You are on page 1of 8

OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

PENGENALAN

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu,
mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota
masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan
wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

DEFINISI

OKU boleh didefinisikan sebagai seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa
panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan
pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam
masyarakat.

Selain itu, OKU juga bermaksud seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi
memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak
dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi
fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

PENYELESAIAN

Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan,
pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam
masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka.

Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh
dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan,
kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut seperti memberi pengiktirafan serta penerimaan
prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam
masyarakat, memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah
undang-undang Negara, menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab
ketidakupayaannya dan mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak
OKU.
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

‫لقد خلقنا االءنسن ىف احسن تقومي‬1

Ayat tersebut bermaksud Allah s.w.t telah menciptakan manusia sebaik-baiknya. Oleh yang
demikian sebagai manusia haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah s.w.t
berikan kepada kita sebagai hambanya. Hidup ini dianggap sebagai satu cabaran yang Allah
s.w.t takdirkan kepada manusia dan harus dilalui. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia atau baik.”

Sehubungan dengan itu sewajarnyalah pihak IPTA mengambil inisiatif mengadakan program
pendidikan dan latihan untuk meningkatkan kesedaran dan sensitiviti pelajar-pelajar tipikal agar
mereka mempunyai sikap yang positif terhadap OKU agar persekitaran lebih kondusif utuk
pelajar-pelajar OKU. Pendidikan mengenai OKU ini boleh dimasukkan ke dalam kursus-kursus
am universiti ataupun kursus-kursus teras. Contohnya, semua pelajar-pelajar boleh dididik
mengenai halangan-halangan yang dihadapi OKU di tempat kerja dan cara-cara mengatasi isu
ini melalui akomodasi dan rekaan-semula tugasan (job redesign). Maklumat sebegini bukan
sahaja berguna kepada pelajar-pelajar yang berkemungkinan perlu mengurus pekerja-pekerja
OKU di alam pekerjaan mereka kelak, malah ia mendatangkan manfaat kepada golongan OKU
apabila masyarakat lebih memahami keperluan mereka.

Sebagaimana yang diketahui bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) juga tetap diutamakan.
Pihak kerajaan telah menubuhkan beberapa pertubuhan dan persatuan bagi Orang Kurang
Upaya (OKU) untuk mereka bergiat. Antara pertubuhan tersebut ialah Pertubuhan Orang
Kurang Penglihatan. Pertubuhan ini telah ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu. Pertubuhan ini
dikhaskan kepada golongan yang cacat penglihatan sahaja. Majlis tertinggi bagi pertubuhan ini
juga terdiri daripada golongan yang cacat penglihatan.

Pertubuhan ini telah banyak membuat aktiviti rekreasi. Aktiviti ini dibuat bagi menghiburkan
dan mengisi kekosongan masa lapang bagi golongan cacat penglihatan. Pertubuhan ini juga
banyak memberi sumbangan kepada individu yang memerlukan. Hal ini kerana pertubuhan ini
turut memberikan kebajikan kepada anggotanya yang memerluan. Sebagai contoh,
menguruskan kematian dan sebagainya.

1
Surah At-Tin:4
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

Sehubungan dengan itu, Orang Kurang Upaya (OKU) turut menubuhkan Persatuan Orang-
Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERSIS). Persatuian ini banyak melakukan aktiviti
keagamaan seperti ceramah, kuliah dan sebagainya. Aktiviti ini turut disertai oleh JAKIM dan
JAWI. Selain itu, persatuan ini turut mencetak dan menerbit Al-Quran dalam bentuk Braille. Hal
ini adalah untuk memudahkan golongan cacat penglihatan untuk membaca Al-Quran. Aktiviti
lain bagi persatuan ini juga adalah merintis Braille secara berkomputer. Braille ialah sejenis
sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis
yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15
tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika
gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

Ibu bapa juga haruslah memotivasikan anak-anak mereka supaya berperibadi mulia. Ibu bapa
perlu memotretkan diri kepada anak-anak mereka agar mereka menghormati kepada golongan
yang kurang upaya. Ibu bapa haruslah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
jitu. Ibu bapa juga perlu mempunyai keperibadian yang kental bagi mengawasi anak-anak
mereka supaya mereka boleh bergaul dan bercampur dengan sesiapa sahaja.

