You are on page 1of 8

Sukatan Pelajaran: 

1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan.

1.3.3. Prosedur memakai pakaian.
-Pakaian berbutang .

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 

Murid akan di latih untuk memakai pakaian yang berbutang dengan betul.

Objektif: 

Membolehkan murid memakai pakaian berbutang dengan betul.

Kemahiran Sedia Ada: 

Tahu kegunaan pakaian asas.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 

1. Letakan baju di atas meja, hadapan baju menghadap ke atas.

2. Capai baju dengan kedua tangan di kolar baju.

3. Palingkan baju menghadap pemakai.

4. Masukkan tangan kanan menyilang ke lubang lengan baju.

5. Kemudian, masukkan tangan kiri pula.

6. Rapatkan butang dengan lubangnya.

7. Masukkan butang ke lubang baju menggunakan kedua-dua jari tangan.

8. Setelah siap, tarik ke bawah supaya kemas.

Bahan Bantu Mengajar: 

Gambar dan pakaian sebenar serta kad imbasan.

Set Induksi: 

Tayangkan video murid sedang memakai pakaian yang berbutang. Murid atau guru beri komen
apa masalah yang di hadapi oleh murid.
Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 

Mengingat kembali pakaian asas.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 

Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara memakai baju yang berbutang.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 

Langkah Pertama

Sediakan gambar bagi setiap langkah di bawah. Tunjukkan gambar sebelum murid melakukan
aktiviti dalam langkah-langkah berikut;
1. Ambil baju sekolah lengan pendek. Buka butangnya dan hamparkan di atas meja, kolar baju
berhampiran dengan tepi meja dan hampir dengan model yang akan digunakan.

2. Tanya murid apa langkah seterusnya, dan bandingkan jawapan dengan gambar.

3. Bantu model secara lisan atau fizikal membongkok untuk mengambil bajunya.

4. Tanya di mana perlu baju dipegang. Bandingkan jawapan murid dengan gambar seterusnya.

5. Beri peneguhan sekiranya jawapan dapat di terima. Format ini diteruskan hingga akhir
aktiviti.

Langkah Kedua

Murid mengikuti langkah-langkah berdasarkan gambar yang di berikan serta melalui bimbingan
guru.
1. Pegang baju di kolar dengan dengan kedua-dua belah tangan, hadapan baju bertentangan
dengan
badan.

2. Lepaskan pegangan di kolar sebelah kanan dan masukan tangan kanan ke lengan baju sebelah
kiri. Masukkan tangan hingga sampai ke hujung serta tarik baju ke atas bahu kanan.

3. Tangan kanan pegang baju sebelah hadapan sambil itu masukkan tangan kiri ke lubang baju
sebelah kiri.

4. Masukan tangan kiri hingga sampai ke hujung. Tarik lengan baju rapat ke atas bahu kiri
dengan tangan kanan.

5. Gunakan kedua belah tangan untuk merapatkan butang dengan lubangnya.

6. Butangkan baju menggunakan kedua-dua tangan.

7. Setelah siap, tarik baju ke bawah supaya nampak kemas.

Langkah Ketiga

1. Setiap murid disediakan dengan satu set siri gambar aktiviti ‘memakai baju berbutang’.

2. Murid susun di atas meja mengikut urutan yang betul. Guru atau rakan murid boleh
memeriksa untuk
memastikan susunan yang di buat adalah betul.

3. Jika murid membuat kesilapan, minta jelaskan mengapa disusun begitu. Terima jika sesuai dan
betulkan jika perlu.

Latihan dengan Bimbingan: 

Guru membimbing murid semasa mengikuti langkah-langkah memakai baju yang berbutang
berdasarkan gambar yang di beri.

Latihan Kendiri: 

Membuat latihan amali berpandukan carta gambar aktivit memakai baju yang berbutang.
Tumpuan diberi kepada kemahiran membutang baju dan penggunaan motor halus.

Penutup Pengajaran: 

Guru meminta murid menyusun gambar mengikut urutan aktiviti. Beri peneguhan kepada murid
yang dapat menyusunnya dengan tepat dan cepat.

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: 

Membutang pakaian dari jenis yang lain. Contohnya, baju kemeja biasa.

