You are on page 1of 2

Refleksi Bina Insan Guru

Pada 5 Oktober 2010, kami kelas PISMP Pendidikan Khas IP2F ambilan Januari
2010 telah menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) Khidmat Masyarakat di SK
Bakar Arang Sungai Petani, Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk memenuhi
perkara wajib untuk menjadi seorang guru pelatih.

Seperti yang dijanjikan, kami semua dikehendaki berkumpul di hadapan


Koperasi sebelum bertolak ke detinasi BIG kami. Kami telah berkumpul di situ pada
pukul 8 pagi. Semua barang kelengkapan seperti alat tulis dan sebagainya telah
dikumpulkan di satu tempat. Bagi ajk makanan pula, mereka telah berurusan dengan
pengusaha kafe tentang sarapan kami.

Setelah mendengar sedikit taklimat dan nasihat daripada ketua kumpulan


iaitu Rohani Binti Ismail, kami menaiki bas dan bertolak seperti masa yang telah
ditetapkan. Sepanjang perjalanan ke SK Bakar Arang, kebanyakan guru pelatih
hanya terdiam kerana gementar memikirkan bagaimanakah keadaan di sana dan
bagaimanakah tingkah laku murid yang bakal mereka hadapi.

Akhirnya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit sudah


selamat tiba di SK Bakar Arang. Pelbagai perasaan bercampur baur di dalam diri.
Kami tidak menjangka bahawa pihak sekolah tersebut menyambut kedatangan kami
dengan cukup meriah.Sambutan yang telah diberikan amat-amat mengejutkan pihak
kami. Kami dijemput oleh Penolong Kanan SK Barang Arang dan Penyelia
Pendidikan Khas dengan baik dan mesra.Selepas itu, kami dijemput ke bilik
mesyuarat untuk memberitahu hasrat dan keinginan kami di sini. Seterusnya, kami
membentangkan laporan kepada Penyelia Pendidikan Khas agar dapat memahami
hasrat kami di sini.

Aktiviti yang dinantikan sudah tiba, iaitu bermesra dengan pelajar-pelajar


pendidikan khas.Kami terkejut kerana terlalu ramai pelajar pendidikan khas iaitu
dalam lingkungan seramai 40 orang. Pelbagai kategori masalah yang terdapat
dalam golongan pelajar di SK Bakar Arang seperti sindrom down, hiperaktif ,autism
dan banyak lagi. Aktiviti yang pertama dilakukan ialah origami.Kami membahagikan
pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan agar dapat dikawal dengan
baik.Seterusnya kami mengedarkan kertas untuk membuat origami.Origami yang
dilakukan ialah topi, cawan dan kapal.Ramai pelajar yang menyukai aktiviti ini dan
juga ada yang jemu tidak mahu melakukannya. Selepas itu, kami membuat aktiviti
menyanyi `chicken dance` kepada pelajar.Secara keseluruhan, semua pelajar
bergembira dan menari sepuas-puasnya sehingga kami letih melayan karenah
mereka.Aktiviti yang terakhir ialah meneka bunyi binatang.Aktiviti ini untuk menguji
pendengaran pelajar dan mengenal pasti pelajar yang bermasalah. Di samping itu
juga kami memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menjawabnya dengan betul.

Seterusnya, aktiviti mengecat dan mural dam ular.Secara keseluruhan, kami


berasa sangat gembira melakukan aktiviti ini dan berkerjasama dalam memastikan
hasil yang terbaik. Walaupun penat dan lelah kami teruskan aktiviti ini sampai
penghabisan kerana tidak mahu mensia-siakan amanah yang diberikan. Saya rasa
berpuas hati kerana semua berkerjasama dalam melakukan aktiviti ini dan tidak
mencuri tulang.

Akhir sekali, selepas aktiviti mengecat dan membuat mural dam ular kami
dijamukan dengan nasi ayam dan air mineral.Semua kelihatan lapar dan dahaga
setelah bertungkus lumus membuat dam ular.Secara keseluruhan Bina Insan Guru
kali ini, saya berpuas hati kerana berjaya melakukan dengan baik dan lancar seperti
yang dirancang.Saya juga berharap Bina Insan Guru akan datang dapat kami
harungi seperti kali ini dan dapat melatihkan diri saya untuk menjadi bakal guru yang
berjaya.

You might also like