You are on page 1of 31

PEDAGOGI

(Pedagogi)

SOALAN TUTORIAL

Latihan 1

(a) Banding bezakan antara empat model pengajaran yang telah anda pelajari.

MODEL PERBEZAAN PERSAMAAN

Model Eksplorasi Penyaluran maklumat Guru yang

Diperolehi daripada konsep asas daripada guru membekalkan

penjelasan yang bermakana kepada murid. maklumat kepada

untuk mempamerkandan Pemusatan kepada muridnya.

melaksanakan. Guru guru.

membekalkan fakta, idea dan Menggunakan

maklumat penting kepada Guru menyalurkan komunikasi dua

murid. segala maklumat dalam hala dalam

pembelajaran dan menyampaikan

dengan bahan bantu maklumat iaitu

mengajar seperti dalam proses

gambar, peta dan pembelajaran.

sebagainya.

Proses pembelajaran

juga mengambil kira

keadaan mud murid,

latar belakang, objektif

yang disasarkan dan isi

1
PEDAGOGI
(Pedagogi)

pelajaran serta alam

sekitar.

Model Inkuiri Penyaluran maklumat Guru yang

Menggunakan/mengemukaka asas daripada guru membekalkan

n soalan untuk mencari kepada murid. maklumat kepada

maklumat dan menjalankan Pemusatan kepada muridnya.

penyiasatan. Strategi ini dalam murid.

pengajaran dan pembelajaran Menggunakan

melibat murid dalam memberi Guru akan berusaha komunikasi dua

pendapat, menyoal supaya melibatkan semua hala dalam

dapat meneroka, murid bergiat secara menyampaikan

mencadangkan hipotesis aktif untuk maklumat iaitu

untuk menguji, mengumpul mendapatkan dalam proses

dan menyusun data untuk maklumat. pembelajaran.

menguji hipotsis, membuat

inferens dan kesmpulan. Proses pembelajaran

melibatkan sesi soal

jawab.

Murid akan mencari

jalan penyelesaian bagi

sesuatu masalah yang

diberikan oleh guru.

Guru menggalakkan

2
PEDAGOGI
(Pedagogi)

murid berbincang dan

hasil perbincangan

akan dikongsikan

bersama.

Model Pemprosesan Maklumat Penyaluran maklumat Guru yang

Menggunakan sumber asas daripada guru membekalkan

komputer sebagai model untuk kepada murid. maklumat kepada

pembelajaran manusia. Semua maklumat yang muridnya.

Seperti komputer, manusia diterima akan diproses

menerima maklumat dan dan disimpan sama ada Menggunakan

melakukan operasi terhadap dalam memori tetap komunikasi dua

maklumat tersebut agar dapat atau sementara. hala dalam

mengubah bentuk dan menyampaikan

kandungan, menyimpan Apabila maklumat baru maklumat iaitu

maklumat, mengeluarkannya diterima, maklumat dalam proses

apabila perlu dan lama akan dikeluarkan pembelajaran.

melaksanakan tindak balas sekiranya ada perkaitan

terhadapnya. bagi menghasilkan

maklumat lengkap.

Model Projek

Sebagai satu penyiasatan Penyaluran maklumat Guru yang

3
PEDAGOGI
(Pedagogi)

tentang topik dunia sebenar asas daripada guru membekalkan

yang sewajarnya untuk kepada murid tetapi maklumat kepada

mendapat perhatian murid. murid lebih diberi muridnya.

Dilaksanakan oleh satu kelas tanggunggjawab untuk

atau kumpulan kecil tanpa memproses maklumat. Menggunakan

mengira tahap umur. Kanak- komunikasi dua

kanak bermain sambil Guru hanya hala dalam

meneroka. pembimbing sahaja. menyampaikan

Murid boleh maklumat iaitu

mengaplikasikan dalam proses

pengetahuan dan pembelajaran.

kemahiran dalam

menyempurnakan

tugasan atau projek

yang hendak disiapkan.

