You are on page 1of 15

PUNCA KECACATAN DAN PENCEGAHAN

1-Peringkat Prenatal ( sebelum kelahiran bayi)


2-Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi)
3-Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi)
Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang
boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi
masalah.
1-Peringkat Prenatal
a.
Baka-ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down
ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom
berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom
merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu
penyakit ataupun keadaan )
b.
Jangkitan-Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku
sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau
siflis. Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella
sejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui
hubungan sulit)
c.
Dadah dan alcohol-Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan
pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan
autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung
mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh
membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang
berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)
d. Pemakanan-
kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada
pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.
e.
Bahan kimia/ sinaran X-Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia
memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh
melalui air, makanan, dan udara.
f.
Cubaan menggugurkan kandungan
g. Mikroorganisma-Terdapat juga pelbagai
masalah mikroorganisma yang
menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan
yang kekal seperti kerencatan mental
2-Peringkat Perinatal
Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga
menyebabkan ia dilahirkan cacat
a.
Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan
kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kecacatan.
b. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ
dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 2134
minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.
c.
Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga
penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.
d. Ibu
yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa
menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran
e.
Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan
seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia
mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.
f.
Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang
bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.
3-Peringkat Posnatal/ pasca natal
Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami
kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan
kemalangan.
a.
Penyakit
Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang
otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini
dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.
Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu
otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit
kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera
kerencatan akal akan berlaku.
b. Persekitaran-
kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan
kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan
saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam
sekeliling.
c.
Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental
kanak-kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan
merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah
pembelajaran, masalh emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan
akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah,
paiap air dan petrol.
CARA MENGATASI
a) Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan
b) Ibu yang dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan
caeseran
c) Ibu-ibu dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya di
peringkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang
terbentuk
d) Sering berjumpa doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian
penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah
dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit.
e) Umur ibu sewaktu mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia
45tahun keatas kerana risiko mendapatkan anak cacat adalah 1:16
kelahiran.
f) Menjarakkan kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup
anak-anak dengan diri mereka.
g) Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk
proses perkembangan dan pertumbuhan mereka.
h) Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat
kemalangan tertentu dibahagian kepala.

permainan yang bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak


digalakkan.
pengguan yang tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas
kepada bayi apabila membawa mereka bersiar-siar.
IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKAN
.
Kenalpasti kecacatan mereka secara mendalam dan rancang bentuk pe
ndidikan yang hendak diberi
.
Rancangan pendidikan individu dimana kita dapat menyenaraikan apakah
keperluan mereka seterusnya merancang objektif objektif yang patut
mereka boleh capai
.
Ditempatkan di sekolah pendidikan khas dimana terdapat P nP yang
bersesuaian mengikut tahap kekurangan keupayaan murid
.
Pelajar yang kurang upaya memerlukan kurikulum khas yang bersesuaian
dengan tahap kognitif/ kecerdasan mereka
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

FPK mempunyai matlamat yang sama dan FPN tidak meliputi semua
aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kepada kanakkanak
dengan keperluan khas agar dapar berfungsi sebagai individu
yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang ,
menguruskan kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan
boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

FPK berteraskan kepada 3 axion ( kebenaran atau prinsip) utama


.
perkembangan individu yang menyeluruh
.
kepatuhan kepada agama dan Negara
.
pembentukan masyarakat yang berdisplin dan bersepadu.
FPK menjelaskan bahawa :
.
setiap kanak-kanak istimewa mempunyai hak terhadap
penerimaan pendidikan
.
perbezaan-perbezaan ilmu yang luas, wujud antara kanakkanak
dalam setiap bidang keistimewaan
.
tapisan pengenalpastian dan penempatan awal dan program
pendidikan khas di perlukan
.
pendekatan multidispilin yang melibatkan pakar-pakar
pendidik, perubatan, sosiologi, dan psikologi
.
kurikulum dan bahan-bahan khas diperlukan
.
pendidikan khas harus menjadi bahagian yang
melengkapkan dalam program pendidikan yang menyeluruh
.
pemerhatian terhadap kanak-kanak yang meninggalkan
program pendidikan khas serta khidmat penempatan amat
diperlukan
.
program pendidikan khas diperkukuhkan lagi melalui
pentaksiran berkali-kali tentangnya daripada pendidik,
ibubapa, dan orang ramai
APA ITU PENDIDIKAN KHAS

