You are on page 1of 24

Botol Barah

at 11:17 PM

Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik


secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang
maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik


polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya
terhadap unsur kimia seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates'.
VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti


Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham
Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh
digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

"Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam


berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai 'plastisizer' iaitu untuk
meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan
biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan
kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,"
katanya.

"Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh


mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.
"Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg /kg
tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada
kesihatan," katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE)


dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan
barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET)


selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh
mengeluarkan 'phthalates'.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan


barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

"Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada
pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC
terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

"Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan


barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih
rendah," katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti


jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci
bersih dan melekat daki.

"Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang
untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu
Kementerian Kesihatan," katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya


penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom
dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna
Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang


Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya
mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai
menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

"Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke
sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan
hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum
perlu dibuang," katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak


lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit
kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan


diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan
tersebarnya logam ke dalam tubuh.

"Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan.
Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan
pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian
lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak
boleh dijadikan pembungkus makanan.

"Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian
mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut
memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan
makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang
disifatkannya pembunuh senyap.

"Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh
berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang
memudaratkan kesihatan," katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila
terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang
ditinggalkan dalam kereta.

"Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan


berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

"Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat


khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan
panas dan khusus untuk menyimpan makanan," katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan


dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang
memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

"Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar
daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan
tindak balas kimia.

"Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan
kesannya sama seperti teh tarik bungkus," katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar
semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik
secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula
barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar

Lelaki

at 1:37 AM

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya


adalah seperti berikut:-

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan


sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu
isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih
lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih
lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-
dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan
permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka
perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu
bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia
didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4


orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga
yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.

Mati hanya sekali


Maka Jadikannya pada jalan Allah....... ......... ....

--
Allah is my objective.

Boleh buka puasa jika lebih dua marhalah

at 11:38 PM

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
menjelaskan, mana-mana individu yang melakukan perjalanan jarak jauh
melebihi dua marhalah (kira- kira 100 kilometer) diberi kelonggaran untuk
berbuka puasa lebih awal.

Beliau berkata, ini bermakna bukan pemandu bas ekspres sahaja yang
diharuskan berbuka puasa tetapi pemandu-pemandu lain yang dikategorikan
sebagai musafir juga diharuskan berbuat demikian tanpa mengambil kira sama
ada mereka keletihan atau sebaliknya.

Namun demikian, Abu Hassan menasihatkan pemandu- pemandu bas yang


berhajat berbuka puasa awal supaya tidak makan dan minum di khalayak ramai
bagi menghormati bulan Ramadan.

‘‘Jangan kata makan dan minum, menghisap rokok di hadapan penumpang juga
tidak digalakkan,’’ ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Abu Hassan mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
bahawa pemandu bas jarak jauh yang bertugas sepanjang Ramadan diharuskan
berbuka puasa awal bagi mengelak mereka keletihan dan seterusnya
membahayakan penumpang apabila berlaku kemalangan.

Bernama melaporkan, pemandu berkenaan bagaimanapun hendaklah


menggantikan jumlah hari yang tertinggal pada bulan lain.

Ramadhan boleh buat,kenapa tidak dibulan yang lain

at 9:59 PM

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba tak tinggal berjemaah Isya' dan
taraweh. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba bangun sebelum Subuh untuk
bersahur, masa tu jugak dapat aku bertahajjud dan membaca Al-Quran
seperti selalu nabi buat. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan
lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba datang berjemaah subuh di
Surau/Masjid terdekat. Solat sunat sebelum Subuh pun tak tinggal. Tapi
kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba membaca kitab Al-Quran
sebanyaknya, ada je waktu lapang, aku akan buka kitab suci ni. Tapi kenapa
aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba peruntukkan sejumlah pendapatan
aku untuk sedekah. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba kawal kata-kataku, penglihatanku,
pendengaranku, perbuatanku agar tidak melakukan perkara lagho@sia-sia.
Aku tak lagi mengumpat, aku tak lagi berbual kosong, gelak ketawa, aku
tak lagi mendengar lagu-lagu yang melekakan, aku tak pergi tengok
wayang, melepak, ronda-ronda shopping complex tanpa tujuan. Tapi
kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba banyakkan zikir kepada Allah, pagi
petang malam, tak henti-henti aku berzikir. Tapi kenapa aku tak cuba macam
tu jugak di bulan lain?

Kenapa? Oh..betapa sebelas bulan yang lain, aku jauh terleka. Ini semua salah
kau syaitan. Kau yang menyebabkan aku leka. Bulan Ramadhan, kau terikat.
Mudah untuk aku kembali mengingat Alloh.

Eh..kenapa aku salahkan syaitan? Bukan ke aku sendiri bersalah? Mengikut


saja kata teman aku tu tanpa menolak. Huhuu..lemahnya diri aku ini.

Sekarang aku sedar, aku insaf. Tapi kuatkah aku untuk kekal beramal
sepanjang tahun..bukan pada bulan Ramadhan saja? Kawan-kawan aku
semua macam ni, kalau aku berubah..aku jadi macam kera sumbang. Aku akan
kehilangan kawan-kawan aku.