(b) Sebagai seorang guru, terangkan implikasi setiap teori pembelajaran terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Teori – Teori Pembelajaran Dan Implikasinya Dalam Pengajaran Dan Penbelajaran

Teori Pelaziman Pavlov

Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas

ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah

tenaga yang menimbulkan gerakbalas. Contohnya apabila guru memberikan arahan

supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan,

manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov

berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara

rangsangan dengan gerakbalas.

Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas

mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan

dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu

dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu.

Contohnya, apabila guru memberi pujian ( rangsangan ) setiap kali murid mendapat

hasil yang baik ( gerakbalas ), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan

berterusan.

Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Contohnya

dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu

yang menarik sebelum mereka dapat memberikan penumpuan yang teliti. Pembelajaran

juga boleh berlaku melalui latihan, pembiasan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu

melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti

kumpulan, perbincangan dan sebagainya.

5
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak

diberikan. Ini bermakna , sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui

ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan

serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

a) Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif

(rangsangan terlazim) dengan tgasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim)

demi menghasilkan gerak balas terlazim, iaiatu melalui aktiviti pembelajaran

yang memuaskan.

b) Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk memebuar generalisasi dengan

tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan.

c) Bimbing murid menggunakan kemhiran untuk membuat diskriminasi, misalnya

mengenalpasti ciri-ciri khusus segiempat selari dan rombas.

d) Berikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan

gerak balas terlazim. Misanya, memberi latihan penyelesainan masalah

matematik kerap kali.

e) Gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang

menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, menggunakan

rangsangan baru sebagai rangsangan terlazim dalam proses memotivasikan

murid semasa aktiviti pembelajaran.

6
PEDAGOGI
(Pedagogi)

f) Membantu murid hingga segala gannguan pembelajaran yang sedia ada

dihilangkan.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada

aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,

menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitig

seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat-peringkat. Piaget

membahagikan perkembangan itu kepada empat peringkat iaitu:

Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )

Peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun )

Perinkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun )

Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )

Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak

seperti di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri

daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Manakal pada

peringkat Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk

seperti Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan

dan tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak

di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad.

7
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia

menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh

konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah

rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan

peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti

pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi

mereka.

Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan diperingkatkan. Ini membolehkan

penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang

susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran

yang maksimum.

Teori Pembelajaran Gagne

Menurut Gagne pembelajaran adalah sebagai satu cara pemerosesan data dan

maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah

menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung

kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis

pembelajaran iaitu:

 Pembelajaran isyarat.  Pembelajaran diskriminasi.

 Pembelajaran rangsangan gerak  Pembelajaran konsep

balas  Pembelajaran hukum

 Rangkaian.  Penyelesaian masalah.

 Pertalian berbahasa.

8
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Isi pelajaran disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak,

iaitu dari konkrit ke abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada engalaman yang

sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut

perkembangan otot-otot individu. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada

motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Implikasi Teori Pembelajaran Gagne.

Pada peringkat awal, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya, guru

menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan. Pembelajaran rangsangan

gerak balas membawa implikasi bahawa guru perlu sentiasa memberi pujian dan

galakan apabila murid menunjukkan hasil yang baik

Daripada aspek rangkaian motor, guru perlu menggunakan prinsip ulangan dan

membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Implikasi pertalian berbahasa

kepada guru ialah ketika mengajar, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis dan

mengemukan hujah. Contohnya, ketika mengajar konsep buku, guru bukan sahaja boleh

menunjukkan buku sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebut dan

mengeja perkataan itu.

Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan

fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga

boleh digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-

ciri kumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenal

pasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai. Soalan-

9
PEDAGOGI
(Pedagogi)

soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep dengan jelas

perlu digunakan. Guru perlu menggunakan perbandingan, anlogi dan aplikasi ketika

mengendalikan pembelajaran hukum. Seseorang guru perlu:

 memberikan maklumat yang mencukupi.

 Membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam

hukum berkenaan.

 Membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven.

 Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk

membuktikan kefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari.

 Menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu memberikan panduan dan

cadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus

dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan itu

terlalu senang dan kurang mencabar.

10
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Teori Pembelajaran Bruner

Kajian Bruner menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia menekankan

cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman

secara dalaman. Menurut Bruner, perkembangan kognitif juga melalui peringkat-

peringkat tertentu. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut:

Peringkat enaktif ( 0 – 2 tahun )

Peringkat ikonik ( 2 – 4 tahun )

Peringkat simbolik ( 5 – 7 tahun )

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Beliau

mengutamakan pembelajaran secara induktif dengan menggunakan konsep atau

kategori. Beliau juga mementingkan sistem pengekodan dalam huraiannya tentang

pemikiran. Dengan adanya sistem pengekodan, kita dapat membuat inferens

kesimpulan) daripada rangsangan yang diterima.

Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan

peluang untuk murid-murid menroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman

seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid di Tahap

Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan

konsep. Bagi murid-murid Tahun Enam ke atas, hukum dan prinsip perlu ditekankan

agar murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah.

Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan

guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahn pengajaran. Maka

kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa.

11
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran

bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan

konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini

bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran.

Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna

guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlau yang diingini

dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu

mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya.

Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-

menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan

perbincangan.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat

membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar

akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme ialah seperti berikut:

 Pengetahuan dibina oleh pelajar.

 Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas.

 Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.

 Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan perselisihan faham.

 Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar.

Implikasi Teori Konstruktivisme ke atas Pengajaran dan Pembelajaran.

12
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan

kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru

perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

pembinaan pengetahuan kanak-kanak.

Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan

berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan

membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu.

Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih

merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyedikan pelbagai

jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian

masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat

memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru

juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan

pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu

disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh

menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan

pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina

pengetahuan.

Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, implikasi teori pembelajaran ini

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah:

13
PEDAGOGI
(Pedagogi)

a) Di dalam pengajaran dan pembelajaran di bawah teori konstruktivisme, peranan

guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang; sedangkan pelajar

memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.

b) Model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah

pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi,

seperti syarahan, menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai untuk

membentuk ilmu lagi.

c) Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah factor penting yang mempengaruhi

proses pembentukan ilmu.

d) Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam

bidang konstruktivisme.

e) Penilaian tradisi tidak lagi sesuai digunakan. Bentuk dan alat penilaian terhadap

pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama.

Teori Pelaziman Operan:

14
PEDAGOGI
(Pedagogi)

a) Suatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan

secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau

teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

b) Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih

berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.

c) Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai

digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini,

misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada

peneguhan positif atau peneguhan negatif.

d) Membanu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman

operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

e) Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan

melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan yang berpatutan agar

menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

f) Kadangkala, peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk mendapat

tingkahlaku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika

pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial

15
PEDAGOGI
(Pedagogi)

a) Guru sebagai model peniruan.

b) gunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai.

c) menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan

d) menarik perhatian murid dengan motivai yang sesuai.

e) mengekalkan ingatan muird dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara


sisitematik.

f) memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.

Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik

a) mengutamakan strategi berpusatkan murid dan kaedah individu.

b) membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman.

c) memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi.

d) bersifat penyeyang dan memeupuk nilai kendiri positif dikalangan pelajar.

e) mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi.

f) mengutamakan pembelajaran diri sendiri.

g) mengamalkan konsep pendidikan terbuka.

Latihan 2

16
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Sebagai seorang guru darjah yang mempunyai murid-murid yang mempunyai

pelbagai kebolehan, kenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Berikan sebab-sebab

bagi pilihan anda.

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),

hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan

yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Teknik adalah satu strategi atau taktik atau muslihat yang digunakan oleh guru untuk

memcapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar. Teknik juga adalah

kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika

seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah

maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Dalam Pembelajaran Masteri, terdapat dua pendekatan yang digunakan bagi

menjalankan teknik yang sesuai bagi murid yang mempunyai pelbagai kebolehan di

dalam bilik darjah iaitu pendekatan berpusatkan guru dan berpusatkan murid.

