
2. Tumis bawang putih dengan halia dengan 2 sudu makan minyak dan mentega
tadi.
3. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis.
4. Masukkan bawang besar dan kacau hingga agak layu.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
6. Masukkan daun bawang dan gaul lagi.

March 2nd, 2007 | by Jeni |

Dulu kat pasar malam Jeni selalu suka beli Roti John Unan kat pasar malam Melawati.
Jadinya teringat pulak nak try buat untuk dibawa ke Kelas Hadis kat sini. Lagi pun rasa
macam malas nak masak sebenarnya : ) Jadi jeni pun jalan-jalan ke blog-blog masak kat
internet. Jumpa resipi Roti John ni dari blog mamafami yang sumber asalnya dari resipi
kak liza. So dapat basic bahannya Jeni pun cook up Roti John ni ikut apa yang ada kat
dapur ku.

Semalam kat kelas hadis, kaum-kaum ibu tak tau pun Jeni bawa apa sebab sebelum
sempat diorang tengok, Roti John ni dah lesap habis dimakan oleh budak-budak. Nasib
baik Zura, tuan rumah sempat jamah satu : )

Sumber : Mamafami & Kak Liza

Bahan-bahan
400g daging kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
5-6 biji telur
3 sudu besar rempah kurma
Daun bawang dihiris halus
Cili merah dicincang halus
1 biji kecil cili cameron hijau
Sos Cili
Mayonaise
Garam
Lada Sulah
Roti burger

Cara Membuatnya

1. Tumis bawang besar hingga wangi.


2. Masukkan daging kisar dan rempah kurma dan tumis hingga masak.
3. Perasakan dengan garam.
4. Angkat dan masukkan daging yang telah dimasak ke dalam mangkuk.
5. Masukkan telur dan pukul rata.
6. Perasakan sekali lagi dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
7. Panaskan frying pan.
8. Sudukan campuran daging + telur ke atas roti burger yang telah dibelah dua.
9. Telangkupkan ke atas frying pan.
10. Apabila telah masak, telangkupkan ke atas bahagian burger yang lagi satu.
Angkat.
11. Sapukan mayonaise dan sos yang disukai.
12. Boleh taburkan apa-apa sayuran yang disukai

Nasi Dagang dan Nasi Tapung


Nasi dagang merupakan kelebihan utama Negeri Kelantan. Nasi Dagang dihasilkan dari
beras pulut. Nasi dagang dihidangkan dengan gulai ikan tongkol ( ikan aya ) dan gulai
ayam.
 
 
 
Nasi Dagang
 
Bahan-bahannya:
 
2 kati beras kasar 
1/2 kati beras pulut 
1 1/2 biji kelapa 
2 cawan air 
1/2 cawan bawang merah 
2 biji bawah putih 
1/2 inci halia 
1 sudu kecil halba 
Sedikit gula 
Sedikit garam 
 
Cara membuatnya:
 
Kedua beras dan pulut dicampur rata. kemudian direndam selama 1 malam atau 8
jam.Bawang merah, bawang putih dan halia diracik dan dicampurkan dengan halba.
Kelapa ambil intipatinya sahaja kira-kira 2 atau 2 1/2 cawan. Masak santan dengan
gula dan garam sampai mendidih. 
Beras yang direndam ditoskan dan dikukus sampai masak. Diangkat dan dikacau
nasi tadi dengan santan yang dimasak dan juga bahan-bahan yang diracik tadi.
Dikukus sekali lagi sampai menjadi lembut dan berminyak.
  
Sumber maklumat : 
http://azri.free.fr/resepi/nasi_dagang.php
Nasi Tapung
Nasi tapung ini di bungkus dalam daun pisang. Nasi Tapung boleh dimakan bersama
kari  atau rendang daging.
Laksa                                 
Laksa adalah sejenis mee putih yang dihidangkan dengan kuah yang diperbuat daripada
ikan, santan, bawang, asam jawa dan cili. Laksa Kelantan adalah berbeza jika
dibandingkan dengan laksa Penang, laksa Johor dan lain-lain.
Bahan-Bahan:
 
Bahan-bahan utama :

Laksa Minyak ( Direbus seketika )


6 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
1 Bunga Kantan
Sedikit daun kesum
4 keping Asam Keping saiz sederhana

Bahan-bahan kuah (Dimesin atau digiling) :

Sedikir Cili kering


Sedikit Belacan
2 Ulas bawang besar
 
Cara Membuat Kuah :