Program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu


untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas.
Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan
membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas
Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan
pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak
disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi
keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( hallahan &
kaufman 2000)
Mengikut Heward (2000) pendidikan khas boleh diterangkan dalam
pelbagai perspektif
Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada
penyertaan aktif dalam sekolah @ masyarakat.
PK SEBAGAI PENGAJARAN

Siapa ( yang menerima pengajaran dan yang memberi pengajaran)


Apa yang diajar ( kurikulum khas tambahan)
Bagaimana ( kaedah dan bahan pengajaran )
Dimana ( penempatan )
SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun
biasa ( 1) dalam cirri-ciri mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri
saraf dan otot atau fizikal( 4) dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam
keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan
pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.
PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
PK

DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak


bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan
keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian
khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan
akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai
bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.
Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB)
telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka
berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal.
AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa
sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk
kanak-kanak kurang upaya.
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar
perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak
yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada
perkembangan PK di Malaysia.
· Tanggungjawab kementerian tertentu :
.
Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanakkanak
yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran
( terencat akal ) yang boleh didik.
.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap
pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik
.
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti
diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keadaan yang berisiko
.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta
Pendidikan 1996
JENIS-JENIS SEKOLAH PK
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) melaksanakan pendidikan khas
melalui 2 pendekatan :
1-Sekolah Pendidikan Khas murid bermasalah penglihatan dan pendengaran
2-Program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah
harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/
vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
secara pengasingan dan separa inclusive
BADAN-BADAN KERAJAAN (NGO) yang terlibat dengan Pk
1-Persatuan Kanak-kanak Spastik menyediakan intervensi awal untuk
kanak-kanak kerencatan akal diantara umur 2 hingga 16 tahun.
2-Pusat Bimbingan Sinaran Matahari mengajar kanak-kanak bekeperluan
khas kemahiran hidup serta kemahiran social
3-Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa terlibat dengan intervensi awal bagi
kanak-kanak 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak6 hingga
16 tahun.
4-Yayasan Sindrom Down Kiwanis komited kepada kebajikan kanak-kanak
Sindrom Down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak dibawah usia 6
tahun
KANAK-KANAK KHAS
· Kerencatan mental / akal
· tiada keupayaan dalam pembelajaran
· masalah tingkahlaku
· gangguan komunikasi
· kecacatan penglihatan
· kecacatan pendengaran
· kecacatan fizikal dan kesihatan
· kecacatan teruk
· pintar cerdas dan berbakat
KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
· audiologi
· intervensi awal
· jurupulih cara kerja
· jurupulih fizikal
· terapi pertuturan dan bahasa
· psikologi
· persatuan ibu bapa
· rakan sebaya
· pertubuhan bukan kerajaan ( NGO)
· komuniti
· kaunselor
Kanak-kanak khas hendaklah diberi pengajaran terancang supaya mereka
boleh :
1-mengalami kejayaan dan rasa diterima serta boleh
mengembangkan nilai diri
2-membentuk sikap menghormati dan bertoleransi
3-meminati pelajaran sebagai proses seumur hidup
4-mendapatkan dan menggunakan serta menguasai kemahiran
berkomunikasi
5-kemahiran komputrasi
6-memperkembangkan daya berfikir dan kreatif
7-memperoleh pengetahuan kemahiran asas supaya boleh
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang kompleks
8-boleh memperkembangkan kebolehan untuk menampung
kehendak dan penambahan dalam masyarakat
PROSES PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Urutan langkah-langkah utama proses pendidikan khas di Malaysia
Carta alir :
merujuk untuk penilaian
penilaian dijalankan
oleh pegawai
peruba
X
program JKM
program KPM
pegawai perubatan menentukan penempatan berdasarkan kategori ketidakupayaan pela
jar
penilaian dijalankan
oleh pegawai
peruba
X
program JKM
program KPM
pegawai perubatan menentukan penempatan berdasarkan kategori ketidakupayaan pela
jar
melaksanakan pendidikan khas