Teknik yang digunakan dalam pendekatan berpusatkan guru ialah:

• penjelasan • demonstrasi

• bercerita • memberi nota

• penerangan • huraian

• syarahan

17
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Manakala teknik yang digunakan dalam pendekatan berpusatkan guru ialah:

• bercerita • bersoal jawab

• membaca • membuat projek

• belajar secara akses


• Belajar secara pembelajaran koperatif
kendiri
• main peranan
• inkuiri penemuan
• kerja amali

Teknik-teknik tersebut sesuai digunakan kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran

adalah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. Antara teknik yang

digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah:

1. Teknik bercerita – dapat menarik perhatian murid dan minat untuk belajar/membantu

guru memberi penjelasan yang betul/sebenar kepada murid.

2. Teknik soal jawab – untuk menguji kefahaman murid.

3. Teknik latih tubi – meningkat kefahaman murid/sebagai pengukuhan kognitig

4. Teknik perbincangan – menggalakkan proses komunikasi/menggalakkan penglibatan

murid yang introvert dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

18
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Latihan 3

(a) Bina satu Jadual Penentuan Ujian Bulanan untuk subjek yang anda mengajar

bagi tahun 4/5/6.

Isi Pengetahuan Kefahaman Penggunaan Analisis/sintesis/


kandungan Penilaian
1.Kata Ganda Memilih kata Buat ayat
ganda yang dengan kata
terdapat dalam ganda
ayat.

25% (10) 50% (5) 50% (5) (Penilaian)


2. Kata Ganti Menggunakan Membezakan
Nama kata ganti kata ganti nama
nama yang dan membetulkan
sesuai dalam kata ganti nama
ayat dalam ayat

20% (10) 50% (4) 50% (4)


3. kata Sendi Memilih kata
Nama sendi nama
daripada ayat.

25% (10) 50% (5) 50% (5)


4. Penjodah Memilih kata- Mengaitkan Membetulkan
bilangan kata penjodoh penjodoh penjodoh
bilangan bilangan bilangan yang
daripada ayat dengan salah dalam ayat
benda-benda

30% (12) 25% (3) 50% (6) 25% (3)

Jadual Penentuan Ujian Untuk Bahasa Melayu 4

19
PEDAGOGI
(Pedagogi)

(b) Berdasarkan Jadual Penentuan Ujian tersebut, bina item-item ujian seperti

berikut mengikut Taksonomi Bloom

3 item objektif

i) Aras pengetahuan

- Kata Ganda

- Ummi sedang menggoreng _________ pisang untuk minum petang.

a) jemput-jemput c) buah-buah

b) agar-agar d) onde-onde

ii) Aras kefahaman

- Penjodoh Bilangan

- Ahmad menghadiahkan se________ cincin untuk Ummi.

a) bentuk c) ulas

b) utas d) pasang

iii) Aras pengetahuan

- Kata Sendi nama

- Hafiz dan Haziq sedang bermain _________ perkarangan rumah mereka.

a) ke c) pada

b) di d) se

20
PEDAGOGI
(Pedagogi)

2 item subjektif

i. Penilaian

- Bezakan maksud Kata Ganti Nama ( diri ) dengan Tunjuk.

ii. Kefahaman

- Mengapakah penjodoh bilangan digunakan untuk benda-benda ?

Latihan 4

Terangkan penggunaan statistik berikut dalam menyediakan laporan prestasi

murid-murid anda.

Min

Min biasanya dihitung dengan menjumlahkan semua skor (markah) dan hasil

tambahnya dibahagikan dengan jumlah bilangan skor atau jumlah kekerapan.

Contoh.

