Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bisikan Pemujaan Dari Syaitan

Bisikan Pemujaan Dari Syaitan

Ratings: (0)|Views: 200|Likes:
Published by azan90

More info:

Published by: azan90 on Oct 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/20/2013

pdf

text

original

 
Bisikan Pemujaan dari Syaitan 
Ketaatan kepada Allah mewujudkan akal yang sihat. Dengan akal yang sihat, petunjuk daripadaAllah akan datang. Petunjuk Allah membolehkan manusia hidup selamat di dunia dan akhirat.Iniadalah asas kejayaan peradaban.
( sedikit petikan yang di ambil dari buku ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN - karangan Muhammad Alexander)
 Ini yang tidak difahami oleh sebahagian besar peradaban dunia hingga mereka sentiasamengulangi kesilapan yang sama. Maka muncul golongan yang tidak taat kepada Allah.Ini berpunca daripada nafsu dunia yang dipertuhankan.Nafsu dunia ini yang menyebabkan manusiamalas beribadah.Hati pula menjadi gelap apabila banyak dosa.Apabila dosa banyak, kurnia Allahtidak turun kepada manusia.Hujan tidak diturunkan.Tanah menjadi kering tandus dan tiadakesuburan.Sedikit demi sedikit, tanaman rumput layu dan kemudian mati.Akhirnya, manusia danhaiwan ternakan kelaparan.Manusia yang tidak berakal sihat pun bertambah jauh dalamkesesatannya. Syaitan kemudiannya mengambil kesempatan bagi membisikkan kepada manusiasupaya mula menyembah patung dewa-dewa, bintang, bulan, matahari dan apa sahaja yang dianggap mampu mendatangkan kesuburan. Jadi tidak hairan apabila pemujaan (kultus) padakesuburan menjadi trend dalam tamadun-tamadun ketika itu.Sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai rasul, penyembahan dewi kesuburan yangdisebut al-'Uzza atau Dewi biji-bijian berleluasa di semenanjung Arab.Berhala ini terletak di tiga batang pohon di lembah Nakhlah.Ia dijaga oleh tukang wanita bernama Dubayah dengandidampingi syaitan wanita berkulit hitam. Ketika Islam datang dan menguasai SemenanjungArab dengan pembebasan Kota Mekah pada tahun 630M, Nabi Muhammad s.a.w. mengutusKhalid bin Walid bagi menghancurkan berhala al'Uzza. Hadis daripada Ibnu 'Abbasmengisahkan perkara itu:Ibnu 'Abbas berkata, "Al-'Uzza adalah syaitan wanita yang biasa mengunjungi tiga pohon diLembah Nakhlah. Ketika Nabi (Muhammad) menakluk Mekah, beliau mengutus Khalid binWalid dengan berkata, "Pergilah ke LEmbah Nakhlah, di sana kamu akan menemui tiga pohon
 