Rebuskan ikan sehingga masak, kemudiaan setelah ikan tersebut sejuk asingkan isi dan
tulangnya. Mesin kesemua isi ikan, letakan sedikit air dan mesinkan.Masukan kesemua
bahan yang telah digilingkan bersama dengan isi ikan yang telah dimesinkan. Masukan
juga bahan-bahan lain seperti asam keping,bunga kantan dan daun kesum
 
 
Cadangan Hidangan:
 
Anda boleh menghidangkan laksa dengan sedikit hirisan timun, bawang, telur dan juga
sedikit cili api mengikut citarasa masing-masing.
 
LEMANG PERANTAU, BINGKA UBI KAYU, CUCUR UDANG, TALAM BERLAUK, TAPAI
PULUT, ONDE-ONDE, LOMPAT TIKAM, KUIH LAPIS PANDAN, DONUT, BINGKA UBI KAYU,
BUBUR SUM SUM, ASAM GUMPAL TRG, LEPAT LABU, BINGKA LOBAK MERAH, POPIA MINI,
SAMOSA AYAM/DAGING, KUIH BAKAR, KUIH TALAM HIJAU, MURTABAK PERANTAU,
KUIH CARA MANIS, KARIPAP DAGING, ROTI JALA, CEK MEK MOLEK, KUIH KASUI, PULUT
SERUNDING, APAM BALIK, KEROPOK LEKOR, POPIA GORENG SOS PLUM, KUIH KETAYAP,
CUCUR UDANG, KUIH KERIA, KUIH TALAM BERLAUK, PAU, KUIH LAPIS

LEMANG PERANTAU

Bahan-bahan:
← 1 kg beras pulut
← 2 1/2 cawan santan pekat
← 1 sudu besar garam (paras rata)
← 1 sudu besar gula (paras rata) - optional
← air secukup nya

Cara membuat:
← Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam
← Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap)
← Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
← Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan
secukup rata
← Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak.
← Kemudian ambil daun pisang, letakkan pulut atas nya dan gulung padat2 jd bentuk
silinder, hujungnya diikat kemas2
← Kemudian gulung dlm aluminium foil, masukkan dlm oven pd suhu 180'C-200'C
selama 45 min - tujuannya supaya pulut td padat (leik)
← Kemudian keluarkan dr oven..buka foil, letakkan semula suapaya daun pisang tadi
agak garing (jika suka lemang yg garing kulitnya)
← Keluarkan dr oven, sejukkan sket..boleh lah dipotong dan dinikmati bersama
rendang/kari

BINGKA UBI KAYU


Bahan-bahan:
← 600 g ubi kayu yg telah diparut (TIDAK PERLU perah airnya)
← 1 1/2 cawan santan pekat
← 1 biji telur
← 3/4 cawan gula perang- jika suka lebih manis boleh jadikan 1 cawan
← 30 g mentega (cairkan)
← secubit garam

Cara membuat:
← Campurkan gula perang bersama santan, kacau sehingga gula perang larut.
← Kemudian masukkan ubi kayu, telur, mentega dan secubit garam
← Kacau hingga semuanya sebati
← Lumurkan loyang dgn sedikit butter
← Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pd suhu 150Â’C selama 1 jam atau
sehingga masak.
← Variasi: Jika inginkan bingka yg berwarna kuning, tukarkan gula perang kpd gula
pasir dan masukkan beberapa titis perwarna kuning.

BINGKA UBI KAYU versi kuning


 gambar & resepi ehsan Pn Za

Bahan-Bahan:
← 4 cawan ubi kayu yang telah diparut
← 2 cawan santan
← 2 biji telur
← 1 cawan gula pasir
← 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan
← secubit garam
← sedikit pewarna kuning
← 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang
← Loyang berlubang ditengah

Cara membuat:
←   Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
←   Campurkan semua bahan hingga sebati.
←   Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
←   Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
←   Sejukan baru dipotong.
CUCUR UDANG

Bahan-bahan:
← 4 cawan tepung gandum
← 250 g udang kasar
← 30 sen tauge
← 40 sen daun kucai (dipotong)
← 3 cawan air
← sedikit serbuk kunyit
← sedikit garam
← MSG secoet jika suka
← minyak utk menggoreng

Cara membuat:
← Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
← Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
← Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
← Panaskan minyak dlm kuali
← Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.