Markah calon : 79, 76, 76, 70,70,70,70, 69, 69,64

Min : 79 + 76 + 76 + 70 +70 +70 +70 + 69 + 69 + 64


10

: 713
10

: 71.3

Menunjukkan markah purata yang diperolehi oleh pelajar dalam sesuatu ujian . Ia

berguna untuk mengira angka statistic sperti sisihan pawai dan skor piawai Z dan T. Di

samping itu, ia dapat menghuraikan prestasi pelajar secara keseluruhan dan membuat

perbandingan pencapaian diantara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama.

21
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Median

Median ialah nilai yang terletak di tempat tengah skor-skor yang disusun secara menaik

atau menurun. Median ini berguna untuk mengetahui kedudukan seseorang pelajar di

dalam taburan skor yang sama. Ia kurang dipengaruhi oleh skor melampau dan mudah

dikira.

Median dapat diperolehi dengan membahagikan satu set skor tidak terkumpul yang

disusun kepada dua bahagian yang sama. Jika bilangan skornya nombor genap, maka

mediannya adalah min daripada dua skor ditengah.

Contoh 1.

Markah calon : 45, 45, 59, 62, 70, 78, 80

Median : Markah di tempat tengah = 62

Contoh 2.

Markah Calon : 50, 58, 64, 72, 78, 78

Di sini, bilangan skor ialah nombor genap dan markah-markah berada di tempat tengah

ialah 64 dan 72.

Median : 64 + 72 = 136 = 68
2 2

Mod

Mod ialah ukuran yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam suatu set skor. Simbol

yang biasa digunakan ialah Mo. Mod dapat diperolehi dengan menyusun skor-skor

secara menaik. Nilai mod itu akan diperolehi daripada skor yang mempunyai kekerapan

tertinggi. Ia berguna untuk mengenalpasti murid yang memperolehi markah yang paling

22
PEDAGOGI
(Pedagogi)

tinggi. Selain daripada itu dapat membuat perbandingan markah yang diperolehi oleh

setiap murid apabila markah sesuatu ujian yang diperolehi oleh semua murid disusun

dalam sesunan menaik atau menurun.

Contoh 1

Markah calon : 68, 69, 70, 70, 70, 78, 78, 80, 80

Mod (Mo) : 70 ( markah 70 mempunyai kekerapan 3 yang tertinggi)

Kadangkala, di dalam sesebuah skor, kita memperolehi dua nilai mod. Taburan set skor

ini dikenali sebagai dwimod.

Contoh 2

Markah calon : 60, 68, 68, 70,72, 75, 78, 80

Dwimod (Mo) : 68 dan 75

Julat

Julat ialah beza atau jurang diantara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam sesuatu

set skor. Nilai julat adalah ukuran kebolehan yang paling mudah didapati kerana ia

telibat dengan dua skor sahaja, iaitu skor yang tertinggi dan skor yang terendah.

Peratus

Peratus skor diguanakn untuk mengira markah dalam peratus bagi sesuatu ujian.

Kegunaannya ialah membuat perbandingan pencapaian murid dengan murid-murid lain.

Disamping itu, peratus skor juga digunakan untuk menentuan gred mata pelajaran.

Misalnya 80% diberikan gred A, 70%-79% diberikan gred B dan sebagainya.

23
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Sisihan piawai

Menunjukkan sisihan daripada purata bagi sesuatu taburan skor. Saiz sisihan piawai

menunjukkan luas atau jarak daripada min dalam sesuatu taburan skor yang sama.

Sisihan piawai ini berguna untuk mengetahui pencapaian keseluruhan pelajar dalam

sesuatu ujian sama ada merupakan homogen atau heterogen, iaitu sama ada

pencapaian mereka berkelompok di suatu markah puraa atau disebarkan secara luas.

Skor t dan skor z

Skor piawai Z merupakan skor paiawai yang pada asasnya mempunyai min sifar dan

sisihan piawa 1. Manakal skr piawai t mempunyai min 50 dan sisihn piawai 10. Kedua-

dua skor piawai ini digunakan bersama dengan pangkat peratusan untuk membuat

perbandingan pencapaian di antara pelajar serta menyetarakan markah-markah ujian,

sama ada dalam sesuatu ujian tertentu atau ujian-ujian dalam masa yangberlainan. Ia

juga berguna untuk membuat perbandingan pencapaian di atara mata pelajaran-mata

pelajaran.

