Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sultan Muhammad Al-Fatih

Sultan Muhammad Al-Fatih

Ratings:

4.67

(6)
|Views: 657 |Likes:
Published by najib b.

More info:

Published by: najib b. on Jul 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Sultan Muhammad Al-Fatih & Pembukaan Istanbul 1453MPengenalanIstanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuahbandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkanstatusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alammanusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masingdengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaituCostantine I.Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, "Kalaulahdunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibunegaranya!". Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjakpenubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesardan utama dunia.Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yangistimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan EmpayarByzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembiratentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan olehBaginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW:"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalahketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya"Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan parakhalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan.Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi SufianRA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakansalah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinopleberkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telahmenyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98Htetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 /70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masihmenemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pulaoleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk.Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H/1063-1072M) telah berjaya mengalahkanMaharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalumemenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyahtahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besarEmpayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan,terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaanSeljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Egedi barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.Costantinople Dan Daulah OthmaniyyahDi awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatanbersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan inimemberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usahaawal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telahberjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah
 
digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkanCostantinople secara aman kepada umat Islam.Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dandalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerangDaulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telahmemaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negaradari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannyameninggal dunia pada tahun 1402M.Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untukbeberapa ketika. Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih majudan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dankesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H/1421-1451M)untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuatuntuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan dipihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menaburfitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidakberjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnyamenawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yangpernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazamanyang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketikamenaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusunstrategi untuk menawan kota berkenaan.Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya.Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulungdi zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad binIsmail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, AmirMuhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantarbeberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkanoleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikankuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajargurunya.Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikanoleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kuranidengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalampada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalammasa yang singkat.Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yangbesar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan danadat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan,murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabilabersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinyaitu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlahjika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama dipersada sejarah.Asy-Syeikh Ak SemsettinDalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Semsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi SultanMuhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA.
 
Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah,Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain sepertiMatematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliauadalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaanCostantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segeramenemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawananCostantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperanganyang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyaikedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelasdinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semuamelihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaankita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhkuyang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin."Persediaan Ke Arah PenawananSultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapaimatlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengantentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihanintensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tenterayang akan menawan Costantinople itu nanti Beliau telah membina Kota Rumeli (RumeliHisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebingAsia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelahtebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas diselat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang SultanMuhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapansenjatanya. Beliau telah menempatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatanmenceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnyaberatus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau jugamenyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjiandengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruhtenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yangberada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaanGalata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkanMaharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati SultanMuhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuktujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorongMaharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah.Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik,sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasarbermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetujuuntuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang salingbermusuh itu.Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliautelah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ikhwan Idris liked this
rdcfz liked this
Hafizzan Ramli liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->