Sehubungan itu, sikap yang positif mengenai rakan sebaya OKU di kampus iaitu, tahap
kesedaran dan kefahaman yang tinggi mengenai OKU, tidak merasa malu untuk bergaul dan
kelihatan bersama dengan pelajar OKU, mempunyai rasa simpati terhadap pelajar OKU, dan
bahawa tidak keberatan untuk bekerjasama dengan pelajar OKU dalam melakukan tugasan
kuliah. Mereka turut berpendapat bahawa pelajar OKU tidak membebankan atau melambatkan
kuliah.

Pelajar lain menyokong hak golongan OKU untuk menerima pendidikan yang sama seperti
rakyat Malaysia yang lain. Mereka turut menyatakan bahawa pelajar OKU perlu mendapat
layanan yang adil dari pensyarah dan rakan-rakan. Majoriti pelajar menyokong agar OKU di
IPTA diberi kemudahan akomodasi dalam proses pembelajaran seperti masa tambahan dan
lain-lain yang bersesuaian dengan keadaan ketidakupayaan yang dialami ketika menduduki
peperiksaan. Para pelajar juga menyatakan bahawa mereka bersetuju bahawa kemudahan
prasarana IPTA adalah kurang mesra OKU.
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

Dari segi bantuan kepada OKU pula, usaha yang dilakukan ialah untuk memastikan mereka
dapat berdikari dengan sebolehnya. Bantuan-bantuan tersebut boleh dibahagikan kepada
bantuan pelajaran, bantuan pekerjaan, bantuan saraan, dan bantuan rawatan. Namun,
pelaksaan setiap bantuan tersebut haruslah memastikan bahawa OKU yang disasar tidak
mempunyai masalah untuk ke pusat bantuan berkenaan. Contohnya, OKU diberi diskaun
istimewa untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi, namun disebabkan masalah
pengangkutan awam, OKU yang berminat tidak dapat ke sana. Jadi pelaksanaannya gagal dan
mungkin alasan yang dilaporkan ialah tidak mendapat sambuan daripada OKU.

Walau bagaimanapun, usaha harus dilakukan langkah demi langkah. Kalau kita lihat antara
perkhidmatan kenderaan awam di negara kita, masih terlalu banyak usaha yang harus
dilakukan. Contohnya, CEO syarikat AirAsia, iaitu Dato’Tony Fernandes dalam tindakan beliau
meningkatkan perkhidmatan penerbangannya baru-baru ini. Selepas mendapat protes daripada
persatuan-persatuan OKU disebabkan perkhidmatan AirAsia yang tidak mesra OKU sebelum
ini, dalam masa yang amat singkat beliau telah dapat menyelesaikannya dengan baik, malah
meningkatkan perkhidmatan AirAsia walaupun memakan belanja yang amat besar. Memang
syarikat yang mampu tidak ada masalah dari segi kewangan, tetapi Dato’Tony Fernandes
melaksanakannya dengan berhemat di mana segala pandangan OKU diambil berat dan
dihormati.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada usaha daripada syarikat yang menyediakan
kemudahan kenderaan awam dalam memastikan perkhidmatan mereka mesra OKU. Terdapat
kenderaan bas yang melebelkan stiker kerusi roda untuk menunjukkan bas mereka mesra
OKU. Hakikatnya ketika artikel ini ditulis, pelaksanaannya belum sempurna, lebel stiker itu
hanya sekadar hiasan. Projek tersebut bak kata pepatah ‘rumah sudah siap, tetapi pahat masih
berbunyi’. Bagi persatuan-persatuan OKU yang terlibat dalam usaha menyempurnakannya
sahaja yang faham. Bagaimanapun, usaha dan niat murni syarikat bas tersebut boleh dipuji,
hanya perlaksanaannya perlu dikaji.
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut seperti advokasi, iaitu
meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU
menerusi program yang berkesan. Strategi kedua aksesibiliti adalah memastikan penyediaan
persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan,
tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam, meningkatkan penyediaan kemudahan
pengangkutan awam yang mesra OKU dan menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses
kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain itu, strategi ketiga bagi kesihatan seperti meningkatkan perkhidmatan kesihatan
termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan
meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary
care). Keempat, pemulihan iaitu meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program
pemulihan sedia ada bagi OKU dan mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras
dengan perkembangan semasa.