KUIH TALAM BERLAUK

Bahan-bahan:
← 200 g keladi yg telah diparut
← 180 g tepung beras
← 50 g tepung jagung
← 1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
← 1 sudu kecil garam

Bahan lauk:
← 250 g daging kisar
← 50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
← 80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng
← 1 tangkai daun sup } dihiris
← 1 tangkai daun bawang }dihiris
← 1-2 tangkai cili merah }dihiris
← garam secukup rasa
← 1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:
← 3 tangkai cili merah
← 1 ulas bawang putih
← 3 sudu besar air masak
← 1/2 sudu kecil cuka
← 2 sudu besar sos tomato
← garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
← Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau
kemudian masukkan daging
← Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api
← Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau
sekata.Ketepikan.
← Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.
← Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.
← Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian
kukus sehingga masak.
← Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.
← Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan
← Hidangkan bersama sos cili

TAPAI PULUT

 Bahan-bahan:
← 1 kg beras pulut
← 1/2 biji ragi manis - hancurkan
← daun getah/daun jambu lauk/daun pisang - utk membungkus
← lidi  secukupnya

Cara membuat:

← Bersihkan pulut. Rendam selama 2-3 jam.


← Kemudian pulut dikukus sehingga naik wap (separuh masak)
← Angkat kemudian masukkan dlm besen/bekas besar siramkan dgn sedikit air
kemudian gaulkan supaya sekata
← Kemudian masuk balik dlm pengukus, kukus semula sehingga naik wap (masak)
← Setelah itu angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam/dulang yg bersih dan
kering
← Apabila pulut dah sejuk, ayakkan ragi atas pulut menggunakan penapis teh
← Gaul pulut dgn sudu supaya ragi tadi sekata
← Bungkus bahan tadi dlm daun dan cucuk dgn lidi supaya kemas
← Simpan kesemua bungkusan tapai dlm bekas berpenutup
← Kemudian balutkan dgn kain kemas-kemas
← Biarkan selama 2-3 malam baru lah tapai masak dan boleh dihidangkan
← Apabila dah manis tapai tu eloklah disimpan dlm petiais (lebih enak dimakan
sejuk2)

Nota: kalau malas nak bungkus dgn daun boleh juga kepal2 dgn tangan berlapikkan
plastik jd bulat2 sehingga habis kemudian masukkan dlm bekas spt tupperware kemudian
tutup rapat dan peram..gambo diatas akak buat cam tu je.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->
ONDE –ONDE

 Bahan-bahan:

← 1 paket tepung pulut


← 1 cawan air daun pandan ( jika tiada boleh guna pewarna hijau secoet + air paip)
← air paip secukupnya
← 1 keping gula Melaka } dipotong dadu
← ½ biji kelapa } diparut dan digaul dgn secubit garam

Cara membuatnya:

← Uli tepung pulut bersama air daun pandan dan air paip secukupnya sehingga
sebati dan menjadi doh
← Bulatkan adunan kecil-kecil dan masukkan gula Melaka di dlmnya
← Didihkan air dan masukkan adunan ke dlmnya
← Biarkan seketika hingga masak (timbul)
← Angkat dan toskan
← Kemudian gaulkan dgn kelapa parut dan sedia utk dinikmati
LOMPAT TIKAM

Bahan-bahan lapisan hijau A:

← 1 cawan tepung beras


← 3 cawan santan cair
← ½ cawan air daun pandan
← ½ sudu kecil garam
← 1 sudu kecil air kapur

Bahan-bahan lapisan putih B:

← ½ cawan tepung beras


← 4 ¾ cawan santan
← 1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan kuah C:

← 1-2 keping gula melaka


← 2 cawan air
← 2 helai daun pandan } disimpul

Cara membuat bahan A:

← Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk dan tapis.


← Kemudian masukkan adunan ini ke dalam periuk dan kacau atas api yang
sederhana,
← Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur.
← Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan
sejukkan.dlm petisejuk

Cara membuat bahan B:

← Gaul rata semua bahan B dalam mangkuk dan tapis.


← Kemudian tuang adunan dalam periuk dan kacau atas api sederhana
← Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur (lebih kurang 15-20 min)
kalau nak lembek sket dr gambo kacau 10 min aje
← Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan
dalam peti sejuk.