24
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Latihan 5

Sebagai seorang guru, anda mempunyai beberapa pilihan penilaian alternative

untuk menilai prestasi murid-murid anda. Terangkan dengan contoh-contoh yang

sesuai, bagaimana anda akan menggunakan alternatif di bawah bilik darjah anda.

Pengajaran tanpa penilaian adalah kurang bermakna kerana tanpa penilaian,

guru tidak dapat mengetahui sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah

tercapai atau belum. Penilaian, pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara

satu sama lain untuk mencapai matlamat pendidikan. Selain daripada penilaian formal

seperti formatif dan sumatif, guru juga disediakan dengan penilaian alternatif iaitu

portfolio, pembentangan/amali dan pemerhatian. Ketiga-tiga cara ini amat berkesan dan

mampu mengukur tahap prestasi murid-murid dengan lebih mudah. Walau

bagaimanapun, setiap kaedah penilaian ini bergantung kepada hasil pembelajaran yang

akan dinilai dan kesesuaian bahan yang dinilai.

Portfolio

Portfolio merupakan dokumentasi yang mengandungi bukti pengetahuan,

kemahiran atau tingkah laku. Portfolio adalah hasil kerja murid yang dirangkumkan

dalam satu penyusunan isi kandungan yang lebih sistematik dengan panduan dan

bimbingan guru. Pengumpulan bahan dalam menghasilkan portfolio ini melibatkan

usaha secara berkumpulan antara murid dalam bidang yang telah dipelajari atau masih

25
PEDAGOGI
(Pedagogi)

belum diterokai untuk memberi pengalaman baru kepada murid dalam menjalankan

sesuatu kajian. Dalam mengukur prestasi murid, cara ini dilihat lebih relevan kerana

aspek pengajaran dan pembelajaran digabungjalinkan. Selain mendedahkan murid

dengan kemahiran berkomunikasi, aspek penyerapan nilai juga dimanfaatkan secara

tidak langsung. Kerja melalui portfolio ini menggalakkan murid bertambah aktif serta

berinisiatif. Mereka juga berpeluang bekerja secara persendirian atau berkumpulan .

Sifat bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat juga dapat dikembangkan. Terdapat

sesetengah guru yang mengajar murid melakukan portfolio secara individu. Namun bagi

saya, adalah lebih baik bagi murid sekolah rendah untuk menghasilkannya secara

berkumpulan.

Saya telah menggunakan penilaian alternatif ini di dalam bilik darjah saya.

Sebelum itu, saya merancang terlebih dahulu portfolio yang ingin dijalankan dan

menyediakan alatan yang diperlukan. Proses pemilihan bahan dan sumber yang

bersesuaian adalah langkah yang amat penting dalam menyiapkan satu portfolio. Perlu

ditekankan bahawa portfolio ini bukanlah idea guru seratus peratus tetapi hasil refleksi

kendiri murid tentang pembelajaran mereka. Justeru, guru perlu memantau koleksi

bahan mereka dan memberi masa yang secukupnya. Setelah koleksi bahan

dihubungkaitkan, murid diajar menyusun bahan yang dikumpulkan mengikut kategri

yang sesuai dan sentiasa mengingatkan mereka bahawa hasil portfolio ini adalah satu

penilaian agar mereka boleh menganalisis perkembangan mereka dari masa ke masa.

Adalah penting bagi seseorang guru menilai portfolio daripada dimensi yang berbeza

iaitu bilangan, sikap murid, minat dan tanda-tanda perkembangan peribadi. Malah,

penunjuk-penunjuk dalam portfolio juga tidak harus dikesampingkan kerana ini

menggambarkan kemajuan dan kebolehan murid serta keperluan pengajaran mereka.