Dari segi pendidikan pula dapat meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua
peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat. Seterusnya pekerjaan pula membuka lebih
banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan
dan menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.

Strategi seterusnya ialah keselamatan diri dan perlindungan sosial seperti melindungi OKU dari
segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan serta memantapkan perkhidmatan dan
kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan. Selain itu, perkhidmatan sokongan
seperti memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan
OKU dan menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang
mampu milik.

Manakala dari segi sosial pula dapat meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan
OKU dalam aktiviti sosial. Pembangunan sumber manusia dapat membangunkan kapasiti dan
menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada
OKU, membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

kepentingan OKU dan meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan
membuat keputusan.

Strategi seterusnya ialah penglibatan masyarakat seperti menggalakkan penglibatan


sukarelawan dalam program pembangunan OKU, menjalin dan memperkukuhkan rangkaian
kerjasama multisektor dan multidisiplin dan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam
menunaikan tanggungjawab sosial korporat.

Selain itu, penyelidikan dan pembangunan pula dapat menggalakkan penyelidikan dan
pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan
penambahbaikan dan memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian program-program OKU. Perumahan pula menggalakkan reka bentuk universal dalam
pembinaan rumah dan kawasan persekitaran dan membuka peluang kepada OKU untuk
memiliki rumah.

Kanak-kanak OKU akan dapat mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-
kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan
golongan OKU. Manakala wanita OKU pula akan dapat mengutamakan kepentingan terbaik
(best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan
pemerkasakan golongan OKU.
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya.


Manusia haruslah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan yang Allah s.w.t berikan kepada
kita. Selain itu juga, kita perlu membantu golongan kurang upaya untuk meringankan beban
mereka. Seperti yang kita ketahui bahawa Allah s.w.t menjadikan manusia dengan pelbagai
kelebihan dan Allah s.w.t juga menciptakan manusia secara sama tara dan Allah s.w.t tidak
membeza-bezakan umatnya.

Dalam memperkenalkan akhlak pula Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin telah menyatakan
bahawa ia adalah ungkapan bagi satu sifat yang kukuh di dalam diri seseorang insan yang
melahirkan sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu. Sekiranya
sifat dalam jiwa ini melahirkan perbuatan-perbuatan yang indah dari segi akal dan syarak maka
sifat ini dinamakan dengan akhlak yang baik. Sekiranya yang dilahirkan adalah perbutan-
perbuatan yang keji maka sifat ini dinamakan sebagai akhlak yang buruk (jilid 3 hlm. 53). Dalam
takrifan yang diberikan al-Ghazali lebih menumpukan akhlak kepada sifat dalaman yang
menjadi asas kepada lahirnya seseuatu perbuatan atau tingkah laku. Sebagaimana firman Allah
s.w.t :

‫واشكروا نعمت اهلل ان كنتم اياه تعبدون‬2

Ayat tersebut menyatakan bahawa kita haruslah mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

Oleh itu, pihak kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan dasar ini
merupakan komitmen kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak
dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan
pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan, ahli
akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai.
2
An-Nahl:114
OKU DAN AKHLAK ISLAM 2010

You might also like