You are on page 1of 4

Gemilang Sejarah PMR 2009

Tingkatan 2 – Bab 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

1 Senarai berikut ialah tanaman baru yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada
abad ke-20.

 Teh
 Kopi
 Kelapa sawit

Apakah kepentingan tanaman tersebut ?

A Mengukuhkan ekonomi British


B Memodenkan sektor pertaninan
C Mengukuhkan pendapatan rakyat
D Mengurangkan kadar pengangguran

2. Bagaimanakah rancangan berikut dapat mengurangkan pengeluaran getah ?

Tahun Rancangan
1934 Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa

A Menetapkan kuota
B Menaikkan cukai
C Menyekat kemasukan modal
D Menghentikan operasi kilang

3. Jadual menunjukkan kemerosotan hasil perlombongan bijih timah oleh orang Cina di Tanah
Melayu

Tahun Jumlah keluaran %


1910 78 %
1928 50 %
1937 32 %

Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?

A Bijih timah berkurangan


B Permintaan dunia merosot
C Buruh-buruh Cina disekat
D Persaingan pelombong Eropah
Gemilang Sejarah PMR 2009

4. Senarai berikut merujuk cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu pada abad ke-20

 Sistem Kontrak
 Sistem Kangani

Apakah sebab kerajaan British menggalakkan kemasukan buruh asing tersebut ?

A Meningkatkan pelaburan
B Memantapkan politik negeri
C Memerlukan sokongan rakyat
D Memenuhi keperluan ekonomi

5. Jadual berikut menunjukkan cara kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu.

Buruh Cina Sistem Kontrak


Buruh India X

Apakah X ?

A Sistem Barter
B Sistem Bebas
C Sistem Kangcu
D Sistem Kangani

6. Senarai merujuk jaringan landasan keretapi di Tanah Melayu .

 Taiping – Port Weld


 Kuala Lumpur – Seremban
 Gua Musang – Kuala Lipis

Apakah kepentingan pembinaan landasan tersebut ?

I Memenuhi keperluan ekonomi


II Memudahkan perhubungan
III Melahirkan masyarakat majmuk
IV Menampung kepadatan penduduk

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Gemilang Sejarah PMR 2009

7. Rajah merujuk antara mata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu semasa pentadbiran
British.

Geografi
Sekolah Melayu Seni pertukangan
X

Apakah X ?
A Sejarah
B Sains
C Perkebunan
D Pendidikan Seni

8. Petikan berikut menggambarkan dasar British terhadap pendidikan di Tanah Melayu.

”.... Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua mereka
Menjadi kerani, dan ........
Arthur Kenion 1915

Mengapakah British melaksanakan dasar tersebut ?

A Menyelesaikan masalah perkauman


B Memupuk persefahaman antara kaum
C Memelihara martabat bahasa ibunda
D Menyekat kebangkitan semangat kebangsaan

9. Mengapakah orang Melayu tidak berminat memasuki sekolah Inggeris ?

A Pengaruh agama Kritisan


B Penguasaan orang asing
C Pendidikan peringkat rendah
D Penumpuan kepada sekolah Melayu

10. Apakah matlamat penubuhan kolej berikut ?

Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak telah ditubuhkan pada 1905.

A Menyeimbangkan pendidikan
B Melahirkan golongan pendidik
C Melatih anak golongan bangsawan
D Meningkatkan pendidikan bumiputera
Gemilang Sejarah PMR 2009

BAB 6

NO SOALAN JAWAPAN M/S


1 A 128
2 A 133
3 D 137
4 D 143
5 D 143
6 A 146
7 C 154
8 D 155
9 A 157
10 C 157

You might also like