Cara membuat bahan C:

← Masak gula melaka dengan air hingga hancur dan mendidih bersama2 daun
pandan
← Tapis dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara menghidangkan:

← Potong lapisan hijau kedlm mangkuk kemudian ceduk lapisan putih ke atas
lapisan hijau
← Siram dgn kuah gula melaka
← Sedia utk dimakan

KUEH LAPIS PANDAN

Bahan-bahan A:

← 1 1/2 cawan tepung gandum


← 2 s/b tepung beras
← 2 s/b tepung jagung
← 3/4 cawan gula
← 3 cawan santan
← 1 s/k garam

Bahan tambahan:
← 1/2 cawan jus pandan
← pewarna hijau
← 1/2 cawan air
Cara membuat:

← Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.


← Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
← Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan
warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
← Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama  dengan
warna hijau.
← Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
← Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
← Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
← Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

DONUT

Bahan-bahan:

← 20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best
yis basah
← 125 ml susu segar suam
← 25 g mentega }  dicairkan
← 2 kuning telur
← 250 g tepung gandum
← 1 sudu besar gula halus
← minyak utk menggoreng
← gula halus secukupnya utk taburan
 Cara membuat:

← Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega,
kuning telur dan gula, kacau sebati.
← Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di
tengah2 tepung kemudian gaul sebati
← Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian
masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
← Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
← Ambil penerap bulat, terap hingga habis
← Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan
selama 20-30 min
← Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan
← Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus

BUBUR SUM SUM

Bahan-bahan:
← 1 cawan tepung beras
← 3 1/2 cawan santan
← 1/4 sudu kecil garam
← 2 helai daun pandan

Cara membuat:

← Gaul rata semua bahan dalam mangkuk dan tapis.


← Kemudian masukkan adunan ini ke dalam periuk dan kacau atas api yang
sederhana
← Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur.
← Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan
dlm petisejuk

Bahan-bahan kuah (air gula melaka):

← 1-2 keping gula melaka


← 2 cawan air
← 2 helai daun pandan } disimpul
Cara membuat kuah:

← Masak gula melaka dengan air hingga hancur dan mendidih bersama daun pandan
← Tapis dan sejukkan dalam peti sejuk.

ASAM GUMPAL TRG

Bahan-bahan:

← 500 g sagu mata ikan


← 1 biji kelapa parut (buang kulit arinya)
← 200 g kacang hijau (yg telah dibuang kulitnya)
← 3 ulas bawang merah } dimayang halus
← ¾ cawan gula pasir } boleh tambah/kurang ikut citarasa masing2
← sedikit halia } dimayang halus
← sedikit halba
← sedikit garam

Cara membuat:

← Kacang hijau direbus hingga empuk dan hancur.


← Masukkan gula dan kacau hingga kering. Kemudian angkat dan sejukkan
← Kepal adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kemudian ketepikan
← Sagu dibersihkan dan percikkan sedikir air hingga kembang
← Siramkan sekali lagi dgn air panas mendidih sampai rata
← Buat begini hingga sagu boleh dibulat-bulatkan
← Masukkan adunan kacang tadi dlm sagu sbg inti.Bulatkan semula sagu tersebut
hingga kemas. Buat begini hingga selesai
← Setelah selesai, kukuslah sampai masak
← Perah santan anggaran 2 cawan. Kemudian jerang santan atas dapur. Masukkan
bawang merah, halba dan halia. Kacau selalu hingga mendidih. Masukkan sedikit
garam
← Bila telah mendidih, masukkan sagu yg telah dikukus tadi. Kacau perlahan dan
rata kemudian bolehlah diangkat.

LEPAT LABU (PUMPKIN)


      Bahan-bahan:

← 3 cawan labu yg telah diparut


← 1/2 biji kelapa parut } kelapa muda dibuang kulit arinya
← 1 cawan gula
← 1/2 cawan santan pekat
← 2 cawan tepung gandum
← secubit garam – utk melemakkan kuih
← daun pisang secukupnya } dilayur terlebih dahulu utk mengelakkan pecah

      Cara membuat:

← Gaul kan semua bahan-bahan sehingga sebati.


← Potongkan daun pisang mengikut saiz yg dikehendaki (berukuran 6 in x 6 in)
← Ambil sekeping daun pisang kemudian letakkan anggaran 2 atau 3 sudu besar
adunan tadi ke atas daun pisang
← Kemudian bungkus dan lipatkan kedua-dua hujungnya.
← Ulang sehingga adunan habis digunakan.
← Kukus sehingga masak selama 20 minit

BINGKA LOBAK MERAH

(Resepi sumbangan Pn Fatimah dr Brunei)

      Bahan-bahan:

← 1 kg lobak merah (dipotong kecil dan direbus hingga empok)


← 250 gm  mentega
← 6 biji telur
← 1/2 tin susu manis
← 1 tin susu cair
← 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
← 1 1/2 cawan tepung gandum
← 1/2 sudu teh garam.

