You are on page 1of 2

RABBANIYYAH

Rabbaniyyah membawa maksud ketuhanan. Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan
peraturan adalah datang dari Allah s.w.t. Islam itu sangat sempurna dan kesempurnaan itu
merupakan bukti ajaran ini adalah datang dari tuhan dan tiada sebarang campur tangan
makhluk dalam penggubalannya.

Islam diturunkan kepada umat manusia sebagai pembimbing dalam menujui kehidupan
yang selamat dan bahagia dunia dan akhirat. Akal fikiran manusia tidak mampu menciptakan
sebuah sistem yang sempurna seperti ajaran islam. Wahyu yang diturunkan melalui
perantaraan Jibrail a.s dicipta dengan lengkap untuk diamalkan oleh umat manusia kerana
hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui hakikat kejadian manusia. Maka dengan itu, hanya
Allah s.w.t yang selayaknya mencipta ajaran Islam.

Segala aturan dan sistem yang diamalkan dalam ajaran islam adalah lengkap dan sesuai
untuk diamalkan oleh semua umat manusia. Setiap satu aturan yang diperkenalkan dalam Islam
adalah aturan yang selayaknya dikatakan adil kerana ia digubal tanpa didorong oleh kejahilan,
hawa nafsu dan tidak datang dari pemikiran yang terbatas.

Semua makhluk yang mendiami alam ini adalah milik mutlak Allah s.w.t yang menguasai
dan memiliki alam ini. Menjadi satu kemestian untuk semua makhluk tunduk dan patuh kepada
pencipta yang juga pemerintah alam, Allah s.w.t. Semua makhluk bertanggungjawab
melaksanakan tugas sebagai hamba Allah.

Setiap aturan dan undang-undang yang terkandung dalam ajaran Islam adalah datang
dari Allah s.w.t dan tiadalah manusia berhak untuk mempertikaikannya. Allah menciptakan
aturan-aturan ini sebagai pendorong agar manusia mematuhi syariat-Nya. Manusia hanyalah
hamba-Nya dan sebagai hamba, menjadi kewajipan kepada setiap umat manusia untuk
mematuhi dan menuruti segala undang-undang yang telah diturunkan. Manusia juga harus
menghayati semua peraturan tersebut kerana ia dicipta untuk menjadi panduan hidup manusia.

KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP RABBANIYYAH.

Kesempurnaan ajaran Islam telah menarik perhatian sebilangan besar penduduk dunia.
Islam memperkenalkan pelbagai sistem dan peraturan yang merangkumi semua aspek
kehidupan manusia. Maka jelaslah bahawa setiap ajaran yang dianjurkan oleh Islam bukanlah
sebuah ciptaan oleh manusia akan tetapi adalah ciptaan yang maha esa.

Bimbingan Islam bukan sekadar membimbing manusia melakukan kebaikan, malah telah
terbukti cara hidup Islam adalah merupakan kunci kepada kejayaan dalam kehidupan
seseorang. Bukan setakat kejayaan yang mampu ditempa, ketenangan hidup juga mampu
dicapai dengan berpegang kepada cara hidup Islam atau dalam konteks rabbaniyyah,
berpegang kepada konsep rabbaniyyah.

You might also like