26
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Sebagai contohnya, saya telah menggunakan penilaian alternatif ini bagi mata

pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4. Berdasarkan kepada sub topik ‘Saya dan Sekolah’,

satu kajian mengenai Sejarah Sekolah telah dijalankan. Penghasilan portfolio ini

mengambil tempoh sebulan dengan bilangan 4 orang murid dalam satu kumpulan.

Melalui pembelajaran yang dipelajari oleh murid, mereka mendapat gambaran untuk

menghasilkan satu portfolio. Panduan guru juga amat berguna kerana mereka tidak

perlu bersusah payah merangka isi kandungan sebaliknya terus mencari bahan dan

menyiapkannya mengikut garis panduan yang disediakan. Bahan-bahan ini sentiasa

dipantau dan saya akan menambahnya jika perlu mengikut situasi setiap kumpulan.

Murid juga diajar berkomunikasi dengan kakitangan sekolah untuk mendapatkan

maklumat dengan lebih lanjut. Hasilnya, saya berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Pembentangan

Pembentangan adalah satu penilaian untuk mengenalpasti keupayaan murid dan

kefahaman mereka terhadap satu-satu konsep. Pembentangan boleh dilakukan secara

lisan atau alatan (poster). Dalam pembentangan lisan contohnya , murid perlu bersedia

dalam 4 perkara iaitu pemilihan tajuk, pengumpulan maklumat, penstrukturan maklumat

dan pembentukan konsep pembentangan. Struktur isi pembentangan hendaklah jelas

iaitu dimulakan dengan pengenalan, hujjah dan penutup. Ini bertujuan memastikan isi

yang dibentangkan tersusun dengan baik dan tidak terpesong daripada tajuk yang

diberi. Apabila pembentangan ingin dimulakan, murid perlu memastikan catatan telah

dibuat dan menganggarkan masa agar tidak melebihi had yang ditentukan. Syarahan

yang diberi secara bebas adalah lebih baik daripada bacaan manuskrip kerana isi yang

dihujahkan lebih konkrit dan berasas. Murid juga disarankan mengedar kertas edaran

27
PEDAGOGI
(Pedagogi)

yang mengandungi ringkasan isi penting agar penonton dapat memahami tema

pembentangan sekilas lalu. Dalam sesetengah pembentangan, bibliografi disertakan. Ini

memudahkan guru menilai dari aspek kesungguhan dan kesahan bahan yang diperolehi

oleh murid untuk menghasilkan pembentangan tersebut.

Pembentangan poster adalah kaedah yang jarang dipraktikkan namun menarik

untuk didedahkan kepada murid-murid. Poster yang baik haruslah mengandungi mesej,

pengenalan, keputusan dan rumusan. Mesej tersirat yang terkandung dalam poster

dapat menjana komen yang bernilai kepada pembentang. Untuk mencapai objektif ini,

poster berkenaan harus jelas dari segi objektif, pendekatan, matlamat dan rumusan

utama daripada sesuatu pembentangan. Gambarajah grafik, ayat-ayat ringkas, objektif

pembentangan, rumusan yang disenaraikan mengikut keutamaan dan perancangan

masa depan sewajarnya dilengkapkan dalam poster agar pembentangan dapat

dilakukan dengan baik dan berkesan.

Dalam menilai murid, saya lebih gemar secara pembentangan poster. Sebagai

contohnya, saya menggunakan kaedah ini dalam Bahasa Melayu dalam topik Makanan

Seimbang. Satu paparan gambar berkaitan alam semulajadi dipamerkan di hadapan

kelas. Beberapa orang murid dipanggil untuk menyatakan pendapat mereka mengenai

gambar tersebut dan mengaitkannya dengan makanan seimbang dan fungsinya dalam

tubuh badan. Kaedah pembentangan ini sesuai bagi murid-murid sekolah rendah.

Kaedah ini juga menyelitkan pembentangan lisan secara tidak langsung. Selain

mengetahui pendapat murid, guru juga dapat bersoal jawab untuk menguji kefahaman

mereka daripada poster tersebut.