      Cara membuat:

← Toskan Lobak yang telah direbus tadi kemudian dikisar dengan susu cair.
← Gula dengan mentega di pukul hingga kembang kemudian masukkan telor sebiji-
sebiji, masukkan susu manis kacau lagi hingga rata.
← Masukkan lobak yang telah dikisar kacau hingga rata akhir sekali masukkan
garam dan tepung sedikit sedikit gaul hingga rata.
← Alas acuan dengan kertas kalis minyak dan sapukan dengan mentega setelah itu
tuangkan adunan tadi dan bakar hingga masak.

POPIA MINI

      Bahan-bahan:

← Serunding ikan
← Kulit popia secukupnya
← Putih telur atau bancuhan tepung kanji } sbg bahan pelekat
← minyak utk menggoreng

      Bahan-bahan serunding:

← 500 g ikan selayang/mackerel } direbus kemudian ambil isinya


← 1 biji kelapa } jadikan 2 cawan santan pekat 
← 5 sudu besar cili kering kisar boleh ditambah/kurang mengikut citarasa
← 2 cm halia
← 2 cm lengkuas
← 2 labu bawang besar
← 2 ulas bawang putih
← 1 batang serai
← 1 keping asam gelugur
← 1 sudu besar gula
← garam secukup rasa

      Cara
membuat serunding:
← Masukkan kedalam pengisar halia, lengkuas, bawang besar, bawang putih, serai
dan 1 cawan santan.
← Kisar hingga lumat, keluarkan.
← Kemudian masukkan pula isi ikan dan 1 cawan lagi santan, kisar hingga hancur.
← Masukkan kesemua bahan-bahan kisar kedalam kuali bersama cili dan asam
gelugor.
← Kacau selalu dengan menggunakan api yg perlahan, rasakan gula dan garam secukupnya.
← Bila serunding betul-betul kering bolehlah diangkat kemudian sejukkan.
← Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama

      Cara membuat popia mini:

← Potong kulit popia kpd saiz yg digemari, kemudian letakkan serunding.


← Gulung popia kemas-kemas kemudian hujungnya sapukan sedikit putih telur atau
bancuhan tepung kanji
← Ulang sehingga selesai
← Panaskan minyak yg banyak, goreng popia dgn api yg sederhana sehingga perang
← Angkat kemudian toskan minyaknya, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap
udara

SAMOSA AYAM/DAGING

      Bahan-bahan:

← 1 bungkus kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm


← 2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
← 4 ulas bawang merah } dikisar
← 1 cm halia                 } dikisar
← 2 ulas bawang putih  } dikisar
← 1 labu bawang besar } dipotong dadu
← 500 g kentang } dipotong dadu
← 1 sudu besar rempah kari daging
← 1 sudu besar rempah kurma
← garam dan gula secukup rasa
← minyak untuk memasak

      Cara membuat inti:

← Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih


sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
← Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya
jadi pes.
← Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga
wangi dan agak garing
← Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
← Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
← Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk
dan intinya menjadi agak kering.
← Angkat dan sejukkan.

     Cara membuat:

← Ambil kulit popia dan potong kepada 3 bahagian memanjang.


← Letakkan inti secukupnya di bahagian hujung kemudian lipat dlm bentuk segitiga
hingga sampai hujung kulit popia.
← Lekatkan hujungnya dengan putih telur .
← Ulang sehingga habis kulit popia.
← Panaskan minyak, goreng dgn api yg sederhana sehingga perang
← Angkat dan toskan minyak
← Sedia utk dimakan.

