Konsep Psikologi Pendidikan
Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dnganaplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajarandalam situasi bilik darjah .Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajiantingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membinametodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik
Kepentingan Pendidikan Psikologi
Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru.Dengan cara ini ,guru dapatmembina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternative yang diperlukan untuk menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.Kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah:-a)memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supayamengamalkannya dalam bilik darjah b)Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demimembolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakanaktiviti kumpulan.c)Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan gurumencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .d)melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu gurumembentuk personality mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.e)melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunyameningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah.f)memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantaraguru dan muridnya.g)Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dansikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.