You are on page 1of 53

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

GURU DAN CABARAN


SEMASA (EDU 3109)

AHLI KUMPULAN: (PISMP SAINS 1/SEM 8)


AZHAR BIN MOHAMAD SHAFIK
(860109-03-5101)
MOHD ASHRAF BIN ANUAR
(860108-03-5433)
MOHD FAISAL BIN SALIM
(870424-09-5197)
AHLI KUMPULAN
Tajuk Pembentangan
 Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah
laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan
Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan
dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
PENGENALAN

 Guru merupakan penjawat awam.


 Guru terikat dengan peraturan-peraturan
dalam aspek kelakuan dan tatatertib seperti
mana yang terkandung dalam Peraturan
Kelakuan dan tatatertib 1993(pindaan 2002).
 Matlamat tatatertib ini adalah seperti berikut:

i. Supaya pegawai awam melaksanakan tugas


dengan cekap, beramanah dan
bertanggungjawab
ii. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan
awam lebih daripada kepentingan mereka
sendiri.
iii. Supaya pegawai awam menjaga imej
perkhidmatan awam.
iv. Menghukum pegawai yang melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002

Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) (Pindaan) 2002 mengandungi peraturan-
peraturan tentang kelakuan yang ‘dibolehkan’ dan
yang ‘dilarang’. Anggota Perkhidmatan Awam
dianggap tahu tentang semua larangan tersebut
dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
‘ Secara umum tatatertib atau disiplin ialah
peraturan- peraturan yang dipersetujui oleh
sesuatu kumpulan atau organisasi bagi
mewujudkan suasana yang aman tenteram
dan menjamin keharmonian ahli – ahlinya.
Disiplin juga adalah cara berfikir yang teratur
yang melahirkan sifat rasional, keyakinan diri
dan ketabahan hati seseorang. Ia juga ada
kaitan dengan tatasusila, keadilan, akhlak
dan kesopanan’.
Ini bermakna orang yang berdisiplin bukan sahaja
mematuhi pelaksanaan yang dikehendaki oleh
masyarakat tetapi juga mematuhi perlakuan yang
diingini oleh masyarakat walaupun ia menyedari
bahawa tidak mematuhinya bukanlah satu kesalahan
yang boleh dikenakan denda atau dihukum.

Contoh jenis perlakuan yang diharapkan oleh


masyarakat ialah seorang individu itu menepati
waktu, berinisiatif rajin, bersedia membantu orang
dalam kesusuhan, berdisiplin dan menghormati
orang lain.
Tugas Kawalan Dan Pengawasan
Tatatertib

 3C(1). Maka menjadi tugas tiap-tiap


pegawai untuk menjalankan kawalan
dan pengawasan tatatertib ke atas
pegawai bawahannya dan mengambil
tindakan yang sesuai dengan seberapa
segera yang mungkin bagi apa-apa
pelanggaran mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini.
 3C(2). Seseorang pegawai yang gagal
untuk menjalankan kawalan dan pengawasan
ke atas pegawai bawahannya, atau untuk
mengambil tindakan terhadap pegawai
bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah
disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya
dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib
‘Pegawai’ ertinya seseorang anggota
perkhidmatan awam persekutuan/negeri.

Ikatan seseorang pegawai dengan Kerajaan


bermula apabila diturunkan tandatangan
bersetuju dengan syarat-syarat semasa
dilantik.
Di antara syarat-syarat
perkhidmatan yang
dipersetujui:
i. tuan/puan boleh diarah berkhidmat di mana-
mana tempat oleh kerajaan.

ii. tuan/puan adalah sentiasa tertakluk kepada


Perintah – Perintah Am Kerajaan, Peraturan-
Peraturan Perkhidmatan Awam, Skim
Perkhidmatan, Pekeliling serta Peraturan-
Peraturan dan arahan – arahan lain yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa
Seorang pegawai boleh membebaskan
diri dengan:
i Letak jawatan 24 jam dengan dibayar 1 bulan
gaji sebagai ganti notis.

ii. Letak jawatan dengan 90 hari notis bagi


yang telah disahkan dalam jawatan.