Tapi itu bukan alasan untuk aku berkawan rapat dengan syaitan durjana yang
melekakan aku dan kawan-kawan aku. Oh..aku tahu jalannya. Kenapa tidak, aku
ajak sekali kawan-kawan aku yang lain juga berubah seperti keinginan aku ini.

Lalu soalan-soalan pada diri sendiri ini aku fowardkan untuk tatapan kawan-
kawan semua. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi titik tolak untuk kita
berubah. Kalau berubah sendiri, aku tak kuat..aku perlukan juga kawan-kawan
semua.

Sebelum aku berhenti, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-
kawan semua kerana sudi membaca dan sudi turut serta bersama-sama aku
untuk berubah. Kita tetap kawan kan? Tapi hubungan kita kali ini lebih
bersih..kita sama-sama halau syaitan durjana!

Mengapa tak boleh meniup makanan dan minuman?

at 9:49 PM

Seringkali kita melihat, seorang Ibu ketika menyuapi anaknya makanan yang
masih panas, dia meniup makanannya lalu disuapkan ke anaknya. Bukan cuma
itu, bahkan orang dewasa pun ketika minum teh atau kopi panas, sering kita
lihat, dia meniup minuman panas itu lalu meminumnya. Benarkan cara
demikian?
Cara demikian tidaklah dibenarkan dalam Islam, kita dilarang meniup makanan
atau minuman.

Sebagaimana dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan "Bahwasanya Nabi


Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau
meniupnya". (HR. At Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Awalnya saya tidak mengetahui hikmahnya, bagi saya pribadi, ketika datang
hadits pada saya mengenai suatu hal, maka semampunya coba saya lakukan,
walaupun saya belum tahu hikmahnya, dan sebenarnya memang tidak harus
tahu.

Begitu juga ketika saya pertama kali mendengar hadits ini, saya hanya berusaha
mengamalkan saja, bahwa kita dilarang meniup makanan atau minuman,itu juga
yang saya lakukan kepada anak saya.

Dan alhamdulillah ketika tadi coba browse ke internet, ternyata dari salah satu
milis kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori bahwa: apabila kita
hembus napas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 yaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, yaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. dan saya ingat
juga bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam menyuruh kita ketika minum
seteguk demi seteguk, jangan langsung satu gelas sambil bernapas di dalam
gelas, hal ini juga dilarang, ternyata saya baru tahu sekarang hikmahnya, bahwa
ketika kita minum langsung banyak, maka ada kemungkinan kita akan bernapas
di dalam gelas, yang akan menyebabkan reaksi kimia seperti di atas.

Ulasan yang saya sampaikan, mungkin bukan hikmah keseluruhan, karena Ilmu
Allah tentu lebih luas dari ilmu manusia, bisa jadi itu adalah salah satu hikmah
dari puluhan hikmah lainnya yang belum terungkap oleh manusia.

Kewajiban kita hanyalah mendengar dan menta'atiNya Perkara hikmah apa yang
ada dalam larangan itu, urusan belakangan. Yang penting kita sudah mencoba
mentaatiNya

Kisah Sufi

at 12:24 AM

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini
selalu tampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini?
Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.
"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum.
Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, " jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah
kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Si murid pun beranjak pelan tanpa
semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas
dan garam sebagaimana yang diminta.

"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru.
"Setelah itu coba kau minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya.
Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih
meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat
tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau." Si murid
menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di
mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak
dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu
yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan


membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan
segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana
rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung
tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan
airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga
menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.
Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu
meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam
hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam
garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang
kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap,
segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir
ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang
Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari
besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa
menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar
danau."

disadur dari : Anice Bhadmurtiraka

13 September, 2007
0

Petua Berpuasa

at 11:52 PM

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:


Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau,
kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin
juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit
kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta
lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia
akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna
water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut
mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan
berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan
kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara
perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi
getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang
terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan
cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)


(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap
batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan


kimia:

(i) Kopi dan teh.


(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan
seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia
menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):


Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar
glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):


Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi
putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):


Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga
mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa
begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan
minum
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan


berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut


(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:


"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

'Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang'

Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa

at 1:59 AM

Susunan DALILAH IBRAHIM

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula
berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu
hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti
(insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih
1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira
satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya
bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa


begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal
penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut,


yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama
Islam dan doktor perubatan moden.
Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?
Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan
diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan
berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan
tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh
doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika
berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;


Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan
pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman
dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung


koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi


pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan
insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka


puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi
penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan
tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan
dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia,


hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa
kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai
dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.
Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia Hiperglisemia Dehidrasi
Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Amat dahaga
Berpeluh Kerap buang air kecil
Kulit dan lidah yang terlalu
Pucat Terlalu dahaga
kering
Berdebar-debar Sangat letih
Fikiran terganggu
Gelisah
Koma (tidak sedarkan
diri)

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa


Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam.
Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta
menyukarkan kawalan diabetes.