Rujukan: 
Tiada

Cara membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip

PERANCANGAN SEBELUM MENGAJAR
Sukatan Pelajaran: 

1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan.

1.3.2. Prosedur membuka pakaian.
-Pakaian tanpa butang dan zip.

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 

Mengajar murid membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip dengan betul.

Objektif: 

Membolehkan murid membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip dengan betul.

Kemahiran Sedia Ada: 

Tahu kegunaan pakaian asas.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 

1. Murid berdiri tegak.

2. Tangan hulur ke hadapan.

3. Masukan kedua-dua tangan ke dalam lengan baju.

4. Angkat tangan ke atas.

5. Turunkan kedua tangan ke sisi secara perlahan. Masukkan kepala ke dalam baju dan keluar
semua melalui
leher baju.

6. Pegang bahagian bawah hujung baju, kiri dan kanan dan tarik ke bawah paras pinggang.

7. Kemaskan pakaian.

Bahan Bantu Mengajar: 

Gambar dan pakaian sebenar (T-Shirt, pull-over) dan kad perkataan.

PERMULAAN PENGAJARAN

Set Induksi: 

Murid di kehendaki mengasingkan pakaian mengikut kumpulannya;

a. Pakaian berbutang.
b. Berzip.
c. Tanpa butang dan zip.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 

Mengingat kembali pakaian asas.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 

Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara membuka baju tanpa butang dan zip.

PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 

Langkah Pertama

1. Murid berlakon sebagai model.

2. Pakaikan model dengan baju tanpa butang dan zip (baju T-shirt berbentuk leher bulat).

3. Model berdiri tegak di hadapan kelas.

4. Guru berdiri di hadapan murid.

5. Bantu masukkan tangan murid ke dalam lengan baju.

6. Angkat tangan murid ke atas supaya lubang kepala baju di atas kepala.

7. Perlahan-lahan turunkan tangan murid ke sisi dan pastikan kepala masuk ke dalam baju dan
keluar
semula melalui lubang leher di baju.

8. Suruh murid tarik baju ke paras pinggang menggunakan kedua-dua belah tangan dengan
memegang pada
bahagian bawah baju.

Langkah Kedua

1. Lakukan beberapa kali dengan murid yang berlainan sebelum ke semua murid melakukannya
serentak.

2. Beri pujian atau peneguhan setiap kali murid dapat melakukan aktiviti dengan sempurna dan
kemas.

Langkah Ketiga

Pudarkan bimbingan secara fizikal dan jika perlu gantikan dengan cara sedikit sentuhan sahaja.

PENILAIAN
Latihan dengan Bimbingan: 

Menggunakan kaedah ‘scafolding’, bermula dengan memberi bantuan secara fizikal dengan
ketara dan beransur di pudarkan dan di gantikan dengan arahan lisan sahaja. Akhir sekali, segala
bantuan di tiadakan, murid lakukan sendiri.

Alternatif 1

Menggunakan kaedah ‘backward chaining’(rantaian ke belakang). Murid di kehendaki

melakukan aktiviti bermula dari fasa terakhir dan berundur ke belakang ke arah permulaan.
Contohnya,
a. Suruh murid tarik baju ke paras pinggang menggunakan kedu-dua belah tangan dengan
memegang pada bahagian bawah baju.

b. Perlahan-lahan turunkan tangan murid ke sisi dan pastikan kepala masuk ke dalam baju dan
keluar semula melalui lubang leher di baju.

c. Angkat tangan murid ke atas supaya lubang kepala baju di atas kepala, dan seterunya.
Latihan Kendiri: 

1. Guna komputer;
a. Pilih dari gambar yang di sediakan.

b. Susun mengikut urutan langkah-langkah memakai baju tanpa zip atau butang dengan
betul.
c. Komputer akan memberi respon kepada susunan yang betul (dapat peneguhan atau markah).

2. Setiap murid guna komputer secara individu.

Alternatif 1

Guna lembaran kerja.

-Pilih gambar aktiviti memakai baju tanpa zip atau butang yang betul.

Penutup Pengajaran: 

1. Mengadakan pertandingan memilih murid yang dapat membuka baju dengan pantas.

2. Bincang tentang respon murid dengan soalan yang di beri.

AKTIVITI LANJUTAN

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: 

Memakai jenis pakaian yang lain.

You might also like