You are on page 1of 2

TERAPI KAMBING

 
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak
sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau
digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
 
Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah
tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1.        Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari,
minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.        Kolestrol daging lembu dan ayam.
3.        Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam,
kerang, siput.
4.        Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan
organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan
seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya)
dan sebagainya.
6.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam
pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging
yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang
diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8.        Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar,
sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada
membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di
atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi
Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan
karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon
(kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan
sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan
pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan
kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah
jantung.
 
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan
rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan
untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang
dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan
membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan
sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
 
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
 
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah
tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu
akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging
kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti
pening.
 
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit
darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar
tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami
masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing
untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
 
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah
permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti
(kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah
tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan
pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan
membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan
mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
 
Mencantikkan Kulit
 

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C
tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak
teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan
mencantikkan kulit.
 
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian
bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk
tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur
di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih
ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya
matahari.
 
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk
mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
 
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
 
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi
menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian
Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
 
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar
pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung
yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang
mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan
kecintaan.
 
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan
mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai
nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

You might also like