iii. Letak jawatan dengan 30 hari notis bagi


yang belum disahkan dalam jawatan.
Perbezaan pegawai awam dengan orang awam.
Contohnya:

i. Kes Jenayah/Dadah/Rasuah (Mahkamah


Majistret/Sesyen/Tinggi)

ii. Kes Khalwat (Mahkamah Syar’iah)

Boleh dikenakan perintah

Tahan Kerja - apabila pegawai di-


(Peraturan 44) tuduh di Mahkamah

Gantung Kerja - apabila pegawai


(Peraturan 45) disabitkan

Tahan Kerja - tidak melebehi dua bulan


untuk siasatan
(Peraturan 43)
HUKUMAN

Hukuman tatatertib adalah diperuntukan


di bawah Peraturan 38, Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 seperti berikut :
 Amaran;
 Denda;
 Lucuthak emolumen; Hukuman
 Tangguh pergerakan gaji; Ringan
 Turun gaji;

 Turun pangkat; atau


 Buang kerja.
Hukuman
Berat
TATAKELAKUAN
4.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

(i) Bersubahat dengan musuh-musuh negara;

(ii) Sengaja membocorkan rahsia Kerajaan;

(iii) Melanggar undang-undang atau


peraturan-peraturan Kerajaan dengan
tujuan untuk menentang Kerajaan;
(iv) Memburuk-burukkan serta memperkecil-
kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan;

(v) Mengelakkan diri daripada mempertahankan


dasar dan tindakan Kerajaan sedangkan adalah
menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian ;
dan

(v) Memijak-mijak bendera kebangsaan dengan


tujuan menghina.
Kegiatan Politik - Peraturan 21

Kumpulan Pengurusan dan Profesional tidak boleh :


(a) membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana
parti politik;
(b) menerbit, mengedar buku, artikel atau risalah
mengenai politik;
(c) merayu undi;
(d) bertindak sebagai agen pilihanraya atau sebagai
agen tempat mengundi;
(e) bertanding apa-apa jawatan;
(f ) memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Kumpulan Sokongan - Bukan Perkhidmatan Perlu.

Boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke


dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha
Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana
yang berkenaan. Semua pegawai boleh menjadi ahli
biasa mana-mana parti politik dengan syarat keahliannya
itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan.
4.(2)(a)Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan
tugas awamnya demi kepentingan persendirian
nya.

(i) Menguruskan hal-hal perniagaan atau pelaburan


kepunyaan sendiri, atau isterinya, anaknya atau
saudara-maranya dalam waktu pejabat;

(ii) Menyebelahi dan memberi keutamaan kepada


saudara- mara atau rakan-rakan atau orang yang rapat
dengannya dalam menimbangkan sesuatu permohonan;
 (iii) Tidak menjalankan kewajipan rasmi seperti
menyiasat gerak-geri seseorang yang karib
dengannya yang disyaki pernah menerima rasuah;
atau

 (iv) Mengambil kesempatan untuk menguruskan


hal-hal perniagaan semasa membuat lawatan rasmi
di luar pejabat.
Pekerjaan Luar - Peraturan 5

(a) Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan jawatan


yang dipegang oleh seseorang pegawai atau yang
diarah oleh Ketua Jabatan seperti menjadi Ahli
lembaga kepada syarikat-syarikat yang Kerajaan
mempunyai kepentingan.

(b) Pekerjaan yang dijalankan atas kepentingan


persendirian atau untuk faedah saudara mara atau bagi
mana-mana badan yang tidak mencari keuntungan yang
dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan
tersebut.
Bagi pekerjaan luar di (b), seseorang pegawai yang ingin
Menjalankan pekerjaan luar hendaklah memperolehi
kebenaran secara bertulis dari Ketua Jabatan.Ketua
Jabatan dalam menimbangkan permohonan tersebut
hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu tidak bercanggah
dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4,
dan khususnya hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu -

(a) tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa


pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;
(b) tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan
untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai
seorang pengkhidmat awam; dan

(c) tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan


untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau
menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu
sebagai seorang pengkhidmat awam.
4.2(b) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan
tugas awamnya.