KUIH BAKAR

      Bahan-bahan:

← 7 biji telur
← 2 cawan tepung gandum 
← 1 cawan gula
← 2 1/2 cawan santan
← pewarna hijau + 1 sudu besar air pandan 
← secubit garam } untuk menambahkan rasa lemak
← sedikit bijan } hiasan

      Cara membuat:

← Gaul tepung, telur, santan, gula dan air pandan + pewarna hijau sehingga sebati.
← Loyang yang berdiameter 17 cm dilenserkan dgn sedikit minyak 
← Tapis adunan supaya tidak berketul.
← Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur bijan di atasnya.
← Bakar dalam oven pada suhu 150 'C selama 1 jam atau sehingga masak
    KUIH TALAM HIJAU
      Bahan-bahan:

      Lapisan Bawah
← 2 cawan tepung beras
← 2 sudu besar tepung jagung
← 5 cawan air biasa
← 11 sudu besar gula - boleh dikurang/tambah mengikut citarasa masing-masing
← sedikit jus pandan/pewarna hijau

      Cara membuat:

← Panaskan loyang di dalam periuk stim


← Campurkan semua bahan dan tapiskan
← Masukkan ke dalam loyang dan kacau sehingga menjadi adunan yg pekat dan
berkilat.
← Kukus sehingga masak. 

      Lapisan Atas

← 3/4 cawan tepung beras


← 2 sudu besar tepung jagung
← 3 cawan santan
← sedikit garam untuk rasa lebih lemak

      Cara membuat:
← Campurkan semua bahan dan tapiskan. 
← Tuangkan perlahan-lahan keatas lapisan bawah yang telah masak. 
← Kukus sehingga masak. 
← Sejukkan dahulu baru dipotong. 

 
MURTABAK PERANTAU

     Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak

← 12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm


← 2 cawan daging atau isi ayam cincang
← 4 ulas bawang merah } dikisar
← 1 cm halia                 } dikisar
← 2 ulas bawang putih } dikisar
← 1 labu bawang besar } dipotong dadu
← 500 g kentang } dipotong dadu
← 1 sudu besar rempah kari daging
← 1 sudu besar rempah kurma
← garam dan gula secukup rasa
← 6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
← minyak untuk memasak

      Cara membuat inti:

← Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih


sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
← Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya
jadi pes.
← Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga
wangi dan agak garing
← Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
← Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
← Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk
dan intinya menjadi agak kering.
← Angkat dan sejukkan.

      Cara membuat murtabak:

← Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
← Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur
ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
← Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah
sehingga menjadi 4 segi.
← Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana
sehingga perang.
← Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak.

KUIH CARA MANIS

      Bahan-bahan:

← 2 cawan tepung gandum


← 3 cawan santan
← 2 biji telur
← sedikit air daun pandan/pewarna hijau
← secubit garam
← gula secukupnya

     Cara membuat:

← Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.


← Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
← Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam.  Tapis utk memastikan
adunan tidak berketul
← Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan serta disapu
minyak.
← Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak.
Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
← Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2

KARIPAP DAGING

     Inti Daging
     Bahan-bahan:

← 3 biji kentang dipotong dadu.


← 200g daging cincang
← 2 sudu besar rempah kari daging
← 1 labu bawang besar dipotong dadu
← 5 ulas bawang merah-ditumbuk
← 2 ulas bawang putih -ditumbuk
← 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
← 1 sudu besar udang kering-ditumbuk
← Setangkai daun sup }dihiris
← Sedikit gula & garam

     Cara membuat inti:


← Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
← Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
← Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula
dan garam secukup rasa.
← Sebelum diangkat masukkan daun sup.

     Bahan-bahan untuk pastri:


← 2 cawan tepung gandum
← 2 sudu besar majerin
← air  untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan atau secukupnya
← secubit garam masukkan ke dalam air

     Cara membuat kulit karipap:

← Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata.
Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi
doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
← Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah
dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di
masukkan ke dalam kuali inti tadi.  
← Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
ROTI JALA 

    Bahan-bahan:

← 1 cawan tepung gandum


← 1 cawan air
← 1 biji telur
← sedikit pewarna kuning
← secubit garam
← sedikit minyak

    Cara membuatnya:

← Campurkan semua badan-bahan di atas, kacau sehingga sebati kemudian tapis


untuk elakkan adunan berketul
← Panaskan pan non stick dan lenserkan dgn sedikit minyak
← Tuangkan adunan ke dalam acuan roti jala dan tebarkanlah di atas pan sehingga
penuh
← Bila dah masak, lipatkan menjadi segitiga dan angkat
← Hidangkan bersama kari ayam/daging.