28
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Amali

Amali adalah kaedah penilaian yang digunakan bagi matapelajaran tertentu yang

melibatkan penggunaan alatan/bahan. Ia bertujuan untuk memanipulasikan data dan

memberikan pengalaman kepada murid melalui set-set data yang menarik. Di samping

itu, guru boleh mengenalpasti kebolehan pelajar melalui hasil kerja amali yang

diterjemahkan. Di sekolah rendah, saya menjalankan amali ini bagi mata pelajaran

sains di bawah tajuk ‘Jarak’. Memandangkan murid yang diajar adalah tahap 2, maka

saya menggunakan kaedah ini dalam mengukur jarak seekor semut yang berjalan dari

jarak A ke D dalam masa 15 minit.

Sebelum sesi ini berlangsung, murid telah disediakan dengan bahan dan alatan

seperti beberapa ekoe semut, benang, pembaris, kertas manila dan jam randik. Bahan-

bahan ini adalah alatan untuk mengukur jarak perjalanan semut itu. Kemahiran amat

penting alam proses amali. Justeru, demonstrasi perlu dilakukan oleh guru terlebih

dahulu sebelum membenarkan murid mencubanya. Arahan dan edaran yang jelas dan

berstruktur perlu diberikan kepada murid kerana adakalanya guru tidak mampu menyelia

satu persatu. Set-set data yang menarik sebagai alatan sampingan boleh dgunakan bagi

merangsang dan menarik minat murid. Saya membahagikan bebarapa kumpulan dalam

amali ini. Daripada amali ini, saya dapat mengetahui tahap kefahaman murid mengenai

penggunaan bahan-bahan tersebut dalam mengukur jarak yang dicari.

29
PEDAGOGI
(Pedagogi)

Pemerhatian

Pemerhatian ialah satu cara mendapatkan maklumat yang paling mudah .

Kaedah ini digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikenalpasti melalui

kaedah lisan atau penulisan seperti sikap, perlakuan/pencapaian, amali, kemahiran

manipulatif, kemahiran sosialisasi, kemahiran pembelajaran, kemahiran kinestetik,

kemahiran komputer atau kemahiran inovatif. Untuk menyimpan semua pemerhatian,

jadual pemerhatian, rekod, senarai semak, dan skala kadar perlu disediakan untuk

catatan. Perlakuan murid dapat dicatat dan direkod dengan tepat. Ini mmberikan hasil

yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Dalam menilai murid, saya gemar melakukan pemerhatian terancang. Ia

membekalkan maklumat yang sangat berguna dalam memanipulasi situasi

pembelajaran. Pemerhatian terancang ini adalah berkesan untuk mengumpul maklumat

berkaitan gaya pembelajaran, kaedah penyelesaian masalah, perkembangan kemahiran

psikomotor, tahap kekecewaan dan kebolehan kognitif murid. Mutu hasil pemerhatian

adalah sangat dipengaruhi oleh mutu alat pemerhatian. Ini menyebabkan catatan amat

penting dalam merekod hasil pemerhatian. Catatan ini turut meliputi komen, dan

cadangan guru bagi meningkatkan prestasi murid. Lazimnya, kaedah ini saya gunakan

dalam sesuatu aktiviti ko-kurikulum. Contohnya, Kem Unit Beruniform. Penilaian untuk

memilih pasukan beruniform terbaik banyak dipengaruhi oleh pemerhatian secara

keseluruhan bermula daripada pemasangan khemah, kerjasama kumpulan, kebersihan

persekitaran khemah, sahsiah murid dan nilai-nilai yang ditonjolkan.

30
PEDAGOGI
(Pedagogi)

BIBLIOGRAFI

1. Atan Long, Psikologi Pendidikan, DBP, Kuala Lumpur, 1978.

2. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

3. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

4. Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan 1, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2001.

5. Mahmood Nazar Mohamed, Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada

Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990.

31

You might also like