(i) Tidak mengelakkan dirinya daripada terlalu rapat


bergaul dengan mereka yang jelas akan dapat
keuntungan besar daripada mengetahui tugas-tugas
rasminya;

(ii) Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah


yang mahal - mahal daripada syarikat atau seorang peniaga
atau individu;

(iii) Sebagai seorang majistret membicarakan saudaranya;


(iv) Menguruskan hal-hal tender / sebutharga
sedangkan beliau mengetahui bahawa ada
di antara mereka yang mengemukakan
tender/sebutharga itu adalah terdiri daripada
saudara maranya; dan

(v) Memproses atau menimbang atau


meluluskan sesuatu permohonan daripada
isteri atau suami atau saudara maranya.
4.(2) (c) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
dengan apa-apa cara yang mungkin menyebab
kan syak yang munasabah bahawa -

(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya


bercanggah dengan tugas awamnya hingga
menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai
awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi


faedahnya sendiri.
Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar
tatakelakuan ini jika beliau antara lain:-
(i) Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang
telah melanggar mana undang-undang negara
dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya;
(ii) Melepaskan barang-barang dibawa masuk tanpa
dibayar cukai dengan harapan untuk mendapat faedah
(rasuah) daripada empunya barang kemudian kelak;
(iii) Sebagai seorang yang mempunyai kuasa untuk
menentukan arah jalanraya, meluluskan pembinaan nya
ditepi tanah kepunyaannya supaya beliau mendapat
faedah daripadanya;
(iv) Meluluskan sekeping tanah Kerajaan kepada
isteri atau anaknya, atau saudara maranya;
atau

(v) Menyalahgunakan hak-hak keistimewaan


sebagai seorang diplomat untuk kepentingan
diri sendiri dengan terlibat dalam aktiviti
penyeludupan.
4.(2) (d) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan

dengan sedemikian cara hingga memburukkan

nama atau mencemarkan nama perkhidmatan


awam.

(ii) Terlibat dalam penyalahgunaan dadah;

(iii) Menerima keraian yang berlebihan;

(iv) Disabitkan dengan kesalahan jenayah


termasuk sabitan dalam Mahkamah
Syar’iah;
(v) Bermain judi di pejabat;

(vi) Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai


seperti mabuk, biadab atau menonjol-nonjol
kepentingan diri sendiri;

(vii) Meletakkan dirinya terhutang budi kerana wang


kepada seseorang yang mungkin dihubunginya
dalam melaksanakan tugas rasminya;

(viii) Keterhutangan kewangan yang serius;


(ix) Tidak dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan di sekelilingnya dan sentiasa
bertelingkah bukan sahaja dengan rakan-
rakan sejawat tetapi dengan orang ramai;

(x) Terlibat dalam meramal turun naik harga


barang dan saham atau pasaran komoditi
atau pasaran sekuriti hadapan; atau

(xi) Sebagai seorang diplomat terlibat dalam


kegiatan penyeludupan dan pasar gelap.
Penyalahgunaan Dadah - Peraturan 7

Seseorang pegawai yang telah diperakui oleh seorang


Pegawai Perubatan Kerajaan menggunakan atau
mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah
berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu
dadah berbahaya.

(i) Pegawai yang telah mencapai umur persaraan


pilihan boleh ditamatkan demi kepentingan awam di
bawah peraturan 49.
(ii) Pegawai yang belum mencapai umur
persaraan pilihan boleh dikenakan tindakan
tatatertib dengan tujuan buang kerja.

 Dadah berbahaya ertinya apa-apa dadah


atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual
Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya
1952.
 (HARIAN METRO)
 Dua guru ditahan miliki dadah di rumah

