You are on page 1of 3

LAPORAN REFLEKSI GERKO PETANQUE

(Nama Pelatih)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia serta keizinanNya dapat saya melalui detik-detik terakhir semester dua program
ijazah sarjana muda pendidikan.

Dalam memenuhi subjek atau kursus yang telah ditetapkan dalam program
ijazah sarjana muda ini, aktiviti gerak kerja kokurikulum tidak ketinggalan menjadi
kursus wajib bagi setiap pelatih. Bagi semester dua, kami para pelatih daripada unit
(nama unit) telah ditetapkan untuk menjalani gerko petanque di bawah bimbingan
pensyarah (nama pensyarah pembimbing). Gerko petanque telah dijalankan di
gelanggang petanque institut.

Bermula daripada awal semester, kami diperuntukkan selama dua jam seminggu
untuk aktiviti gerko. Dalam aktiviti gerko pada semester ini, kami telah mempelajari
ilmu-ilmu asas mengenai permainan petanque sehinggalah kami berjaya menganjurkan
satu pertandingan kecil. Kami telah belajar tentang sejarah permainan ini dimana
permainan ini tidak begitu terkenal di sebelah Asia Tenggara tetapi begitu popular di
sebelah Eropah. Permainan ini boleh dikatakan baru memasuki arena sukan Malaysia
dan tidak begitu banyak pertandingan serta kejohanan diadakan. Pendedahan terhadap
permainan ini juga agak kurang. Ini dapat dilihat daripada kebanyakan pelatih yang
tidak tahu mengenai permainan ini malah ada yang baru mengenali permainan ini
setelah menjalani aktiviti gerko.

Permainan petanque jika dimainkan tidak memerlukan seseorang untuk


melakukan banyak pergerakan. Permainan ini lebih menekankan kemahiran, teknik
serta konsentrasi yang tinggi untuk berjaya dalam permainan ini. Melalui permainan ini,
kami telah memupuk sifat sabar, peningkatan dalam memberi tumpuan, serta berhati-
hati dalam membuat keputusan bagi mencapai sasaran yang diinginkan. Permainan
petanque hanya menggunakan bola bersaiz genggaman yang diperbuat daripada besi.
Ia dipanggil ‘boules’. Tidak ketinggalan, sebiji bola kecil disebut ‘jack’ juga terlibat sama
dalam permainan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan berfungsi sebagai ‘target’.

Dalam menjalani aktiviti gerko, kami telah mempelajari teknik-teknik asas dalam
permainan petanque. Antaranya ialah cara memegang ‘boules’, teknik balingan, teknik
memangkah, teknik lerekan dan lain-lain. Sepanjang memberi bimbingan serta latihan,
(nama pensyarah pembimbing) juga telah banyak meluangkan masa berkongsi
pengalaman sepanjang beliau bergelar pendidik serta cerita-cerita menarik untuk
dijadikan teladan oleh kami di masa hadapan selaku bakal pendidik. Banyak ilmu serta
pengetahuan berguna yang kami perolehi sepanjang berguru dengan beliau. Melalui
pengalaman beliau juga, setiap pendidik dilihat harus melalui pelbagai dugaan serta
cabaran dalam meneruskan liku-liku kehidupan. Terpulanglah kepada individu tersebut
bagaimana cara menghadapinya. Setelah mempelajari kesemua kemahiran dalam
permainan ini, satu ujian penilaian telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan
terhadap permainan yang dipelajari. Pensyarah pembimbing iaitu (nama pensyarah
pembimbing) telah bertindak sebagai penilai. Beliau juga telah berpuas hati dengan
prestasi yang telah ditunjukkan.

Tamatnya sesi penilaian, kami telah diberi tugasan untuk menganjurkan satu
pertandingan petanque secara kecil-kecilan. Sebelum pertandingan dijalankan, satu
jawatankuasa telah ditubuhkan. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah berdasarkan
jumlah undian yang diperolehi. Di sini, unsur keadilan dan ketelusan dipupuk agar kami
mempraktikkan perkara yang sama di masa hadapan. Dalam menjayakan
pertandingan, setiap ahli jawatankuasa telah memberi komitmen serta bekerjasama
antara satu sama lain. Segala masalah dirujuk kepada pensyarah penasihat lalu
diselesaikan bersama bagi memastikan pertandingan berjalan lancar. Pada hari
pertandingan, setiap peserta dilihat menikmati serta gembira dengan penganjuran
pertandingan. Pertandingan tersebut juga telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara satu sama lain. Kami juga telah belajar serta mengetahui selok-belok dalam
mengendalikan sesuatu pertandingan bermula daripada sebelum pertandingan
dijalankan sehingga pertandingan tamat. Bagi kami yang akan bergelar pendidik,
sesungguhnya ia ilmu yang amat bernilai untuk kami praktikkan di sekolah kelak.
Permainan petanque ini sesungguhnya amat menyeronokkan bagi saya
walaupun ramai rakan-rakan saya menyatakan permainan ini kurang menarik. Mungkin
kebanyakan mereka belum didedahkan mengenai permainan ini. Diharapkan
permainan ini akan terus berkembang serta diteruskan sebagai kursus wajib dalam
gerko untuk para pelatih di institut ini.

You might also like