      Nota: Jika adunan tidak dpt turun dgn lancar melalui lubang acuan kena tambahkan  
lagi sedikit air

    
      CEK MEK MOLEK

     Bahan-bahan:

← 600 g ubi keledek


← 1/2 cawan tepung gandum
← 1/2 cawan gula
← minyak utk menggoreng 

     Cara-cara: 

← Ubi keledek dibersihkan kemudian direbus dgn sedikit garam hingga empuk. 
← Setelah empuk sejukkan dan dihancurkan sehingga lumat. 
← Masukkan tepung gandum, uli hingga sebati. Kalau masih lembik tambahkan
tepung (mengikut jenis keledek yang dipilih)
← Bentukkan bujur, kemudian isikan gula pasir kedlm nya dan bentukkan kembali
memanjang agak bujur. 
← Goreng hingga kuning.
 
KUIH KASUI 

    Bahan-bahan:
← 5 cawan air                     }
← 3 keping gula melaka       } masakkan semua dan sejukkan
← 3 sudu besar gula pasir    }
← 2 cawan tepung gandum
← 1/2 cawan tepung kanji/ubi
← 1/2 sudu kecil kapur kuih
← kelapa parut ( yang muda)
← sedikit garam

     Cara membuat:

← Panaskan kukusan.
← Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
← Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang. 
← Kukus sehingga masak.
← Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong.
← Gaulkan garam dan kelapa.
← Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi
PULUT SERUNDING

     Bahan-bahan:

←  3 cawan beras pulut


← 1/2  biji kelapa parut
← 2 batang serai
← 1/2  mangkuk kecil udang basah
← 2 biji cili merah
← 5 ulas bawang merah
← gula dan garam secukup rasa

    Cara membuat: 


← Beras pulut dibersihkan kemudian ditanak sehingga masak.
← Bawang merah, serai,cili merah ditumbuk bersama udang.
← Kemudian masukkan ke dalam kuali, bahan-bahan tumbuk, kelapa parut, gula dan
garam.
← Goreng sekejap hingga sebati dan masak bolehlah diangkat.
← Beras pulut yang telah masak tadi hendaklah dibentukkan bulat-bulat, lepas tu
golekkann di dalam serunding tadi.
← Setelah selesai bolehlah dihidangkan.
APAM BALIK

    Bahan-bahan:

← 2 cawan tepung naik sendiri } diayak


← 1/4 cawan gula
← 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
← sedikit pewarna kuning
← 1 biji telur
← 1 1/2 cawan susu segar
← 1/2 sudu kecil baking powder
← 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
← 1 tin jagung krim       - untuk ditabur
← 1 cawan gula              - untuk ditabur
← sedikit mentega

     Cara membuat:

← Pukul  gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu
segar, baking powder dan pewarna kuning. 
← Pukul  lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak
bergentel.
← Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk
atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan
kemudian nipiskan.
← Tutup pan sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan
secubit mentega.
← Bila masak, angkat dan bolehlah dilipat dua.

KEROPOK LEKOR

            
      Bahan-bahan:
← 3 cawan isi  ikan tamban atau selayang
← 4 cawan tepung sagu
← 1 cawan tepung kanji
← 1  3/4 sudu kecil garam
← sedikit serbuk perasa jika suka
← ais ketul ikut kesesuaian adunan
      Cara membuat:
← Bersihkan ikan
← Asingkan tulang dan isinya
← Mesinkan isi ikan sehingga hancur
← Masukkan tepung sagu dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi
sedikit ketulan ais sehingga mendpt adunan yg lembut.
← Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras
← Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
← Panaskan air hingga mendidih
← Masukkan keropok lekor
← Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika
← Boleh dimakan terus atau digoreng   
Sos Cicah Keropok Lekor
 
      Bahan-bahan: 
← 1/2  cawan air asam jawa
← 1 cawan cili kering kisar
← 1/2  cawan gula pasir
← 1 keping gula melaka
← garam secukup rasa  

      Cara membuat:


← Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
← Masak sehingga sos cili mendidih dan menjadi pekat
← Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir  

 
 
 
 POPIA GORENG SOS PLUM 
      Bahan-bahan inti:
← 20 keping kulit popia                                    
← 1 cawan taugeh } buang ekornya
← 1 biji sengkuang } dipotong memanjang
← 1 batang lobak merah } dipotong memanjang
← 1 labu bawang besar    } dipotong dadu
← 2 ulas bawang putih    } dicincang
← 1/2 cawan udang kering } ditumbuk kasar
← garam secukup rasa
← perasa jika suka
← minyak untuk mengoreng

      Sos Plum:


← 2½ camca besar sos plum                                             }
← 3¾ camca besar air                                                       }
← 1¼ camca besar gula                                                     } gaul sehingga sebati
← 1¼ camca besar kacang tanah – (panggang, ditumbuk    }
← 1 biji cili merah, buang biji, ditumbuk                              }