2010/06/04
      
 SHAH ALAM: Dua guru sebuah sekolah di daerah ini bakal berdepan hukuman
gantung mandatori jika didapati bersalah selepas polis yang menahan mereka
menemui dadah di sebuah rumah teres setingkat di Seksyen 15 di sini, semalam.
 Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, sepasukan polis Cawangan
Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menerima maklumat
berhubung aktiviti pengedaran dadah menyerbu rumah berkenaan sebelum
menahan empat lelaki termasuk dua guru terbabit. Hasil pemeriksaan polis
merampas lapan botol ubat batuk seberat 14.8 liter, 2,200 pil pelbagai jenis yang
belum dikenal pasti dan 10 pil kuda yang disimpan di dalam rumah itu. Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir,
berkata ketika serbuan, suspek terbabit enggan memberi kerjasama dan
berdiam diri walaupun anggota polis mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu.
“Dua guru sekolah kebangsaan yang ditahan berusia 39 dan 28 tahun manakala
dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori berusia 20 dan 28
tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Semua suspek terbabit
direman bermula semalam hingga 9 Jun ini dan kes itu disiasat mengikut
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) Kanun
Keseksaan.
Nordin berkata, hasil siasatan mendapati rumah itu milik kelindan lori dan kini
menyiasat sejauh mana aktiviti pengedaran dadah itu dan rangkaiannya.
 4.(2) (e) Seseorang pegawai tidak boleh
kurang cekap atau kurang berusaha.

 (i) Tidak mempunyai daya utama dan lemah


dalam daya pemikirannya;

 (ii) Lalai atau berlengah-lengah dalam


menjalankan tugas-tugasnya;

 (iii) Sebagai seorang pegawai kanan, tidak


ber- kebolehan dan terpaksa diarah
sepanjang masa;
(iv) Malas atau cuai dalam menjalankan
tugas- tugasnya; atau

(v) Menanggung keterhutangan kewangan yang


serius.
Menyenggara Taraf Hidup Melebihi - Peraturan 11
Emolumen/Pendapatan Yang Sah
1. Seseorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua
Jabatan supaya memberi penjelasan bertulis dalam
tempoh 30 hari bagaimana ia boleh menyenggara taraf
hidup tersebut jika ternyata pegawai itu -

(a) menyenggara sesuatu taraf kehidupan yang melebihi


emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang
sah, jika ada; atau

(b) mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan


atau harta (alih atau tak alih) yang dinilainya tidak
seimbang dengan, atau yang tidak boleh semuna-
sabahnya dijangka telah diperolehi oleh pegawai itu
dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan
persendiriannya yang sah.
Keterhutangan Kewangan - Peraturan 13
Yang Serius

(a) agregat hutang/tanggungan tak bercagar adalah


lebih (10) sepuluh kali emolumen bulanannya;
(Gaji pokok, Imbuhan tetap, bayaran intensif dan
elaun bulanan yang lain)

(b) pegawai itu seorang penghutang penghakiman


(judgement debtor) dan tidak menjelaskannya
dalam tempoh satu bulan;

(c) bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)


4.(2) (f) Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur
atau tidak amanah.

(i) Tidak melaporkan harta atau pelaburan


yang dipunyai olehnya, isterinya atau
anaknya sepertimana yang di
kehendaki oleh Peraturan 10, Peraturan
– Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

(ii) Mengemukakan bil hotel palsu dalam


tuntutan elaun sewa hotel;

(iii) Membuat tuntutan palsu mengenai


elaun perjalanan, lojing, makan atau
tambang pengangkutan (lori) semasa
perpindahan;
(iv) Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak
betul dari seorang pekerja dengan tujuan untuk
mendapat habuan daripada pekerja itu;

(v) Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan


menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib yang
berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang serius;

(vi) Berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa


jua penyiasatan yang dijalankan terhadapnya; atau

(vii) Pura-pura sakit atau uzur.


4.(2) (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak
bertanggungjawab.

(i) Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan


terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-tugas mereka;

(ii) Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan


implikasinya terhadap Jabatan khasnya dan kerajaan
amnya;

(iii) Mengambil cuti rehat di saat-saat perkhidmatannya


sangat-sangat diperlukan;
(iv) Suka mewujudkan suasana yang tegang di
pejabat dengan melaga-lagakan rakan-
rakan sejawat untuk kepentingan diri
sendiri;

(v) Tidak melaporkan satu kesalahan yang


serius yang telah dilakukan oleh pegawai
bawahannya kepada pegawai yang lebih kanan;

(vi) Tidak menghiraukan pandangan/pendapat


orang lain sungguhpun pandangan/pendapat
itu boleh mendatangkan faedah kepada
kerajaan;

(vii) Bersikap tidak acuh terhadap tugas-


tugas dan tanggungjawab;
(viii) Tidak mempeduli atau menjaga harta Kerajaan
sebagaimana yang sepatutnya kerana harta tersebut
bukan hartanya;