.Tebang (pohon) yang pertama!" Khalid pergi dan menebangnya. Sekembalinya dia bagimemberi laporan , Nabi menanyainya, "Apakah kamu lihat sesuatu di sana?" Khalid menjawab,"tidak".Nabi memerintahnya bagi kembali ke situ dan menebang pohon yang kedua.Dia pergidan menebangnya.Sekembalinya dia bagi memberi laporan, Nabi menanyainya bagi kali yangkedua, "Adakah kamu melihat sesuatu di sana?"Khalid menjawab, "Tidak".Oleh sebab itu, Nabimemerintahkannya bagi kembali ke situ dan menebang pohon yang ketiga.Ketika Khalid tiba dilokasi itu, dia bertemu dengan seorang wanita Ethiopia dengan rambut kusutdan tangan di atas bahunya, mengetap dan mengeryitkan giginya.Di belakangnya berdiri Dubayyah As-Sulami, pemegang mandat (tukang kunci) al-'Uzza. Ketika Dubayyah melihat Khalid menghampiri, dia bersajak :"Wahai kau al-'Uzza! Sibak tudungmu dan singsingkan lenganmu;Hadirkan kekuatanmu dan beri Khalid pukulan yang kuat,Sebab, jika kau tidak membunuh dia tepat hari ini,Kau akan terkutuk dalam hina dan malu."Oleh sebab itu Khalid menjawab :"Wahai al-'Uzza semoga kau terkutuk, tidak dimuliakan!Sungguh aku melihat Tuhan telah merendahkanmu."Khalid kemudian berbalik kepada wanita itu, lalu Khalid melibasnya dengan libasan yangmembelah kepalanya menjadi dua dan tiba-tiba, dia (wanita Ethiopia) itu hancur jadidebu.Khalid kemudiannya menebang pohon dan membunuh Dubayyah si pemegang mandat,sesudah itu, Khalid kembali kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan perngalamannya.Nabi pun berkata, "Itulah al-'Uzza. Tapi ia tiada lagi. Bangsa Arab tidak bolehmemiliki yang lain sesudahnya. Sungguh ia tak akan pernah di sembah lagi".Begitu jugalah keadaannya di Mesopotamia. Walaupun mereka adalah anak cucu Sam bin Nuh,namun waktu dan keadaan memalingkan mereka dari agama murni monoteisme. Mereka mulamenyembah berhala-berhala berupa patung, bulan dan bintang-bintang (politeisme). Di dalamkota Ur sendiri terdapat kuil besar bagi mengadakan ritual menyembah Sin, Dewa Bulan Akad.Di dalam setiap rumah pula, terdapat ruangan kecil bagi menempatkan dan menyembah berhala.Sementara itu, setiap kota di Mesopotamia mempunyai tuhan atau dewanya tersendiri seperti:1. Kota Erech menyembah Anu, dewa langit.2. Di Larsa dan Sippar, penduduknya menyembah dewa matahari, iaitu Shamas.3. Di Eridu, penduduknya menyembah dewa air, iaitu Ea.4. Di Nippur, penduduknya menyembah dewa atmosfera, iaitu Bel.
 
 5. Di Erech juga, penduduknya menyembah dewi Venus, iaitu Ishtar.6. Di Haran dan Ur, penduduknya menyembah dewa bulan, iaitu Sin.Setiap kota membina kuil penyembahan dewa masing-masing. Pada 3000SM, Mesopotamiamempunyai dewa tritunggal yang di anggap paling agung dalam ka;angan dewa iaitu Anu (dewalangit), Ea (dewa air) dan Bel (dewa atmosfera). Dewa Anu dianggap bapa kepada semua dewa.Di lembah Sungai Indus juga berlaku penyembahan politeisme yang melibatkan banyak dewaiaitu dewa api, angin dan matahari.Di Yunani pula, persembahan bagi kesuburan dilakukan kepada Dewa Dionius atau Dionysus,iaitu dewa anggur (Wine) atau Bacchus.Pada mulanya, Dionysusatau Bacchus (dewa anggur danmabuk) adalah orang Thrace.Ia kemudiannya diambil sebagai dewa oleh bangsa Yunani.Sebetulnya apabila dibandingkan dengan bangsa Yunani, bangsa Thrace kurang beradab dandianggap sebagai orang gasar (ganas). Seperti kaum primitf lain, mereka mempunyai kultuskesuburan dan satu dewa yang kononnya meningkatkan kesuburan. Nama dewa itu adalahBacchus. Satu perkara yang tidak jelas adalah bentuk Bacchus itu sendiri sama ada dalam bentuk manusia ataupun lembu. Ketika orang Thrace menemui cara membuat bir (minuman keras),mereka menyangka terdapat ewa yang berperanan sebagai dewa mabuk. Lalu, mereka mulamendewakan Bacchus.Kemudian, apabila mereka mengenal wain dan mula meminumnya,mereka makin memuja Bacchus.Menurut orang Yunani, dewa ini berperanan meningkatkan kesuburan.Ritual pada Dionysusdilakukan dengan meminum wain hingga mabuk.Ini disusuli dengan penyembelihan haiwan liar hingga kepala haiwan itu terpisah.Daging mentah itu di makan hingga habis.Di samping itu,isteri dan gadis bangsawan dalam rombongan yang besar menghabiskan masa semalam suntuk ditanah lapang di bukit-bukit.Mereka menggayakan tarian yang mendorong keghairahan dalamkeadaan mabuk kerana alkohol.Tradisi ini masih berlangsung hingga kini terutama di negara-negara Eropah. Apabila musim menuai anggur tiba, lelaki dan perempuan berkumpul di padang.Mereka berpesta sambil meminum wain sepuas-puasnya. Di jepun moden pula, upacara mandianggur dilakukan.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
zulkipli liked this
zulkipli liked this
azan90 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->