      Cara membuat:


← Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga wangi
kemudian masukkan bawang besar, udang kering dan sayur-sayuran.Kacau
sekejap rasakan garam secukupnya. Angkat kemudian toskan air dlm inti jika ada
utk menjadikan popia lebih rangup. Sejukkan.
← Bubuh inti ke dalam tiap-tiap keping kulit popia kemudian gulung kemas-kemas
lipat bahagian hujung tepi dan bawahnya.
← Di akhir lipatan sapu dgn sedikit putih telur supaya tidak terbuka.
← Goreng hingga masak (kuning keemasan)
← Hidangkan bersama sos plum atau sos cili.
 

 
KUIH KETAYAP
 
     Bahan Untuk Inti: A 
← 1/2 biji kelapa diparut
← 1/2 cawan gula merah } boleh ditambah atau dikurang mengikut citarasa
← 2 helai daun pandan  } disimpul
← secubit garam
← sedikit air

     Bahan Untuk Kulit: B 


← 2 cawan tepung gandum
← 2 cawan air
← secubit garam
← 1 sudu besar air pandan
← 1 biji telur  

     Cara membuat bahan A: 


← Masak gula merah bersama air dan daun pandan sehingga larut dan pekat.
← Setelah pekat, masukkan kelapa parut dan secubit garam.
← Biarkan sehingga kering, setelah itu angkat dan ketepikan.  
      Cara membuat bahan B: 
← Campurkan kesemua bahan tersebut dan tapis.
← Panaskan kuali leper (pan non stick) dan sapu minyak bersama daun pandan.
← Masukkan satu senduk bahan B dan pusing-pusing kuali dadar (spt membuat
lempeng).
← Setelah masak, angkat dan isikan dengan inti kelapa dan gulung kuih tersebut. 

KUIH KERIA

     Bahan-bahan:

← 1 kilo keledek
← 1 cawan tepung gandum
← 1 cawan gula
← 1/2 cawan air
← Minyak menggoreng 

     Cara membuat

← Kupas kulit dan rebus keledek sehingga empuk bersama sedikit garam.
← Setelah masak angkat, toskan kemudian dilenyek hingga hancur 
← Uli keledek bersama tepung gandum sehingga sebati (jika adunan lembik boleh
lebihkan tepung bergantung kpd jenis keledek) 
← Bulat-bulat kuih tersebut dan goreng sehingga kekuningan. 
← Setelah masak ketepikan. 
← Masak gula bersama air sehingga pekat & likat (berbuih-buih) dan sira semua
kuih keria. 
← Gaul sehingga sebati dan menjadi keras keputihan.

   

PAU

     Bahan-bahan:

← 500 g tepung pau


← 1/2 sudu kecil baking powder
← 1/2 sudu kecil garam
← 1/2 sudu kecil 'dough softener'
← 1 sudu besar gula
← 1 sudu kecil yeast
← 2 sudu besar shorterning (crisco)
← 250 g air suam

      Cara membuat:

← Gaul rata semua bahan kecuali air.


← Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
← Uli sehingga licin tak lekat di tangan
← Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda
← Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi  ketulan kecil.
← Bulatkan dan masukkan inti
← Lapikkan adunan diatas keratan kertas.
← Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
← Panaskan kukusan.
← Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
← Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
     KUIH LAPIS

      Bahan-bahan:

← 1 cawan tepung gandum


← 1 sudu besar tepung ubi/jagung
← 1/2 cawan gula
← 1 cawan santan pekat
← 2 1/2 cawan air
← sedikit garam
← pewarna merah

      Cara membuat:

← Campurkan bahan di atas hingga sebati kecuali pewarna merah.


← Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu diwarnakan merah dan satu lagi
tidak perlu diwarnakan.
← Panaskan loyang terlebih dahulu, ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke
dalam loyang kemudian dikukus lebih kurang 10 minit.
← Tuangkan pula 1 senduk lagi adunan warna putih dan kukus semula sehingga
masak.
← Buat seterusnya sehingga adunan warna merah dan putih ini berselang-seli
sehingga habis.
← Bila sejuk barulah dipotong dan dihidangkan.

 
     

                                                                                                          

©2006 Noorma Musa

    Want your own free website like this? Try Freewebs.com 

Make a free website at Freewebs.com 

You might also like