You are on page 1of 1

Daripada artikel journal yang telah diperolehi, terdapat banyak kepentingan pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Salah satu daripadanya adalah
mata pelajaran ini membolehkan pelajar meningkatkan dan mengembangkan
kemahiran bahasa dan komunikasi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di
dalam atau luar daripada bilik darjah. Selain itu, kelas Pendidikan Jasmani
menyediakan peluang semulajadi untuk mempelajari pelbagai konsep dan aktiviti yang
berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak yang melibatkan diri dalam
kelas Pendidikan Jasmani juga, semakin hari akan merasai perubahan iaitu,
menyebabkan badan mereka menjadi cergas dan otak mereka lebih cerdas berbanding
kanak-kanak yang tidak melibatkan diri dengan kelas Pendidikan Jasmani.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa, proses semasa melakukan aktiviti senaman
akan menyebabkan peningkatan psikologikal jangka masa pendek dan jangka masa
panjang serta perkembangan mental. Aktiviti fizikal semasa pembelajaran dalam
Pendidikan Jasmani juga memberikan kesan positif biasa dalam keyakinan diri orang
dewasa. Daripada artikel ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa Pendidikan Jasmani
dapat meningkatkan tahap fizikal aktiviti dalam diri kanak-kanak. Selain itu juga, aktiviti
fizikal dan kesihatan amat berkaitan, dengan tahap kecergasan seseorang yang
sederhana sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian.

Daripada artikel journal juga, kajian menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani,


termasuk kurikulum sekolah memberi faedah fizikal, psikologikal dan intelektual kepada
kanak-kanak. Pendidikan ini juga membantu mencegah penyakit, meningkatkan
keadaan keseluruhan fizikal, mengekalkan kestabilan emosi, menganjurkan sosial
berkesan, mempengaruhi pencapaian akademik serta mewujudkan aktiviti yang positif.

You might also like