(ix) Tidak hadir bekerja tanpa cuti atau sebab-sebab


yang munasabah

Peraturan 24 Ketidakhadiran untuk bertugas oleh


seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab
yang menasabah boleh menyebabkan pegawai itu
dikenakan tindakan tetatertib;

(x) Datang lewat / balik awal

(xi) Ponteng kerja


(xii) Membazir wang Kerajaan dengan membeli
alat-alat yang tidak atau kurang
berguna;

atau

(xiii)Mengikuti kursus pengajian tanpa


mendapat kelulusan pihak yang berkuasa
terlebih dahulu.
4.(2) (h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau
cuba membawa apa-apa jenis pengaruh
atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan berhubung dengan
perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu ada
lah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-
anggota perkhidmatan awam yang lain.

(i) Meminta seorang kenamaan untuk menggunakan jasa


baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat
yang berkenaan untuk menaikkan pangkatnya;

(ii) Meminta kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kes


tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib; atau
(iii) Meminta Ahli Politik untuk menyokong
permohonan-permohonan untuk mendapatkan
sekeping tanah Kerajaan atau rumah;

atau

(iv) Menggunakan pengaruh luar dalam soal-


soal pertukaran dan penempatan
4.(2) (i) Seseorang pegawai tidak boleh ingkar
perintah atau berkelakuan dengan apa-apa
cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah.

(i) Enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/


melaksanakan arahan lisan atau tulisan pegawai
kanannya berhubung dengan tugas-tugas rasminya;

(ii) Membantah atau melawan pegawai kanannya; atau

(iii) Menulis surat layang berkaitan dengan perkara-


perkara rasmi kepada pihak atasan tanpa melalui
saluran-saluran tertentu.
4.(2) (j) Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam
melaksanakan tugasnya.

(i)Memandu kenderaan Kerajaan dengan terlalu laju atau


tidak mengikut peraturan lalu lintas hingga menyebabkan
kemalangan berlaku;

(ii)Kesilapan pegawai dalam menandatangani dokumen


rasmi Kerajaan sehingga mengakibatkan Kerajaan mengalami
kerugian;

atau

(iii)Kegagalan melaporkan kepada pihak-pihak berkenaan


mengenai pemberhentian pembayaran gaji bagi pegawai
yang meletak jawatan.
4(A)Tidak boleh melakukan ganguan
seksual
terhadap orang lain.
1. Cubaan merapati secara seksual.
2. Apa-apa perbuatan secara seksual
yang menyebabkan orang waras rasa
3. tersinggung/terhina/tergugat
4. Perbuatan atau pernyataan, lisan,
bertulis atau lain-lain, tidak terhad
kepada kawasan pejabat sahaja yang
mencemarkan nama perkhidmatan
awam.
KESIMPULAN
Dalam bab ini, kita telah membincangkan perkara-perkara berikut:

I.Sebagai penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan-peraturan


tatakelakuan dan tatatertib.

I.Sistem pengawalan disiplin dalam bentuk pembetulan dan hukuman


beserta dengan langkah-langkah peningkatan disiplin, memerlukan
komitmen dan kesungguhan semua pihak bagi melaksanakannya
supaya tahap keberkesanan maksimum dapat dicapai.

II.Pematuhan dan penghayatan tatalakuan ini akan mewujudkan


perkhidmatan keguruan menjadi ‘Bersih, Cekap dan Amanah” dan tidak
berlaku penyelewengan.
RUJUKAN
• Noriati,A.R, Boon Pong Ying, Sharifah fakhriah,S.A, Zuraidah,A.M .
(2010).Guru dan Cabaran Semasa, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

• Peraturan Tatatertib .(n.d). Retrived August 21,2010 from


http://www.spa.gov.my/portal/page?
_pageid=53,857304&_dad=portal&_schema=PORTAL

• Undang-undang dan peraturan .(n.d). Retrived August


21,2010 from
http://www.jpa.gov.my/v3/informasi-jpa/undang-
undang-dan-peraturan/

• Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan


Tatatertib .(n.d). Retrived August 21,2010 from
http://cputsungai.blogspot.com/2009/07/per
aturan-peraturan-pegawai-awam.html

You might also like