PENGURUSAN MASJID :PENGALAMAN REPUBLIK SINGAPURA
Oleh:Ustaz Haji Mohamed Ali bin Haji Atan
1.Pendahuluan
Masjid merupakan institusi yang utama dan penting kepada umat Islam. Ini boleh dilihatdaripada peristiwa bagaimana Rasulullah s.a.w. telah memulakan ketibaannya di Quba’ dan diMadinah dengan terlebih dahulu membina masjid. Sejarah juga telah menerangkanbagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengurus dan menjadikan masjid sebagai pusat ibadah,pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangandan maklumat, pusat kehakiman, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusatrawatan dan kecemasan, pusat pemulihan dan pusat seni.Rasulullah S.A.W. juga telah mengajar kita dalam pengurusan masjid hendaklahmesra masyarakat atau jemaah. Sebagaimana di dalam suatu peristiwa yang diriwayatkanoleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik r.a katanya:
“Pernah datang seorang Arab dusun, lalu ia kencing di sudut masjid, lalu ia dibentak oleh orang ramai. Maka mereka dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Setelah orang ituselesai kencingnya, diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. mengambil setimba air, laludisiramkan di atas kencingnya itu”.
Ini jelas menunjukkan peri pentingnya kemahiran dan kepakaran dalam pengurusanmasjid sebagaimana yang telah dipaparkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam konteks ketika ituuntuk merealisasikan peranan institusi masjid sebagai “jantung dan nadi” masyarakat. Jika“jantung” lemah, seluruh anggota badan atau masyarakat akan menjadi lemah.Di Singapura, masjid merupakan institusi strategik bagi pembangunan, pembelajarandan sosial umat Islam Singapura. Terletak di setiap estet perumahan awam, masjid berada didepan dalam menangani isu dan pembangunan sosio-agama ummah. Justeru, denganberlatarbelakangkan masyarakat yang pesat berubah dan untuk memastikan masjid proaktif dan sentiasa relevan dengan perubahan masa, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalamkonvensyen Masjid 2005 telah memberi fokus dalam membentuk semula masjid. Penekanantelah diberi kepada membentuk semula isi Pembelajaran Islam dan Pembangunan Sosial,Penyusunan Semula Pimpinan dan Mengatur Semula Sistem.Kertas ini akan membentangkan secara ringkas dasar-dasar dan sistem-sistem yangtelah diusahakan oleh MUIS dari Konvensyen Masjid 2005 untuk membentuk semula masjiddi Singapura (sila lihat lampiran A) demi berperanan lebih aktif dalam melentur kehidupanberagama dan menempa jati diri Muslim Singapura dengan memberi penumpuan pada
Add a Comment
m junaidileft a comment
raja_maulana@yahoo.comleft a comment
sruslanleft a comment