Sahur Berbuka
Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih
Sekurang-kurangnya semangkuk
manis.
oat/bijirin ATAU
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua
3-4 keping roti ATAU
hingga tiga biji sahaja.
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan
sayuran)
sayur-sayuran.

Senaman - Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan
mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika
bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu


pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide,
gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi
pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke
waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula
perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu
untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa.
Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia
dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.
Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan
doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada
permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting
insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin
yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed
insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos
yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang
bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-
waktu berikut:

*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian


Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air
kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi.
Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit
ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram
perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat
berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan
kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang
ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan


selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka,
bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan
waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-
tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera
berbuka puasa.

Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik
Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.
Hayati Ramadhan Secara Berkualiti

at 12:07 AM

Kedatangan Ramadhan perlu disambut dengan perasaan riang gembira. Hati


yang gembira merupakan lambang kepada keyakinan dan keikhlasan hati kita
kepada bulan yang dimuliakan ALLAH dan rasul-rasulNYA. Inilah gesaan Islam
apabila menjelangnya hari-hari kebesaran Islam, lebih-lebih lagi Ramadhan yang
dianggap sebagai “bulan ibadah”.

Apabila kembali kepada sirah Rasulullah, kedatangan Ramadhan inilah saat


yang amat ditunggu-tunggu Rasulullah dan para sahabat. Kedatangan
Ramadhan menjadikan mereka sangat ceria dan semakin sibuk dengan amal
ibadah kepada ALLAH taala. Kemeriahan ibadah pada Ramadhan mengalahkan
aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan selain di bulan Ramadhan. Bahkan yang
hebatnya, Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan individu yang paling sibuk
beribadah di sepanjang Ramadhan.

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadhan kali ini, marilah kita mencontohi
amalan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat supaya ibadah-ibadah kita di
sepanjang Ramadhan dapat membina jati diri yang cemerlang lagi diredhai
ALLAH Taala. Kita perlu memuliakan Ramadhan dengan acara-acara yang
disukai ladi diredhai ALLAH. Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada
Ramadhan ialah:-

1. Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.


2. Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa
keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati
ALLAH.
3. Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam
Ramadhan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada
malam Lailatul Qadar.
4. Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh
dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa
dan doa kita diterima ALLAH.
5. Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat
besar daripada berbuka bersendirian.
6. Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.
7. Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih
afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
8. Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana
bulan ini bulan ibadah.
9. Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan
Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji.
10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana
sahur adalah sunah Rasulullah.
11. Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.
12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya anda meneruskan
ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar.
13. Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang
merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan
syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
14. Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan
sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan
Ramadhan lebih besar dosanya.
15. Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang,
tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas
kesederhanaan.
16. Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu
yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhanNYA.
17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadaNYA
terutama ketika berbuka dan bersahur.
18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan seluruh umat
Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.
19. Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh
sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-
dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan
datang.
20. Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan pula dengan berpuasa enam
hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa
sepanjang tahun.
21. Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan
Ramadhan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.
22. Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama
pada hari Jumaat.

Islam mengatur satu cara hidup khusus untuk dilaksanakan sepanjang bulan
Ramadhan. Cara hidup ini apabila dijadikan ikutan, akan dirasai pula hikmah
yang tersirat di sebalik ibadah bulan Ramadhan samada dari aspek pembinaan
jasmani maupun rohani. ALLAH menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada
orang-orang yang berpuasa. Ganjaran ini tiada pada ibadah-ibadah lain kecuali
ibadah puasa sahaja. Ia menjadi ‘pemberian peribadi’ ALLAH kepada
hambaNYA yang benar-benar menunaikanibadah puasa. Dalam sebuah hadis
Qudsi, ALLAH Taala menjelaskan: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala
hingga 700 pahala, kecuali pahala puasa, ia (puasa) untukKu dan Aku akan
membalasnya.” (Riwayat Muslim)

Ibadah puasa mengajar kita erti kesabaran dan sifat amanah. Kita dituntut
supaya sabar mengharungi kesusahan di sepanjang Ramadhan. Kita juga
dituntut melaksanakan setiap amalan di sepanjang Ramadhan dengan penuh
amanah, demi menunaikan amanah yang diwajibkan ALLAH kepada kita. Hasil
pengorbanan besar ini, layaklah kita mencapai martabat taqwa di sisi ALLAH.

Makna bacaan dalam solat

at 1:33 AM

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas
keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"

PETUA KURANGKAN LAPAR & DAHAGA

at 3:25 AM

Walaupun dah 15 hari puasa,

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa
amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi3 kali lah kita
baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.


Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan
selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii..
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg
bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA : Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan


segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan
dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari
memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.


Setiap Larangan/Suruhan Pasti Ada Hikmahnya

at 10:50 PM

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan


sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu
ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan
perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri
menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan
membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah
antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,
beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian
membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam
menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam
itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana
enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg
diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn
satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal
dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital ,
the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus
yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah


sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada
membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria
dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang


menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa


Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan
merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat
melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan
dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,
manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati
salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia
disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di
badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki
itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10
unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia
tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.


Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang
diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka 'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para
cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia
melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and
unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya
seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan
antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.


TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA....

You might also like