.
RPI
.
penilaian oleh guru pendidikan khas selepas
3bulan

kekal dalam program pendidikan khas KPM


SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar
pengajaran melalui Perakuan 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa
kepada 1 penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan
pendidikan khas di Malaysia.
Perakuan ini menyebut dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan
seharusnya bertanggungjawab terhadap Pendidikan khas cacat. Adalah
diperakukan kerajaan hendaklah mengambilalih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa
ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan
pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan
Sejarah Pendidikan khas yang berkembang sejak beberapa zaman telah
mengambarkan tentang perubahan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
1-Pada zaman Tamadun Yunani dan Rom
-Terencat akal, pekak, gila, buta, dan cacat, anggota
menjadi bahan ejekan, cemuhan dan gurauan. Ibu bapa
harus mencampakkan anak-anak dari tempat yang tinggi
untuk elak dari diejek dan dianggap sial.
2-Pra zaman Kristian
-Orang yang cacat diabaikan atau disalah lakukan, orang-
orang cacat dianggap bodoh ( fools) dikuasai syaitan yang
merasuk akal fikiran
3-Zaman Kristian
-pada zaman orang cacat disayangi dan dilindungi
4-Zaman Pertengahan
-di zaman Eropah ( 500-1500 masihi) pada zaman ini orang
cacat menjadi bahan ejekan golongan bangsawan
5-Pada abad ke 18 hingga ke 19
-Pada zaman ini beberapa institusi ditubuhkan bagi
memperuntukkan kemudahan-kemudahan PK
6-Pada zaman bermula dari tahun 1950 an
-pada zaman ini usaha dijalankan bagi mengintegrasikan
orang-orang cacat ke dalam masyarakat
Perundangan Pendidikan Khas ( Pendidikan Khas di luar Negara)

Di Malaysia kepesatan pembangunan PK bermula apabila Akta


Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975
diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978
merancakkan perkembangan pendidikan khas.

Kedua-dua negara ini telah mendahului Negara kita lebih 20tahun


Pada 29 November 1975 Kongres ( parlimen) Amerika Syarikat telah
meluluskan Public Law 94 142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta
Pendidikan untuk semua kanak-kanak cacat ( Education for All
Handicapped Children Act ) iaitu undang-undang yang menjamin bahawa
setiap individu diantara umur 3-21 tahun akan menerima pendidikan
percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang
perkembangan intelek mereka.
Undang-undang ini memberi kuasa melindungi hak serta memenuhi
keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta
keluarga mereka. Melalui undang-undang inikanak-kanak kurang upaya
dibenarkan belajar bersama-sama kanak-kanak normal@ biasa.
Bagaimanapun sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampau
dan didapati tidak akan maju akan ditempatkan dikelas khas.
Pada tahun 1996, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan.
Kini ia dipanggil Akta Pendidikan Individu kurang upaya ( Individual
with disabilities Education Act, Public Law 94-47) atau lebih dikenali
sebagai IDEA
· Antara penekananya ialah :
.
penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam
yang sesuai kepada kanak-kanak bekeperluan khas
.
pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam
persekitaran tang tidak menghalang mereka untuk berkembang (
Educate Children in the Least Restrictive Enviroment)
.
kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak
diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Pendidikan kanak-kanak
khas hendaklah mengambilkira cirri-ciri yang ada pada mereka
mengikut kesesuaian kecacatan dan kekurangan mereka.
.
penglibatan ibubapa dalam merancang dan menentukan
perkembangan pendidikan kepada setiap murid.
.
penyediaan Rancangan Pendidikan Individu @ RPI bagi setiap
murid khas
.
mengenalpasti kanak-kanak khas
.
dwiproses ( hak ibubapa untuk menyuarakan pendapat atau
pandanagan )
.
kerahsiaan
Laporan Warnock Report

Diasaskan oleh Baroness Warnock


pada tahun 1974 Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak cacat
Warnock ditubuhkan bertujuan mengkaji semula pendididkan khas di
Britain.
Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi
perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain
Cadangan yang dikemukakan dalam Akta pendidikan tahun berikutnya
Laporan ini menekanakan kepada konsep percampuran diantara kanakkanak
berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali
sebagai Integrasi @ inclusive. Konsep ini menekankan bahawa kanakkanak
khas perlu belajar di sekolah harian dan berpeluang bergaul
dengan kanak-kanak biasa.
Implikasi kepada pendidikan

Kenalpasti kecacatan mereka secara mendalam dan rancang bentuk


pendidikan yang hendak diberi
Rancangan Pengajaran Individu ( RPI) dimana kita dapat menyenaraikan
apakah keperluan mereka seterusnya merancang objektif jangka
panjang yang patut mereka capai
Ditempatkan di sekolah khas dimana terdapat P n P yang bersesuaian
dengan tahap kekuranagn keupayaan mereka.
Pelajar-pelajar kurang upaya memerlukan kurikulum yang bersesuaian
dengan tahap kognitif atau kecerdasan mereka

You might also like